Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Saturday, December 11, 2010

Picnic @Ulu Yam Bharu

Awal muharam lepas Cik Su ajak piknik kat Ulu Yam.
Cik Su & Ayah Su bawak pegy port yang qemmal tak pernah sampai.
Jauh nun masuk kampung orang, turun bukit naik bukit.
Oleh kerana tempat nya pedalaman skit, jadi tak ramai sangat la berpiknik.
Kebanyakan yang datang pun bawa keluarga.

Kat sini ada banyak kemudahan yang kita boleh guna.
Ada wakaf, pondok, meja yang boleh disewa etc.
Tapi masuk tak payah bayar macam Kalumpang.
Untuk informasi lebih lanjut tgk signboard kat bawah ek.



Cik Su sewa satu rumah kecik untuk kitorg rehat2, tido2 :)
Tapi kitorang still bentang tikar lepak kat tepi rumah, baru ada feel piknik.
Ameerah depan rumah kecil.


Tempat ni sesuai bawak family sebab nya air tak dalam sangat,
boleh la nak biar budak2 main sambil orang tua tengok dari jauh je.


Sampai2 je terus cari makanan sebab semua lapar.
Apatah lagi mama masak rendang dgn nasi impit macam juadah hari raya pulak.
Sebelum turun mandi makan, naik main air makan lagi.


Tengok semua main air seronok je.
qemmal turun dua kali pastu naik tanak turun dah.
sejuk bangat. Tapi adik2 tiga orang ni memang tak puas main sampai kena panggil naik.

Baru sedar semua pakai baju biru. Yeay pasukan biru!


Ayah su mandur duduk atas tikar baca paper.
Rasa nya setiap muka surat ayah su tilik, sampai ke sudah dengan paper :P


Mama kalau mengomel memang comel.
Ni masa nak bagi suami, adik2 dan anak2 makan.


Ciksu pun jadi mandur, kena jaga budak kecik atas dokongan.
Oh dan adam budak lelaki kecil itu kerap bertukar baju sebab kadang2 puas mandi,
kadang2 nak turun balik.
LOL


Adik ketiga qemmal, Amir. Takut air kot memang tak turun sungai langsung.
Pastu asyik nak berebut baby dengan qemmal.


Yours truly with Aleesya Hana si tembam.
Abaikan rambut kusut masai sebab saya malas sikat rambut.
Konon2 natural beauty.


Nak jugak letak gambar tido budak tembam atas rumah kecil.
Comel rase nak geget!


*Hari cuti adalah hari bersama keluarga. ehem.
*tapi tak apply untuk semua hari cuti. hehehe

No comments: