Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Saturday, May 18, 2013

Tahniah Abang!

Isnin lepas bersamaan 13 Mei Qemmal amik cuti semata-mata nak meraikan kejayaan adik Qemmal - Fikri.
Pumpkin tak dapat turut meraikan sebab dia baru kerja, still dalam probation period lagi tak dapat lah nak cuti.

Bertempat di UiTM Shah Alam, majlis bermula seawal 7.30 pagi.
Abah & Mama dah masuk dewan awal-awal.
Tapi Qemmal sampai di UiTM dalam pukul 12, tepat masa Fikri keluar dewan.
Cumanya sebab parking adalah sangat jauh dan Qemma - Amir - Kak Nik sesat dalam UiTM, jadi tak dapat nak sambut Fikri keluar dewan.

Dan yang lucunya, Fikri & Atiqah (girlfriend Fikri) yang pickup kami out of no where :)
Dengan berjubah bagai. Hehe.


Fikri pick up dan kami terus ke kedai gambar untuk bergambar satu keluarga.
Cumanya keluarga tak lengkap sebab Adik & Pumpkin tak ada.
Kalau diorang ada lagi best gambar konvo Fikri.

Fikri - Qemmal - Atiqah
Bergambar tepi kedai aje tak dapat bergambar tepi dewan :P



Qemmal & Atiqah, again tepi kaki lima kedai.


 Lepas bergambar dekat kedai gambar di Seksyen 7, which tak lama pun, kami isi perut di KFC.
Asalnya nak makan nasi tapi cuaca panas sangat jadi terpaksa memilih restoran berhawa dingin.

Dah kenyang, kami singgah di tasik depan PKNS untuk bergambar santai :)

Qemmal &; Kak Nik, adik saudara yang masih belajar di UPM.
Terima kasih Kak Nik teman Along :)
Qemmal punyalah tunggu Kak Nik habis kelas sebab nak ajak teman ke Shah Alam :)



Qemmal dengan wanita paling cantik dalam hati . MAMA . phewitt..



Anyway, tahniah Abang! Along bangga dengan kejayaan Abang, dan harapnya perjuangan ilmu tidak terhenti di sini :)




p/s : Pagi Isnin bukak facebook dan tersentuh membaca status facebook Abang Fikri. Diam-diam sebenarnya tugas sebagai anak sulung ni tak mudah, harapnya Along dah bagi contoh yang baik pada adik-adik. Dan semoga adik-adik lebih berjaya daripada Along. Amin





No comments: