Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, October 30, 2015

Tips Membeli Sandals Yang Selesa



Sandals - sejenis footwear yang dipakai since berkurun lama lagi. Dari orang biasa biasa macam kita ni sampai lah selebriti dan orang kenamaan. Sebab sandals ni senang nak pakai.. sarung je, siap!

Tapi masih terdapat ramai antara kita yang tidak tahu tips membeli sandals yang selesa yang sesuai kan?

Kalau nak cari kasut much more easier sebab bile cuba je kita boleh tau ketat ke, longgar ke, kena beli padded ke etc.. tapi kalau bab memilih sandal ni kena extra memilih sikit nak pastikan keselesaan dan kesihatan kaki kita.

Dengan pilihan yang bersepah (baca: lambakan kedai kasut), membeli kasut sandal yang selesa mungkin adalah satu tugas yang agak memeningkan. Ye la, macam macam butik kasut ada sekarang ni. Apa yang penting ialah belajar tips membeli kasut sandal untuk dapatkan sepasang sandal yang selesa bersama kualiti yang terbaik.

·         Pakai kasut sandal yang tepat untuk aktiviti yang bersesuaian

    Kalau korang suka pakai sandal, ada beberapa jenis yang direka untuk aktiviti yang anda mahu lakukan pada musim panas. So usha usha lah jenis yang sesuai dengan aktiviti.

·         Dapatkan saiz yang tepat! 

   Dan kalau nak cari kasut sandal yang selesa, saiz mestilah betul ya! Kalausandal terlalu besar, tapak kaki kita akan mudah ‘mengelincir’ dan kalau ianya terlalu kecil pula akan membuatkan tapak kaki kita sakit dan mengganggu keselesaan ketika berjalan. Apatah lagi nak beraktiviti bagai kan. Nanti nak shopping pun tak senang.

·       Pilih sandal yang diperbuat daripada bahan yang bermutu. 

    Last but not least, pilih yang berkualiti. Kata orang alah membeli, menang memakai!




Hari ni I pakai sandal ya :)

2 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

joe said...

I really loved the sandals and o want to purchase them now!