Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Wednesday, August 04, 2010

Apa pendapat kamu?


Hari ni pagi-pagi dah dengar sembang pagi Farah fauzana, Faizal Ismail & AG.
Tajuk diorang berdasarkan topik dalam akhbar hari ni, Kerajaan Melaka benarkan budak sekolah berkahwin.
Remaja perempuan berumur 16 manakala remaja lelaki berumur 18 dibenarkan berkahwin.
Malah diberi bantuan kewangan RM500 kalau tak silap untuk berkahwin.

Apa pendapat kawan-kawan?
Apa perasaan kawan-kawan bila adik kita cakap nak kahwin?
Erk!

Qemmal sependapat dengan Farah fauzana, tak setuju dengan cadangan ni.
Ya betul, zaman dulu-dulu ramai yang berkahwin pada usia muda dan bahagia.
Tapi zaman dah berubah, keperluan diri pun dah berubah, taraf ekonomi meningkat.
Qemmal umur dah 25 tahun tahun ni tapi masih fikir boleh survive ke kalau kahwin sekarang?
lagi-lagi baru start kerja.
Insya-allah.

Inikan pulak adik-adik yang masih di bangku sekolah.
Qemmal masa umur 16 memang rasa masih mentah lagi.
Berkawan dengan kawan-kawan lelaki pun malu-malu.
Mungkin itu beza budak 16 tahun zaman qemmal dengan budak 16 tahun sekarang.

Tapi mampukah diorang nak jaga kehidupan berkeluarga sambil belajar?
Atau berhenti je sekolah dan concentrate rumahtangga?

Mampukah adik-adik menampung kehidupan pasangan dari segi kewangan?
Nafkah batin tu tayah cite la memang tu purpose diorg kahwin.

Mampukah adik menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bila mana adik-adik ada zuriat nanti?

Terpulang lah kepada adik-adik. Tepuk dada tanya selera.
Kalau rasa nafsu tu dah membuak-buak tak boleh tahan, kahwin la.
Tapi kahwin ni ikatan sepanjang hayat.
Ingat.

Tapi kalau adik qemmal, qemmal memang tak setuju!
Along sepuk nanti!



p/s : Kalau dah miang takley buat apa.

3 comments:

Arin Mansor said...

saya tak setuju... kawen muda tak puas enjoy.akan menyebabkan kes perceraian tinggi.

another thing ramai lah nenek2 yg menjaga cucu sebab mak pak nyer tak puas enjoy.16 thn? pandai ape? pandai mkn je. nanti sian kat mak pak nk kena tanggung pulka kah..

hish ntah ape2 punya idea!!

paLie said...

nak kawen...
tp duet xdak...
huuu~

WNA said...

kakak,
betul3.

palie,
same la kite :(