Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Sunday, October 12, 2014

Tips dating secara bajet : Daki Bukit Broga.

Ini kali kedua kami berdua naik Bukit Broga bersama.
Kali pertama kitorang daki bersama Qemmal tak ada buat entri kat blog la pulak.




Dan untuk rekod diri sendiri, ini kali ketiga Qemmal ke Bukit Broga.
Pertama kali daki Broga (2011) dengan colleagus office lama (Link).

Setiap kali naik Bukit Broga, Qemmal rasa stamina diri ni makin kurang. 
Faktor usiakah? Haha.

Kenapa Qemmal kata dating bajet?

- Lokasi Bukit Broga tidak jauh dari rumah kitorang sekarang (Nilai ke Semenyih lebih kurang dalam setengah jam).
- Kos untuk ke sana hanyalah duit minyak kereta & parking (RM2 per entri)
- Kos makan/minum tertakluk pada selera sendiri. Hikhik.

Dan melalui pemerhatian Qemmal, ramai jugak dating sambil hiking ni.
Tak kurang jugak yang mendaki bersama keluarga. Yang kendong baby dalam carrier pun ada tau!

Hari ni Qemmal rehat banyak kali semasa mendaki.
Dan ada sekali tu sampai termuntah sebab perut masuk angin (kami tak breakfast dulu).
Plan nya kami nak breakfast kat puncak tu memang dah bawak nasi lemak bungkus tapi bila sampai atas tak makan pun. Masa tu cuaca dah semakin panas.




Motivasi, inspirasi.

Alhamdulillah kitorang selamat naik dan turun Broga tanpa kecederaan.
Masa nak naik memang perit. Tapi Qemmal jenis yang tetapkan motivasi untuk sesuatu target.

Dan motivasi Qemmal untuk mendaki adalah:

"Kalau orang yang lebih berat boleh mendaki, kenapa tidak kita?
Kalau orang yang lebih berumur boleh, kenapa tidak kita?
Budak 3-4 tahun pun berjaya sampai puncak, kenapa tidak kita?"

Ewah gitu.

Dan masa turun pulak, motivasi Qemmal adalah:

"Nak makan aiskrim!"

Kat kaki bukit tu ada orang menjual aiskrim, coconut shake etc.
Tapi bila dah sampai bawah nampak coconut shake terus lupa aiskrim.

So sesiapa yang tak tau nak dating mana, boleh lah ajak pasangan ke Bukit Broga :)



Caption dari Instagram :Inspirasi saya.
Juga motivasi saya.

Terima kasih kerna tidak pernah jemu hulurkan tangan untuk pimpin saya yang berat ini. 

Semoga awak sihat selalu dan diberi kesabaran yang tinggi dalam menempuh hari.

Sayang awak!

Caption dari Instagram :

Pagi ni daki Bukit Broga dengan perut kosong. Pancit tahap takleh senyum dah masa naik. 

.
Alhamdulillah turun laju macam kanak kanak ribena dengan motivasi nak makan aiskrim kat bawah.
.
Dapat makan nasi lemak (yang konon nak makan berkelah kat puncak) & coconut shake memang syurga.
.
Ok dah nak balik rehat

No comments: