By the way, di awal tahun ni qemmal nak recap balik tahun 2012 qemmal :)
Alhamdulillah 2012, di umur 27 adalah tahun yang menggembirakan. Mari kita tengok apa yang menggembirakan sangat tuh..
- Dari Cik Qemmal menjadi Puan Qemmal. Isteri kepada pumpkin, kekasih hati sejak 2007.
Alhamdulillah.
228 hari bergelar isteri kepada pumpkin.
Merajuk ada yang pujuk.
Tidur ada yang meneman.
Tangis ada yang hulurkan bahu.
Terima kasih Allah kerana menemukan kami.
- Tahun 2012 juga merupakan tahun kami membeli rumah pertama. Apartment sederhana cuma. Rumah belum siap, mungkin tahun hadapan. Semoga pembinaan rumah kami berjalan dengan lancar lah hendaknya :)
Alhamdulillah.
- Di akhir tahun 2012, Allah permudahkan lagi rezeki qemmal dan pumpkin. Alhamdulillah pumpkin dapat kerja di Kuala Lumpur jadi kami tidak lagi melalui perkahwinan jarak jauh. Cukup lah sebulan pengalaman berjauhan, hujung minggu bagai bulan madu bagi kami.
Tahun ni jugak qemmal banyak berjalan-jalan. Dari utara ke selatan, timur ke barat. Cuma tidak ke luar negara atau pun Sabah Sarawak.
Tunggu..Haha.
Ya Allah, terima kasih di atas segala nikmat yang telah engkau kurniakan kepadaku. Allah maha besar!
Ok lah takat ni dulu ya. Nanti qemmal kembali.
Nak upload gambar banyak-banyak! :)
Selamat tahun 2013!
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
3 comments:
Selamat tahun baru ...semoga tahun ni lebih bermakna buat qemmal n suami...:)
terima kasih puan mawar berduri. doa yang sama buat mawar dan suami :)
Post a Comment