Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Tuesday, February 10, 2015

Renew Passport, UTC Sentul.

Baru baru ni darling & I pergi renew passport. Passport mati lama dah tapi sebab tak ada keperluan jadi biar aje simpan dalam lemari. Kami tak mahu korbankan cuti untuk renew passport jadi haruslah pergi di hari minggu. Ahad sebelum tu (01/02/2015) pukul 8 dah terpacak kat depan imigresen UTC Sentul. Takde orang langsung. Dekat pintu tu tulis pejabat mula beroperasi 8.30 pagi.

Jadi dengan senang hati nya kami pergi medan selera depan imigresen tu makan roti canai. Cepat cepat makan kononnya nak dapat no awal. Alkisahnya pukul 9 pun pejabat tak buka lagi. Nasib lah ada auntie yang tengah menyapu kat situ tegur:

"Adik, pejabat cuti 3 hari - cuti umum. Depan pintu tada tulis ka?"

"Takde Auntie" balas I kecewa. 


Rupanya cuti umum tak buka. Tapi takda pulak mention kat masa beroperasi tu.

Jadi kami balik, hampa. 







Cubaan Kali Kedua:


Kami datang lagi sekali ke UTC Sentul seawal 8.30 pagi. Gigih dari Semenyih keluar lepas subuh. Sebab plan lepas setel renew passport nak balik tido kat Gombak je. 8.30 pagi sesampai je kami datang ngam ngam imigresen nak buka pintu. Tapinya, barisan panjang macam ular. Kami dapat nombor 1114 & 1115. No ke 114 & 115 la lebih kurang.

Kalau bagi warga emas, wanita mengandung & anak kecil bawah 2 tahun, ada barisan khas. So kalau tergolong dalam golongan khas ni cepat sikit prosesnya.





Masa dapat nombor je, pegawai imigresen bagi pesanan:

"Pergi makan dulu ya, nombor Cik lambat lagi ni. Dalam pukul 12 kot giliran Cik."

Oh my. Time tu baru pukul 9 kot. Ade lagi 3 jam. Dalam kepala otak ni fikir nak pergi mana ya. Tapi akhirnya kami buat keputusan lepak je di UTC tu. Sebabnya susah nak dapat parking. Kalau datang naik
moto takpe, boleh la keluar merayap kejap. Sepanjang tempoh menunggu tu kami lepak makan & minum 2 round, duduk atas kerusi urut 15 minit sorang, baca suratkhabar & majalah. Darling main game kat smartphone dia.

Sampai lah pukul1pm nombor sampai ke angka 1112. Which means lagi 2 nombor nak sampai giliran kami.

Dan ketika itu lah pegawai imigresen tampal notis :

"Harap maaf, sistem tergendala"

Allah saja yang tau kesabaran dah sampai puncak. Terus roger kawan yang kerja imigresen tanya average system downtime. Dan sebagai orang yang kerja bahagian sistem ni, sememangnya mengetahui system downtime ni unpredictable. Dan kami hanya mampu bersabar..

Dua tiga kali ke kaunter tanya macam-macam. Bayangkan lah nombor tinggal lagi 2 je. haih..

Dan sistem up semula selepas satu jam setengah. Kalau dah sampai turn kita, proses tu kejap je. Masa
menunggu je yang lama.Apa-apa pun, bersyukur sangat dapat siap kan jugak passport pada hari yang sama. Serius letih tunggu giliran je dah setengah hari, system down lagi tu.




Panjang tak cerita kitorang renew passport? Hehe.

Oklah ni tips ringkas dari Qemmal:

1. Datang awal untuk dapat nombor awal. Kalau datang dalam pukul 12pm tu nombor dah habis, walaupun UTC tutup malam.

2. Apa yang diperlukan untuk renew passport (kategori biasa)?

- Passport lama
- IC
- Gambar background putih ( tapi dekat UTC Sentul semua orang ambil gambar guna mesin khas jadi gambar yang saya bawa tak guna pun)
- Bayaran RM200 untuk 5 tahun (mulai Januari tahun ni passport 2 tahun dimansuhkan)

3. Sementara menunggu tu boleh la buat apa apa yang patut. Tanya pegawai nombor korang tu selalunya
pukul berapa dipanggil. Jadi boleh la korang budget timing.

4. Kalau buat passport untuk warga emas, wanita mengandung & baby terus ke barisan khas.

5. Jangan lupa bawa bahan bacaan/smartphone/tab/powerbank dan apa apa yang boleh mengisi masa lapang anda. :)

6. Bersabar lah menunggu giliran. :)

No comments: