Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Wednesday, June 24, 2015

WNA TTC journey.

*post kali ini adalah untuk pembacaan orang dewasa*

Singkatan : 

TTC - Trying to conceive
OPK - Ovulation prediction kit
UPT - Urine pregnancy test

Bulan Mei baru baru ni, genap 3 tahun usia perkahwinan qemmal & suami.
Alhamdulillah, anniversary kali ni kami sedang menanti bakal zuriat kami..

Kali ni adalah pregnancy kedua qemmal. 
Yang pertama tidak ada rezeki.. qemmal keguguran awal tahun lepas.
[WNA first pregnancy]

Alhamdulillah, kehilangan tahun lepas diganti akhir tahun bila mana qemmal dapat tahu pregnant lagi. Percaturan Allah swt memang hebat. Lepas qemmal keguguran, lagi qemmal berusaha lebih dan nekad untuk dapatkan zuriat.

Ye lah, bila dah kahwin ni, tentunya kita nak kan cahaya mata kan.
Tapi apa apa pun, sekeras mana pun usaha kita, rezeki zuriat ni Allah swt yang tentukan.
Yang penting, kita jangan cepat mengalah. :)

Ada pasangan, yang tak perlu berusaha pun nak dapatkan zuriat.
Ada pasangan, dah ikhtiar macam macam masih belum sampai rezeki nya.

WNA TTC journey

1. Doa

Yang ni memang tak pernah putus. Setiap kali lepas solat, qemmal doa untuk mempercepatkan rezeki zuriat. Dan kalau tak lupa, masa sujud terakhir pun doa yang sama. 

Ramai yang berpesan untuk sabar dan berdoa. Tapi qemmal percaya, pada setiap wanita yang TTC, doa memang tak pernah putus dari bibir.


2. Periksa waktu subur.

Memang dari tahun pertama perkahwinan, qemmal amalkan periksa waktu & hari subur setiap kali cycle period. Beli OPK banyak-banyak buat stok dan sentiasa ingat untuk buat ovulation test.

OPK ni kalau beli kat farmasi agak mahal. Dan satu kit tak cukup untuk setiap kali cycle period. Jadi qemmal beli bundle secara online which satu kit tu hanya RM1.20 lebih kurang.

Macam mana rupa OPK ni? Dia sama-tapi-tak-serupa dengan UPT.
Qemmal akan buat test 5 hari berturut turut pada hari ke 10-14 cycle period.
Dan waktu subur setiap dari kita berbeza, bergantung kepada cycle period masing-masing.
Sebab ada yang kitaran haid kejap, normal dan lama.

Waktu subur ni penting untuk kita yang berusaha nak dapatkan zuriat, dan juga kepada yang sedang merancang.

Penting untuk kita tahu waktu subur sebab masa subur (ovulation) bagi wanita tak lama. 
Dan sebelum & pada waktu subur tu lah waktu yang sesuai untuk 'bersama'.

3. Sentiasa positif 

Jangan kecewa dan bersedih yang melampau kalau dapat keputusan negatif semasa buat UPT. Tipu lah kalau tak sedih, tapi cuba share dengan pasangan, so rasa sedih tu akan pudar. Alhamdulillah, suami qemmal sentiasa positif, selalu pujuk so takde lah rasa sedih bila belum ada rezeki. Penting ya support dari pasangan kita. Jadi bagi suami di luar sana, sama sama berusaha tau!

Dan untuk elakkan rasa kecewa, jangan buat UPT awal. Sekurang-kurangnya selepas 2 minggu selepas tarikh sepatutnya datang haid. At least, bile datang haid tak ada lah kite frust tgk satu line dekat UPT.

UPT pun qemmal beli secara bundle secara online dengan harga RM1. Kecuali ada masa tak menyabar sangat beli Clearblue kat farmasi (harga clearblue - RM20++).


4. Amalkan hidup sihat.

Sebelum 2nd pregnancy ni, qemmal amalkan ke gym 2 kali seminggu. 
Hanya buat senaman setengah jam pada satu sessi. Kurangkan pengambilan caffein walaupun sedap. :)

5. Jangan elakkan diri dari berjumpa kawan yang ada baby

Ada antara kita yang TTC sedih bila mana tengok kawan kawan dah dikurniakan zuriat.
Ada yang elakkan diri dari jumpa kawan kawan.

Qemmal faham kenapa. Tapi qemmal memang tak boleh elakkan diri dari jumpa kawan kawan. Kalau kawan kawan baru dapat baby lagi lah rasa nak jumpa. Bau baby ni best!

Instead, qemmal suka dengar cerita ibu ibu baru ni untuk jadikan tauladan.
Belajar melalui pengalaman orang lain. :)

Dan kalau dapat kawan yang sporting, siap turunkan ilmu dan tips lagi tau!

6. Jangan lupa asid folik

Asid folik ni memang tak asing lagi bagi TTCians. Qemmal sendiri memang tak putus ambil asid folik sejak awal perkahwinan.

Asid folik boleh beli kat guardian sepapan 90sen lebih kurang. Pernah beli dekat farmasi lain harga berganda!

7.Amalkan pemakanan sunnah.

Ada ketika qemmal cuba pati delima, dan ada juga cuba produk all in 1 katanya (ada pati kurma dan makanan sunnah yang lain). Susu kambing pun bagus kalau dapat amalkan. Cuma qemmal jarang-jarang minum susu kambing. 


Pada kawan kawan yang masih berusaha, jangan cepat putus asa ya.
Kalau kita teroka lagi cerita TTC ni, ramai pasangan yang dah lama berkahwin tapi belum putus asa. Jadikan ketabahan mereka contoh yang baik untuk kita.

Join group TTC untuk pelbagai kisah dan usaha TTC orang lain. Sebagai pemangkin pada kita.

InsyaAllah, kalau dah tertulis rezeki kita, Allah akan bagi. Cepat, atau lambat.

Kawan-kawan doakan perjalan kehamilan qemmal kali ni berjalan dengan baik ya.
Alhamdulillah sekarang qemmal di trimester terakhir kehamilan.
Qemmal doakan yang baik baik untuk semua. :)

1 comment:

Aida the Pinky said...

like..betol2 sume tu..
yg penting jgn putus asa..
jnji Allah tu pasti..
cepat atau lambat je..
semoga qemmal selamat melahirkan baby yg comel dan sehat..aminn