Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Tuesday, April 30, 2013

2nd Post Raya : Taman Botani Shah Alam.

Lama gile Qemmal draft entry ni, seriously lupa terus ingat dah publish.
Teruk betul Qemmal ni tau, cemane boleh miss publish annual event yang best ni!

Tapi tak kire, Qemmal nak publish sekarang! Haha..
Walaupun hampir setahun dah kuang3..

------

22 September 2012

Untuk 1st post raya celebration Qemmal dan kawan-kawan beraya di Janda Baik [link], so 2nd post raya ni kitorang plan untuk beraya di Taman Botani Shah Alam (Bukit Cerakah). Last time Qemmal bujang lagi, tapi kali ni berdua. Jadi of course lah Pumpkin pun ikut sekali :)

Inilah tempat kami bermalam...
Asalnya nak sewa dua rumah sebab pihak pengurusan hanya bagi 10 orang menetap dalam satu rumah. Masa tu target yang join bermalam dalam 20 orang. Tapi bila sampai waktunya, hanya 11 orang dapat join bermalam. So qemmal proceed dengan 1 rumah je la.

Harga sewa satu rumah ialah rm100. Dalam rumah disediakan 10 tilam single, 10 bantal, peti sejuk, dapur gas dan tv. Cukup kelengkapan asas untuk program raya kami :)

Dekat taman ni ada macam-macam jenis rumah, dengan rekabentuk yang berbeza. Rekabentuk rumah adalah mengikut rumah asal negeri. Macam rumah yang kitorang lepak ni adalah Rumah Kelantan :)

Honestly, rumah ni boleh muat kan dalam 15 orang dewasa, sebab besar.. :)

Next time boleh try rumah lain, kawan-kawan qemmal kata rumah Perak seems nice :)


Suasana dalam kampung budaya ni sememangnya tenang.. Tapi satu la yang agak leceh, untuk satu rumah yang kita sewa, hanya sebuah kenderaan dibenarkan masuk. Jadi nak transit kawan-kawan agak penat sedikit la. Itu pun gilir-gilir dengan Pumpkin dan Fuzzy.

Tapi ye la, nak jaga keamanan dalam taman botani kot, tak boleh banyak kereta. :)

Fuzzy, Kak Ad and kids :)


Gadis-gadis manis yang join post raya tahun ini :)
Niesa, Fatin, Kak Farah & Anna.
Unfortunately Fatin tak dapat bermalam so awal malam tu Fatin dah balik. But anyway, thank you Fatin!


Ini pulak pasangan darah manis, hehe.. Zool & Kak Farah.(time Qemmal post entry ni couple ni dah kahwin pun hehe).
Sama macam Fatin jugak, Zool tak dapat bermalam sebab ada hal keluarga. Tapi hopefully next post raya Zool boleh join kitorg ya :)


Dah selesai acara transit, bermula lah sessi barbeku, preparation for dinner. Ini pun start barbeku lambat jadi dinner pun lambat sedikit :(

Thanks to the boys setelkan sessi barbeku :)
Sessi ni memang wajib, so that the boys ada kerja sambil beramah mesra :)


Malam hari nya kami macam biasa ada acara beraya!
Macam-macam menu ada!

Group photo di malam hari, masing-masing dengan baju raya.




Selesai upacara makan makan raya dan bergambar pun dah lewat malam,
so apa lagi berehat beramai-ramai.


Esoknya kami lepak santai dan bersiap untuk check out.
Memang seronok event post raya ni.

Sebenarnya tengah rindu dengan kawan-kawan dan tak sabar untuk next post raya.
Next post raya mesti lagi best :)








Dengan ini sekian dulu entry post raya tahun lepas dari Qemmal :)

3 comments:

Cicada2nd said...

puan qemma... hehe mcm pelik plak panggil puan. anyway how about this year?

Cik Qemm said...

haha ngengada Cua..

This year melaka kan3.. :)

Anonymous said...

hai..nice review,

nak tanya, dalam satu rumah tu, ada bilik2 or partition x? ke satu hall besar je? bilik air @ tandas ada dalam rumah kan?

tq..