Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Sunday, July 12, 2015

Cara mohon VISA untuk ke China.

Awal tahun hari tu Qemmal join trip darling dan kawan-kawan beliau ke Guangzhou, China.
Untuk masuk ke negara China, warganegara Malaysia perlukan visa.

Pertama kali ke negara yang memerlukan visa ni. Mujurlah prosedur tak leceh.

Tapi bagi yang menginap di luar KL, mungkin leceh sikit sebab pejabat permohonan visa di semenanjung ni tak silap Qemmal ada di KL sahaja.
Tapi boleh juga buat permohonan secara online (yang ni Qemmal tak ada pengalaman).

Bertempat di tengah Kuala Lumpur, pejabat nya terletak di alamat macam kat bawah ni:



Chinese Visa Application Service Center 
Address: Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. 
Business Hours:Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.
Payment and collection: 9:00 to 16:00.
Contact information Call: 603 2176 0888    
Fax: 603 2161 2234
E-mail: klcentre@visaforchina.org

Lokasi dia dekat belakang Ampang Park Shopping Complex. 

Masa pergi tu Qemmal & darling ambil half day dan alhamdulillah urusan sekejap sahaja kalau dokumen lengkap.
Kat sana ada banyak kaunter, sebab tu urusan cepat.


Kaunter pertanyaan .

Apa dokumen yang diperlukan?


- borang permohonan (boleh download di website : http://www.visaforchina.org/KUL_EN/)

- gambar berukuran passport 
- application fee (RM85 untuk single entry. Double entry tak pasti.)
- passport asal 
- salinan passport (perkhidmatan photostat ada di sana)
- salinan tiket penerbangan


Tempat isi borang. Borang ada disediakan kalau korang tak download di website.
Kaunter untuk submit dokumen dan buat pembayaran. Kaunter ni ada banyak jadi masa menunggu tak lama. :)

Kitorang kumpulkan semua dokumen geng-geng yang nak pergi dan wakilkan untuk diorang. Tak ada masalah. Jadi untuk pengambilan visa kami minta rakan yang lain pula ambil.


Oh ya, untuk visa budak budak pun sama prosedurnya ya.

Selepas selesai urusan, kita akan dapat slip untuk ambil visa nanti.
Visa siap dalam masa 4 hari bekerja.


Lepas dah siap, kita akan dapat pick up form macam ni.

Alhamdulillah urusan dipermudahkan.

:)


Nah qemmal kasi parking rate untuk reference korang. :)


So, best ke pergi bercuti di Guangzhou?

Bila ada masa nanti qemmal share ya?

p/s: Kitorang buat visa sebelum perlaksanaan GST, bila rujuk di website tadi, GST akan dikenakan. Tapi saya tak pasti macam mana.