Monday, July 06, 2009

The journey continues..


I have my first class for this semester in the evening.

Hope everything will be smoothly this semester.

.

Amin

Labels: ,


10:30:00 AM

Dear Mummy,


(Mummy is Ayah Long's ex-wife, my dearest auntie)

.

Mummy, I always adore you.

You're the iron women for me.

You're strong, being alone without a man by your side.

I don't think I can be as strong as you are.

Sometimes I wonder how you live your life.

But I know, you're proud to be a mom for your prince and princesses. 

.

Mummy, I know  you will get well soon.

I just can pray for you from here

For you sist, dont worry, mummy is the iron women.

We both know she's strong, right?

Just pray for her in every solat, and she'll be ok.

.

Love, 

Along

Labels:


12:57:00 AM

Saturday, July 04, 2009

Cerita sagat hati.


Tengok je gadis comel bawah ni, sure korang tau apa yang saya nak kata.

Apa lagi kalau bukan Nur Amina Kasih.

.


Rata-rata kawan-kawan dah buat review cerita ni.

Saya yang terlambat.

Semalam baru episod 6, tapi drama ni debomb macam transformers.

Eh, yeke?

.

Setiap episod cerita ni ada je part yang sayu.

Bergenang air mata ni ha, lagi-lagi saya selalu layan cerita ni sorang2.

.

Kalau lah ada gadis macam Amina ni, diharap tabah ye.

Bahagia pasti ada dimana-mana, insya-allah.

.

Suka jugak watak Siti Sarah ni.

Even kadang2 menyampah.

Gedik tak bertempat, tapi bila fikir2 balik, budak2 lagi dia..

.

Sekarang watak bertudung dah jadi watak utama tu.

Rakyat Malaysia semakin terbuka hatinya.

Alhamdulillah..

.


Adam, memang menyampah sebab sesuka hati tinggal Amina.

Ada ke orang keras macam ni?

Dapat bini baik cukup budi pekerti ditinggal-tinggalkan..

Isk3..

.

Tapi walau keras hati, dia manja.

Cepat terluka.

.

Gambar Fizz Fairuz tak jumpa plak.

Dia ni memang favourite aktor lah!

Cair saye kalau dapat laki macam Aidil ni.

.

Apa-apa pun, drama ni memang superb!

Rasanya tak payah nak bagi tau apa yang superb pun korang tau sebab apa kan?

Cerita sagat hati, dan kadang2 buat kita sedar apa yang kita lupa.

.

Kalau Amina yang tersagat hati boleh hadiahkan bacaan quran hari2,

kenapa tidak kita.

Kalau Amina yang membawa diri boleh berjaya mengharungi hari,

kenapa tidak kita.

Kalau Amina sopan litup tutup diri, kenapa tidak kita.

.

Mari sama-sama fikirkan, selamat beramal :)

.

p/s: gmbr2 ni saya google je. Gmbr Adam tu credit to En.Budiey

Labels:


2:12:00 AM

Thursday, July 02, 2009

Mari Berkenalan!


Saya ke pasar malam petang semalam.

Jumpa buah ini.

Sape tahu buah apa?

.

Ini baru kali kedua saya jumpa buah ni.

First time beberapa tahun lepas di Perlis.

Masa hantar adik saya masuk UiTM.

Kat pasar malam jugak!

.

Rasanya masam. Kecil molek isi nya.

Hajar kata macam buah rambai.

Kawan2 pulak macamm mana?

.


Nak tengok isi buah ni?

Haa tengok gambar bawah ni..

.


Jarang2 jumpa buah ni.

So far dekat KL saya tak jumpa lagi.

Tapi i ni malas pegy pasar.

(antara sebab musabab tak kenal sayur, ikan dll)

.

Ok la kawan2, saya undur diri dulu.

Nak tau buah apa?

Teka dulu, nanti saya bagi jawapan :)

Labels: ,


5:03:00 PM

Wednesday, July 01, 2009

Gatal mata.Mata gatal.Ke saya gatal?



Since last week mata ni asek la gatal.

Tapi selalu je mata saya cam tu.

.

Cik Yana dah bising2 suh pegy jumpa doktor mata.

Lecturer saya plak suruh beli Cetrizine kat farmasi.

Pumpkin tak habis-habis suruh letak eye-mo.

Saya iya kan jela semua, tapi satu action pun tak buat lagi.

.

Bangun pagi tadi mata saya merah lagi.

Mesti saya gosok masa tido, mana nak sedar.

.

Kadang-kadang rasa nak bukak mata dan cuci bersih2.

Mata, oh mata.

Saya sayang mata saya ni.

Tak mau la merah2 lagi ye.

Tak mau la gatal2 lagi ye.

Please.. 

:)

Labels: ,


10:53:00 AM

Monday, June 29, 2009

Award from Kakak




1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

Award ini diterima daripada Kakak, 

http://ajarin.blogspot.com/

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. 
3) Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award. 

p/s : This is an open award, siape2 nak boleh ambil :)

Labels:


6:46:00 PM

missing her!


Almost 2 months she's here with me.

But now she's back to her guardian.

She's user friendly and beautiful as well.

How I miss her so much!

.


It's Kak Leen's camera that I'm storying about.

Damn  miss her!

Huhu..

Labels:


8:50:00 AM

Sunday, June 28, 2009

Bad service, wrong timing.


Sebelum acara rasa-rasa durian semalam,

kami singgah di Sunshine Bayan Baru.

Kebetulan, saya mengalami senggugut.

Jadi nak la beli ubat tenangkan perut, memikirkan hari masih panjang.

Pertama kali panadol menstrual masuk perut saya semalam.

.

Mood kurang baik, perut tengah tarik2.

Saya beratur nak bayar panadol sepapan dan tuala wanita.

Kebetulan tiada kaunter ekspres di situ.

Makanya agak lama la saya beratur untuk bayar 2 item itu.

Pergerakan di kaunter agak perlahan.

Mungkin ramai yang borong dengan penuh troli.

Saya pula hanya pegang 2 item.

Saya sabar, perut masih tarik2.

.

Sampai giliran saya.

Saya hulur not RM50.

Saya ada sekeping RM50, baru keluar dari ATM.

RM1 ada 3 keping. Itu sahaja fulus saya ketika itu.

.

Minah kashier : Ada duit kecik tak?

Saya : Tak de la.

Minah kashier : Kalau tak de tak leh bayar. Saya tak de duit kecik.

.

Saya beratur lama untuk bayar 2 item, dia kata tak boleh?

Saya dah rasa nak lempang orang.

Perut tak baik lagi, hati pulak tarik2.

Saya sabar.

.

Saya : Erm cuba tukar dengan kaunter sebelah2, ada kot.

Minah kashier : Diorang semua tak ada tukar, saya dah tanya.

.

Bulu roma saya dah meremang.

Darah dah naik, tapi saya cool lagi.

.

Saya : So cemane ni?

Minah kashier :  Tunggu ar. (nada biadap)

.

Saya tunggu. Saya sabar lagi.

Dia layan customer belakang saya.

Customer belakang saya bagi dia 12 keping RM1.

Lepas tu baru dia punch saya punya barang yang 2 itu.

Harga barang saya belasan RM. 

Minah tu pulangkan baki sekeping RM10, sekeping RM5, yang lain semua RM1.

Saya tak kisah, asalkan duit.

Tapi dia bagi dengan carca marba.

Duit bersepah sana sini.

Saya nak kira balik pun terpaksa susun atur sampai ambil masa depan dia.

Dalam hati dah sumpah seranah.

Muka saya pucat lesi, sejuk satu badan.

.

Saya ke kaunter khidmat pelanggan, minta borang aduan.

Pekerja di situ terkejut dengan permintaan saya,

tapi diturutkan sahaja.

Jaga awak minah kashier!

.

Nanti saya isi borang tu.

Awak main2 dengan saya time mood saya swing.

Menggigil tangan sampai amik gambar awak pun goyang2.


Minah dalam bulatan tu la buat siot ngan saya semalam.

Macam bagus je.

.

Jangan ingat muka macam belasan tahun boleh buat main2.

Jangan ingat muka kampung boleh dipijak2.

Kerja kat kashier kena pemurah dengan senyuman, bijak bermain kata2.

Kalau nak masam2 masuk stor kira stok.

Nyot!

Labels: ,


4:22:00 PM

Durian si raja buah.


Betul ke Durian Raja buah?

Haha suka hati saya je, tulis tak buat research.

Karang kena marah lagi, lol.

.

Saya dan housemates dah lama merancang nak makan durian.

Tapi nak yang beli terus makan.

Kalau tak elok boleh tukar. Hihihi..

Semalam baru berkesempatan.

.

Lokasi kami rasa-rasa durian dekat Sungai Ara, Penang.

Mula2 dah spot dah satu gerai tu, tapi bila pergi je durian habis.

Punya la laku, nak2 hujung minggu kan.

.


Kat gerai Pak Su ni la kami pekena durian.

Tak banyak pun kami makan, 2 bijik 4 orang.

Pertama kali jugak dengar durian udang merah.

Agak merah la warna isi nya.

Tapi macam mahal je, sebijik RM7.

Tapi tibai sahaja la labu..

.

Ni bukan durian udang merah.

Yang ni tak tau apa namanya.

Saya rasa-rasa je durian ni,tak makan banyak.

Makan seulas je, ni saya punya durian.

Saja nak merasa kehangatan musim durian.

:)

.

Tapi, even rasa-rasa pun,

banyak gambar saya dengan durian seulas ni.

Memori tercipta bersama durian.

.

Cik Haja, dia suka durian pahit.

Ada jugak suka yang pahit2 ek :P

.

Cik Santi tak makan durian semalam,

die makan rambutan je.

Tengok la kecomotan die sumbat dua bijik rambutan.

Suke pipi kembung camtu kot.

.


Ni Cik Yana dan buah hati nya.

En Jepp telah bermurah hati belanja kami semalam.

Kalau tahu die nak belanja bole tapaw bawak balik.

hehe kidding, anyway thanks Jepp!

.

Jepp pagi2 dah buat surprise hantar munge kat Cik Yana.

Adus romantis!

Tapi pumpkin, saye tanak munge tau, saye nak cekelat. Ngee~

Eh tetibe ade pesanan untuk orang jauh di mata plak.

.

Musim durian ni jangan makan durian banyak2 tau,

nanti tak sihat plak.

Rasa-rasa pun cukup lah.

.

p/s : Amir ym nak kasi jeles kata abah beli durian, tapi saya da makan dulu. Bluek!

p/s/s: Taip post sambil tengok tribute to MJ. Berpusu2 orang pengsan & histeria kat konsert beliau. Isk3.

Labels: , , , ,


12:06:00 AM

Saturday, June 27, 2009

Rumah saya macam wad!


Wad pesakit gugur rambut.
.
Ada sape2 nak join wad ni?
Setakat ni da 4 orang pesakit.
Tiap2 hari koleksi rambut pesakit kat sini extravaganza.
.
p/s : kepada sape2 yang nak tempah rambut,
bole order kat saya ye.
Saya jual rambut berdasarkan tempahan sahaja.
Harga rambut boleh dirunding.
:)

Labels: , ,


1:40:00 PM