Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Wednesday, March 11, 2015

#wnatravelouge : Phuket - Transport di Phuket


Hujung Februari WNA & darling makan angin di Phuket, Thailand. Kami di sana selama 4 hari 3 malam. Sebab nak merasa bermalam di Phuket Town & Patong, jadi kami ambil 2 hotel. 1 malam di Phuket Town, 2 malam lagi di Patong.


AlKisahnya bila amik 2 hotel ni makanya terpaksa lah menggunakan kenderaan awam untuk transfer hotel. Something yang boleh kita elakkan kalau nak percutian bajet. Hihi. Sebab duit berhabis kat transportation saje.

Dari Airport ke Hotel di Phuket Town.

Dekat arrival Airpot Phuket tu memang ada macam-macam jenis kenderaan tunggu kita. Boleh pilih nak naik bus, minibus (muat 10 orang) atau taxi.

Mulanya untuk jimat kami plan nak naik minibus, dalam 180 baht seorang. Tapi dah tawaf airport tu tanya - memandangkan kami berdua, kena tunggu lagi 8 orang baru boleh gerak. Dan pada masa tu memang tak ramai nak ke Phuket Town.

Kebanyakannya datang dah ada agent tunggu depan pintu.Jadi kami terpaksa lah amik taxi untuk ke hotel. Tambang limousine dari Phuket Airpot ke Phuket Town - 650 baht satu kereta (standard harga 700 baht better korang tanya satu satu kaunter).

Perjalanan ambil masa hampir sejam dari airport ke Phuket Town termasuk lah pemandu taxi berhenti dekat travel agent yang nak offer tour package.


Merasalah WNA naik limo sejam. :)


Ronda ronda Phuket Town.

Untuk ronda Phuket Town memang kami nak sewa motor sahaja. Memandangkan lokasi hotel agak jauh nak menapak dan cuaca sangat panas, kami sewa motor dengan hotel je. Hotel call orang sewa motor dan servis sampai depan pintu hotel.

:)

Untuk sewa motor kat Phuket ni, rata rata nya akan pegang passport kita. Jadi kenalah tinggal passport (in our case kitorang tinggal satu passport).

Sewa motor - 250 baht untuk 24 jam.


Helmet tiada visor. Cermin mata jangan lupa.


Dari Phuket Town ke Patong

Keesokkan harinya selepas check out kami kena transfer hotel pulak. Padahnya amik dua hotel, makan masa dan bajet transport kena lebih. Untuk memudahkan perjalanan, sekali lagi kami minta hotel sediakan taxi. Tambang taxi dari Phuket Town ke Patong - 550 baht.

Kalau korang rajin boleh pergi area weekend night market kat situ banyak taxi belah malam. Mungkin boleh deal dengan driver taxi kat situ. Pernah tanya tambang diorang offer 500 baht untuk ke Patong. Beza dalam 50 baht.

Pemandu taxi kami tak bercakap tapi awal-awal lagi dah pesan kat receptionist nama hotel kami di Patong. Make sure pemandu taxi tahu destinasi atau macam kitorang dah print out awal awal hotel details.

Ronda ronda Patong

Sampai je hotel terus kami sewa motor lagi. Sekali lagi kami pilih untuk sewa dengan hotel je sebab senang dan hotel yang kedua ni tak minta kami tinggal passport sebab kami guest hotel. Tapi masa check in hotel dia akan photostat passport kita.

Receptionist hotel pesan, kena ada lesen memandu dan sila pakai helmet. Kalau tak kena saman 500 baht kalau polis tahan.Rata rata orang tempatan tak pakai helmet pun kat Patong tu. Tapi kita tourist jangan ikut diorang. Pernah nampak tourist dari China kena tahan - tak pakai helmet.


Patong Beach


Patong ke Airport


Hari terakhir di Phuket kami sewa mini bus untuk ke airport. Tambang minibus - 180 baht seorang. So untuk kami berdua 360 baht.

Macam mana nak cari minibus ni?

Pergi je ronda ronda Patong tu korang akan nampak banyak kaunter agent pelancongan. Which korang boleh beli pakej untuk attractions kat Phuket dan juga arrange transportation.

Bagi tau agent tu nama hotel korang menginap, tarikh dan masa nak ke airport. Sila ke airport lebih awal sebab airport tu kecil tapi orang ramai. Jadi semua tempat kena beratur panjang.

Jangan lupa ambil nombor telefon agent minibus tu nanti korang boleh follow up bila dah sampai masa.

Minyak
Banyak jenis minyak.

Harga minyak kat sana ada macam macam. Tak silap minyak yang kitorang isi minyak 91. Kat sana tak susah cari minyak. Kedai-kedai tepi jalan pun ada jual minyak dalam botol. Cuma nya bila kita compare yang jual tepi jalan tu agak mahal la. Tapi memudahkan.


Minyak yang di jual di jalanan :)


Ada juga vending machine untuk gasoline - yang ni tak pernah cuba.

Kalau kat stesen minyak tu ada orang yang tolong isi kan. So kita cakap je nak berapa. Ada certain stesen minyak tak kasi isi minyak sikit-sikit (cth: 30 baht). Dan ada jugak yang letak minimum price bila nampak kita tourist.Sebab nya ada suatu ketika tu orang depan isi 50 baht, jadi kitorang pun nak 50 baht tapi tukang isi minyak tu geleng kepala tunjuk isyarat 60 baht.

Layankan je la. Bila dah isi minyak banyak tu ronda lah puas puas.

Jalan berbukit.

Pesan WNA, jalan di persisiran pantai tu berbukit bukau. Jadi ada baiknya pilih motor baru kalau tak macam siput lah nak naik bukit. Sebab ada jugak option untuk sewa motor lama. Dan juga kalau rider amatur macam WNA sila extra careful ya. Kalau lalu Patong Hill tu agak mencabar rasanya. Btw, WNA tak pegang pun handle motor. Duduk belakang peluk rider je. :)


p/s: Sila bawak sunglasses kalau nak sewa motor. Sebab kebanyakan helmet yang disediakan tak ada
visor. Bila ditanya, katanya orang sewa motor suka bukak visor.

No comments: