Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, June 05, 2015

OKBB Warehouse Sale, June 2015

Semalam I berjaya mengajak darling ke OKBB Warehouse sale dekat Puchong. Ni first warehouse sale barangan baby yang kitorang pergi.

Frankly, sebagai ibu baru tak pernah dengar/tahu pun brand OKBB sampailah minggu lepas kitorang ke Manjaku baru tau ada brand ni.

Dan I plak kemain gatal tangan search kat internet warehouse sale yang akan datang & eh, ni brand yang kat manjaku hari tu - OKBB!

Warehouse sale ni start 3 Jun sampai 7 Jun 2015. Jadi kepada korang yang berminat masih sempat lagi. :)

Kat mana tempatnya?

OKBB SDN. BHD.
No. 7, Jalan BP7/16,
Bandar Bukit Puchong.


Masa kitorang sampai tu dah pukul 8.30. Gudang tutup pukul 10 tapi kalau korang sampai 9.30 tu guard dah tak bagi masuk dah. Datang awal sikit ya!




Apa yang ada kat jualan gudang ni?

Mostly baju baby & budak2 la. Dari segi harga memang murah kalau kat Manjaku sepasang baju RM16, sini boleh dapat 2 pasang. :)





Mittens & booties lagi lah murah RM1 je. Cumanya kena cari pasangan mereka dalam timbunan mitten & booties tu agak mencabar dengan orang kiri kanan.



Kitorang main amik amik je baju masuk bakul sebab nya masa dah tak lama dan tengok beratur nak bayar punya lah panjang.

Kalau korang setakat nak beli sepasang baju macam tak berbaloi pulak. Sila beli banyak banyak terus ya.

Ada jugak jual bedak baby, baby bath etc.



Oklah uols, cepat cepat serbu OKBB beli baju raya anak. Beli baju basahan pun ok sebab tak mahal. :)

No comments: