Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Tuesday, October 20, 2015

WnaJjcm : Wangsa Grill by Chef Zubir

Dah lama tak bawa family makan luar. Jadi lepas pantang tempoh hari, Qemmal suruh adik-adik cari tempat makan best untuk lunch. Lepas shortlisted, ada beberapa pilihan. Kebetulan jerebu teruk jadi syaratnya haruslah makan di kedai tertutup (air conditioned) dan review menarik.

Lepas mesyuarat dengan adik-adik (propa sangat nak makan pun kena meeting), kitorang pilih Wangsa Grill. Sambil tu boleh lah Amir the future chef belajar plating dari Wangsa Grill.


Complete, with the new member Nawra Abierah.

Servis dari waiter kat sana ok, ambience restoran pun classy.. (sesuai buat dinner date) dan kebetulan orang tak ramai so memang kami satu family majoriti kat situ. Qemmal tak sempat nak belek menu sebab melayan si comel Nawra, so minta darling orderkan Fish & Chip & Cappucino, to be safe.


From left : Nachos, Meat Platter, Fish & Chips, Spagheti & Beef (tak ingat nama), Lamb Rack.

Banyak selection food yang menarik.. since kami berlapan, dan semua orang order lain lain menu.. jadi kami boleh cuba macam macam jenis makanan. Dan jujurnya, semua hidangan sedap dari entree, main course, drinks & dessert. Qemmal share gambar ye buat tatapan korang. Tapi bukan semua food, yang ade gambar je (gambar ihsan dari adik-adik) sebab Qemmal tak dan nak snap gambar macam selalu since ada Nawra.


Mine : Fish and Chips.


Darling punya meal.


Mama order Spring Chicken.
Dessert. Pun tak ingat nama. Haha.
Harga? Up sikit dari kedai western biasa tapi trust me, worth it! Sedap kot!
Dan yang penting, family qemmal happy sangat sebab semua meal sedap-sedap dan kitorg lepak situ hampir 2 jam. Rasa macam booked satu restaurant pulak sebab tak ramai customer lain.

Dan andai kata ada rezeki lebih, definitely akan datang lagi. Order nachos je pun jadi lah! Haha.
Oh ya, Wangsa Grill ada surau kat dalam restaurant. Masa qemmal punya visit tu Nawra cranky jadi qemmal keluar-masuk surau untuk nursing & dodoi kan si kecik tido. Overall, visit yang sangat memuaskan hati, cuma tak berkesempatan jumpa Chef Zubir. Kalau tak Mama & Amir mesti excited!



Mamm&Abah yang dicintai.
Amir. Adik, Darling. Abang. Qemmal. Nawra. Atie.


Till then : tata!

Wangsa Grill by Chef Zubir
Wangsa Grill, No8-10,
Jalan Dataran Wangsa, Wangsa Melawati,
Kuala Lumpur.

Ambience : Classy, fine dining
Food: Super yummy!
Price: Higher than average. 

2 comments:

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)