Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Sunday, August 08, 2010

Skiva warehouse sale :)

Semalam sebelum tido dah chop dengan mama hari ni nak pergi Skiva warehouse sale. Ini sume Susie punya pasal bagi tau ada warehouse sale nearby sampai qemmal termimpi-mimpi konon nya sale sebelah rumah, Dah la memang hajat nak beli lingerie time sale, tambah pulak warehouse sampai termimpi-mimpi penangan nya.

Cakap dengan mama nak pergi pagi-pagi takut ramai orang tapi bagun tido mama and abah keluar dating pergi pasar beli ikan ayam sayur sume la. Tunggu mama dan abah balik, then bersiap untuk keluar. Abah pun ada agenda juga, jadi sekali gus keluar bertiga. Budak nak SPM duk rumah belajar.

Mencari lokasi jualan gudang memerlukan talian hayat dari Susie. Thanks dear (*-*). Sampai je lokasi rambang mata. Mana tak nya, baju dalam dari RM5, seluar dalam dari RM1. Macam dalam poster Skiva.


Apa lagi start pilih-pilih apa-apa yang patut, end up beli 4 bra, 2 panties dan 2 girdle utk perut. Semua nya RM34. Pergh memang berbaloi-baloi!

Sayang nya satu keping gambar pun tak dapat ambil. Bukan busy membeli-belah tapi telefon bimbit kesayangan buat hal. Ntah kenapa dengan kameranya. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak kasi amik gambar (TT)

Bila balik rumah try bra yang dibeli, rasa rugi tak beli lebih lagi. Tadi masa kat sana takut salah saiz sebab tak ada fitting room. Jadi main teka-teka je la. Nasib sume barang beli tadi memang muat-muat.

Rasanya ini upacara tahunan Skiva, Januari lepas pun ada sale ni. Jadi kita tunggu next sale pulak ye :)

Tips of the day : Kalau nak pergi warehouse sale ni, kena tau saiz bra kite. Kalau pernah pakai Skiva lagi bagus, so dah tahu saiz apa. Sebab kadang-kadang lain brand lain cutting nye. Kat situ tak ada fitting room, jadi main agak-agak jela.

4 comments:

Peng On Screen said...

alamak, sedikit rugi lah tak perasan ada jualan ini. T_T

Cik Qemm said...

rugi2. tape nti ade lagi I bgtau ye insya-allah :)

Peng On Screen said...

ok :)

reef said...

alalala. rugi jugak. nak tahu jugak. nak~ bagitau eh.