Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Sunday, December 12, 2010

Hari-hari hari keluarga.

Sekali sekala qemmal akan ajak family makan kat luar.
Seklai sekala je la, nak ajak selalu tak de budget.

Jadinya sabtu lepas kami sekeluarga makan tengahari di Kenny's Ampang Point.
Selalu qemmal paksa Fikri balik, so that semua ada.
Tapi skang budak tu kat Terengganu menjalankan tugas jadi tak dapat la join.
Next time pulak la.

Sebelum makan ambil gmbr dulu.
Gambar mama & abah haruslah candid aja baru seronok. :)


Yours truly dgn meal, yang penting Mac & cheese :)
Drinks, Chocolicious!


Seronok tengok mama mengomel comel.
Entah apa yang dibualkan dengan abah.
Mama kata nak band kenny's branch ni, sebab boley pulak blender rosak,
so mama takley order strawberry blended. Huhu..


Abah senyum simpul lepas adegan usik-mengusik mama.
Memang mcm tu, abah suka mengusik,
mama suka ketawa. Kalau mama ketawa tak berhenti mesti berjangkit kat kitorang :P


Lepas kenyang perut bermula lah sessi lawatan ke rumah adik2 abah.
Adik2 saudara qemmal berkhatan.
Empat orang sekaligus, cuma lokasi nya lain2.

Rumah pertama di ampang.
Si abang, Ijoy ke hulu ke hilir tak duk diam.
Kontra dengan adiknya, Ijam duduk tanak bangun2.


Si bongsu Yaya tak peduli orang lain.
TIme tu la dia nak tayang lolipop,
time tu la dia nak colouring.
COmel!


Rumah kedua di Shah Alam.
Jarang tengok dua beradik ni duduk diam.
Selalunya bergusti.
:)


Si bongsu Iman seronok main gn qemmal.
Merajuk bila kitorang nak balik.

Nanti along datang rumah Iman lagi ye sayang :)

p/s: Mahu menggunakan masa seriang-riangnya. pedulik perihal sedih, kita enjoy!

No comments: