Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Sunday, November 24, 2013

Pengeluaran KWSP untuk bayaran pendidikan.

Salam semua :)

Kali ini Qemmal nak share pengalaman buat pengeluaran KWSP untuk pendidikan.
Sebenarnya akaun 2 KWSP kita boleh dikeluarkan untuk kegunaan yang pelbagai.
Jujurnya baru 3 tahun bekerja akaun 2 Qemmal ciput je.
Tapi sekarang da kembali kosong. Mana taknya, beli rumah pun korek KWSP, bayar hutang pun korek KWSP :)

Takpe la, lagi cepat hutang habis lagi tenang hidup kan :)

Qemmal ada 2 pinjaman pelajaran.
Satu masa buat degree (PTPTN) dan satu lagi masa buat master (MARA). Masa buat pinjaman MARA tu Qemmal berharap dapat diskaun/potongan bila dah habis belajar.
Tapi mengikut MARA untuk pinjaman master tiada pengurangan. Serius sedih. Nak tak nak kena la bayar pinjaman full.

Jadi memandangkan bebanan hutang pelajaran yang banyak, dan lain-lain pinjaman bank, duit gaji macam semput je nak bayar semua tiap-tiap bulan. Qemmal amik keputusan untuk keluarkan sedikit dari KWSP untuk dibayar ke MARA.

Apa yang Qemmal buat?

1. Qemmal call KWSP untuk pastikan dokumen yang diperlukan. Dekat website pun ada senarai yang lengkap. Antara yang diperlukan untuk pengeluaran pendidikan bagi yang dah habis belajar ya:

  • borang 9H (boleh mintak di cawangan KWSP atau download dari laman web)
  • salinan IC (tapi sampai kaunter pegawai tu suruh simpan je)
  • penyata baki mengikut format KWSP
  • surat perjanjian pinjaman
  • salinan transkrip.


2. Untuk penyata baki mengikut format KWSP, ini agak leceh sebab kita kena berhubung dengan pegawai MARA. Qemmal telefon MARA dan disambungkan ke pegawai yang betul untuk tanya prosedur. Untuk urusan ini kita kena sediakan surat rasmi untuk minta MARA sediakan penyata mengikut format KWSP. 
Qemmal hanya email pegawai tersebut dan penyata sampai di rumah lebih kurang sebulan kemudian.

3. Bila dah dapat penyata ni baru lah boleh terus ke pejabat KWSP untuk urusan. Dokumen lain tu memang dah ada dalam simpanan jadi senanglah :)
Qemmal ke pejabat KWSP Kajang kebetulan tak ramai orang jadi urusan nya sekejap sahaja.

4. Menurut pegawai KWSP, duit akan dibayar terus ke pihak MARA daam masa dua minggu.

Buat masa ini pengalaman Qemmal dengan KWSP semuanya baik-baik. Kaunter KWSP sekarang cepat dan teratur. Harapnya semua berjalan lancar.

:)

Ok, tamat sudah sessi berkongsi pengalaman. Selamat berhujung minggu!

13 comments:

Unknown said...

Salam qemmal
kalau master dlm negara mmg xde pengurangan langsung ek?
wlaupun dpt result bagus?
apa alasan MARA ek?

mcm diskriminasi je..huhu

(T T)

WNA said...

Hi Syazanna,

:)

tak pasti samada semua kes macam Qemmal atau tak.

Ni reply daripada Mara untuk Qemmal melalui email:

"Semakan ke atas borang permohonan pengurangan yang telah dikemukan, didapati bantuan bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) yang telah diikuti oleh sdri di USM adalah tidak termasuk di bawah skim pinjaman boleh ubah. Sehubungan itu, walaupun sdri telah mencapai CGPA xxx bagi pengajian peringkat Master ia tidak akan dikurangkan atau diubah pinjaman pelajaran MARA sdri. Boleh menghubungi pihak kami sekiranya ada kemusykilan di talian di bawah. "

cik aja said...

salam.. ada contoh surat rasmi untuk mara tak? heheheh

Anonymous said...

Salam,

nak tanya apa email pegawai berkanaan?

saya call mara setengah jam x angkat2..

WNA said...

cik aja,
Sori baru perasan comment ni. surat rasmi tak ingat campak kat mana dah yang :(

anonymous,

boleh email qemmal, nti qemmal bagi contact:

nurakmal99@gmail.com

Shukry said...

Salam Cik Qemm...kiranya anak yang baru nak masuk peringkat menengah di MRSM, pengeluaran masih boleh dibut jugak ke ?

WNA said...

Wslm Shukry,

Apa yang saya faham pengeluaran untuk pengajian ahli/anak bermula dari peringkat diploma. Untuk yang masih bersekolah saya tidak pasti. Mungkin Encik Shukry boleh membuat pertanyaan terus kepada KWSP :)

Terima kasih.

Unknown said...

Hello! Sy mahu tanya kalau mahu pengeluaran kwsp akaun 2 untuk pelajaran kursus pelajaran english dapat diluluskah?

WNA said...

Hi May Lim,

Saya tak pasti untuk kursus itu. Boleh cek di laman web kwsp :)

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam, nak tanya sume document kena sahkan dulu ke? kiranye xyah g pejabat mara la kan..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
WNA said...

dear Anon,

Sorry lmbt reply. untuk urusan ni saya tak ke pejabat mara.

dear yusnita,

saya baru reply. maaf ats kelewatan.

fidanor said...

salam qemmal,

nak tanya,

bayaran kwsp tu terus ke mara ke?
or dia bagi kat kite then kite bayar kat mara?

sori tanya banyak.