Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Wednesday, April 30, 2014

Kenaboi Adventure Race.

30 March 2014, Jelebu.

Warning : Race ini adalah hard core, tambah lagi untuk orang macam I yang hanya bersenam bila mahu. :P

Mula mula terpanggil nak join race ni bila tengok video yang geng-geng gogonyzer share kat group.

Uish macam best je! Dengan aktiviti tubing + caving - memang terus decide nak join.
Tapi macam biasa kena minta green light dari darling dulu.
Dan kali ni dapat green light! :)

Dengan itu kami join Kenaboi Adventure Race...


...
...
...
Tanpa fikir panjang ia adalah race 21 km. Oh my!
Bila dah dekat dengan tarikh race kitorang berdua paksa diri untuk joging 2 kali seminggu.
Tapi percayalah training kena lebih kalau nak join Adventure race ni.

Kenaboi Adventure Race ni adalah couple race. Seorang lelaki & seorang perempuan.
Memang sesuai untuk menguji tahap kesabaran dan kesetiaan. Haha.


Race Day.

Bagi geng gogonyzer lain dari KL, diorg bertolak tengah malam dan berehat di surau berdekatan.
Kitorang pulak pagi-pagi sebelum subuh keluar rumah, isi perut dan terus ke Jelebu.

Race yang sepatutnya mula pukul 7 ditunda, matahari dah naik baru peserta dilepaskan.
Aktiviti tubing pulak dibatalkan atas sebab keselamatan - sedikit kecewa tak dapat tubing.

Race 21km ni ada terselit beberapa task yang kena buat dengan pasangan.
Pada kebanyakan waktunya Pumpkin & I berlari anak [baca : berjalan].
Kitorang tak habiskan race sebab dah tak larat. Sampai je pintu gua, kitorg buat keputusan untuk turun balik. Jadi, aktiviti caving pun kami tak dapat cuba. :(

Anyhow, pengalaman race tempoh hari memang syok. Banyak benda baru I belajar sebagai pasangan. Dan jugak enjoy dengan geng gogonyzer yang memanjang happy. :)

Oklah, layan gambar pulak ya. Kebanyakannya diambil dari geng gogonyzer. :)



Darling I yang kepenatan. :)


Selfie sebelum race.


Aisya & Khai. Aktiviti caving yang tak larat I nak cuba. :P


Photogroup sebelum race. Untuk race ni participants kena bawak helmet, headlamp & wisel - for safety.


Antara couple task yang kena buat.


Haha ini masa dah kena angkut sebab tak larat nak habiskan race. LOL.


Juga sebelum race.


Route race. Pengsan!


Untuk akan datang, Pumpkin kata tak nak join dah. haha!
We will see.. Kalau join for fun best je..kan?

xoxo,
WNA

No comments: