Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, January 18, 2013

Syurga makanan laut ; Senibong, Johor

5 Januari 2013

Lepas penat menghabiskan tenaga di USS Singapura, pulang ke tanah air.
Sampai di Johor Bharu pukul 8 lebih, masing-masing penat tapi sempat berehat dalam bas.

Kami menetap di homestay di Masai, tapi sebelum balik berehat semestinya isi perut dulu.
Mengikut saranan teman yang tinggal di JB, Senibong adalah salah satu syurga makanan laut.
Dalam kepala ni Qemmal imagine macam kedai-kedai ala thai di Penang.

Mujur ada Husin yang tahu selok belok Johor, dan dengan bantuan teknologi, kami sampai Senibong dalam pukul 10. Perut dah berkeroncong. Cuba sedapkan hati, "ala..dah pukul 10 orang lain semua dah selesai makan malam. Jadi kita tak perlu tunggu lama lah".

Salah.
Salah anggapanmu Qemmal.

Rupanya Senibong adalah deretan kedai makanan laut yang penuh dengan manusia.
Fuh...hampir pukul 11 tapi masih ramai umat.



Kami pilih kedai yang ramai orang. Haha.
Mengikut firasat yang lebih arif, kedai tersebut pastinya lebih sedap dari yang lain.
Kedai nombor 6.

Masa menunggu adalah reasonable, sambil berbual dengan kawan-kawan jadi tak rasa lama kot?
Masakan? Ada hidangan yang sedap.. ada juga yang boleh lah..
Yang pasti nya kami terlebih order. Mengikut nafsu mungkin?
Dan Pumpkin pula masih belum kebah dari sakit perut, jadi tak dapat jadi hero makan of the day :P

Seterusnya.. biar kan gambar berbicara :P
Enjoy..



Pilihan makanan laut.. Tapi ni kat kedai lain..



Ikan pari bakar.



Ketam masak black pepper. Yang ini boleh angkat ibu jari. Atau mungkin jarang makan menu ni jadi rasa extravaganza :P



Sotong goreng tepung.


Ikan Jenahak tiga rasa. Boleh tahan sedap.



Butter prawn. Udang nya besar.. :)
  

Group photo sebelum jamah makanan. Dah sampai makanan tak dengar dah suara masing-masing.

Cuma bila dah sampai bil, qemmal rasa ada yang overpriced macam ikan tiga rasa - rm102.05 untuk 1.5kg. 
So total makan malam tempoh hari adalah rm40 seorang.

Dan kami adalah antara orang yang terlebih kenyang.
Alhamdulillah..



p/s: Ada yang komen di instagram qemmal, kedai yang kami cuba tu memang mahal. Betul ke?

2 comments:

Cicada2nd said...

Senibong ni blh nampak singapore kan.

Cik Qemm said...

yezza, tepi laut aje jadi boleh nampak singapore. tapinya tak tau la which part of singapore yg nmpk tu hehe