Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Tuesday, January 22, 2013

Bukit Tabur, Taman Melawati

11 January 2013

Event ni adalah event terbuka, invited from closed friends yang rajin meneroka alam sekitar.
12 orang semuanya yang join event kali ini. 3 daripadanya kenalan baru bagi Qemmal.

Ini kali kedua mereka ajak ke Bukit Tabur.
Sebelum ini tidak berkesempatan, maklumlah hujung minggu ada saja acara.
Jadi kali ini tak nak lagi melepaskan peluang.
Sementara masih mampu, lagipun Pumpkin bagi green light :)

Untuk rekod peribadi, Bukit Tabur adalah bukit paling mencabar bagi Qemmal.
Kalau di Penang, Pumpkin selalu paksa Qemmal teman Bukit Jambul. Setengah jam mendaki, sampai lah ke puncak.
Pernah juga panjat Bukit Bendera, tapi lalu trek jalan tar beramai-ramai..
Bukit Broga Semenyih, lebih santai dari kali ini.

Bukit Tabur Taman Melawati berketinggian kurang 1000m, penuh dengan trek berbatu kasar.
Silap langkah boleh maut woo.

Berkumpul di NZ Wangsa Maju hampir tengah malam sebelum mulakan ekspidisi.
Ada yang alas perut kumpul tenaga, Qemmal dan Pumpkin pula mamai, sempat lelap kan mata sejam di rumah :P


Checkpoint kedua, Petronas. Sambil kawan-kawan lelaki packing barang, the girls posing dulu :)
 Untuk ke kaki bukit, kami car pool.
Sebab kawasan parking nya tak besar. 


Sampai kaki bukit lebih kurang 1 lebih, tunggu 2 orang rakan dari jauh.
Cukup je korum macam biasa kita amik group photo dulu.
Sementara semua masih cargas :)

Dari kiri;
Kak Ad, Erie, Pumpkin, Aisya, Nizam, Tolha, Cua, Kay, Fuzzy, Qemmal, Afzan, Syed.

Masing-masing dengan headlamp. Ada yang bau kedai tu :P


Start trekking lebih kurang pukul dua.
Menjadi kebiasaan sebelum trekking adalah sessi memperkenalkan diri, walaupun kebanyakkannya dah kenal kawan-kawan, kita kasi can la kat orang baru berkenalan.
Contohnya encik Pumpkin saya :)

Kami mendaki dalam keadaan yang gelap gelita, bersuluh kan headlamp.
Penat tak payah cerita la almaklum lah saya amatur. :P
Mujur ada rakan-rakan yang berpengalaman naik gunung ganang.
Jadi kami yang amatur ni menurut perintah :)

Menjadi kepuasan bila di beberapa pit stop kami dalam tengok pemandangan malam sekitar KL.
Subhanallah. Cantik..
Itu baru pemandangan di waktu malam tau!



Pendapat Qemmal, bukit ni memang thrill.
Ada beberapa tempat tu macam wall climbing.
Tapi bab memanjat ni Qemmal suka :)
Cuma takut tersilap langkah, batu nya kasar-kasar.

Setelah mendaki hampir dua jam, kami sampai ke satu kawasan landai.
Hampir dua jam trekking adalah kerana pit stop banyak dan kajian trek oleh rakan-rakan yang berpengalaman. Kami pilih trek yang kurang berisiko.
Kami mahu ekspidisi yang selamat.. hehe

Setibanya di tempat beristirehat,apalagi masing-masing tidur bergelimpangan.
Secara tiba-tiba qemmal boleh tidur lena atas permukaan batu yang tidak sama rata.
Haha..


Puas berehat, minum teh o panas, main games,
Hari pun dah cerah. Time ni dah nampak kelibat manusia lain lalu lalang di tapak perkhemahan kami :)
Dekat pukul 8 baru kami bersiap untuk turun.
Sebelum turun, group photo dulu!
Tapi waktu ni 2 daripada kami dah turun dulu.



Qemmal & Pumpkin.
Bahagia punyai Pumpkin yang senang dibawa ke mana-mana. Haha apakah maksudnya pernyataan itu? :P



Ternyata masa turun bukit lebih lama daripada masa mendaki.
Sebabnya?
Keadaan sudah cerah dan pemandangan menjadi lebih cantik.
Jadinya, sessi pengembaraan bergambar ON!
Setiap jejak hendak dirakamkan. Bila lagi kan?




The girls.



Guys.



Alamak kitorang lagi :)
Belakang kitorang adalah Klang Gates Dam.
Tak pernah tahu adanya empangan ni sampailah Fuzzy tunjuk di kesamaran malam :)

Oh ya, dari tempat perkhemahan kami tadi boleh nampak UIA Gombak secara keseluruhannya!
Teruja tapi tak jumpa pulak Unikl-BMI masa tu :(



Group photo di tengah bukit.
Tiba-tiba kawasan tak berapa luas pun boleh jadi tempat bergambar :)



Kami sampai kaki bukit balik hampir tengah hari.
Qemmal dan Pumpkin adalah orang pertama sampai bawah di kalangan kami.
Tak larat nak bergambar dan cuaca semakin panas time tu.

Dah tengah hari, penat bercampur lapar.
Qemmal dan Pumpkin jamah teh o dengan keropok Mimi, memang kelaparan sangat lah.
Bila diorang tanya tempat makan, apalagi, tempat paling dekat Qemmal bawak
:)


Kami makan tengah hari di Au5 gerai-gerai tepi jalan tu.
Terasa nikmat sangat dapat makanan masa tuh.
haha. Tapi sebelum makan kita senyum dulu:)





Ekspidisi kami berakhir di situ.
Qemmal dan Pumpkin balik, mandi, solat zohor dan pengsan untuk 4 jam :)

Seronok dan puas!

Sampai hari ni kami duk tunjuk lah sesama sendiri Bukit Tabur tu. kalau dari jauh nampak macam belakang dinosour.. :P

Untuk cerita versi lain boleh la berkunjung ke blog kawan-kawan Qemmal:
 -  Kak Adlyana [Outdoorfreak]
 -  Cua [Love Nature..Keep It Natural]
 - Cik Aisya[Cerita Best Friend]

4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

cantiknya permandangan dari atas bukit :)

::puan ungu:: said...

Wah....bestnye qemmal...adventure sungguh=)

Cik Qemm said...

Puan Mawar,
hehe cantik :) hilang penat bila tengok pemandangan..

Puan Ungu,
Hehe layan aje..sementara masih mampu dan kelapangan :)

azuan said...

bestnyer.... macam boleh try Bukit Tabut tapi bab ala2 wall climbing tu yng lemah and seram mendengarnya,