Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Sunday, December 02, 2012

Mini Honeymoon - Melaka Bandar Bersejarah.

Masa : Pertengahan November 2012.

Beberapa hari sebelum bercuti, Pumpkin SMS:
"Nak ajak holiday weekend ni.."

Hip Hip Hoorey!
Selalunya qemmal yang sibuk nak holiday sana sini. Ini rezeki datang bergolek. hihi..

Since kitorang tak prepare apa-apa pun, jadi kami decide yang dekat dengan KL.
Qemmal vote for Melaka :)

So ke Melaka lah kami. Sebelum bertolak sempat pegy job fair di PWTC, then on the way ke Melaka baru book hotel.


Banyak hotel dah full untuk online booking. Jadi  hotel kami menginap tempoh hari ialah Emperor Hotel. The best hotel so far for us, since kawin. Haha walaupun hotel bukan hotel baru, tapi kami berpuas hati dengan bilik kami :)


Pemandangan dari bilik kami. Tingkat 22. 
View malam lagi cantik sebab nampak lampu sepanjang sungai di bandar Melaka.

 

Deluxe room at Emperor Hotel Melaka. Toilet besar boleh letak single bed. Haha.


Kitorang check in lewat dalam pukul 5 lebih, sebab bertolak dari KL pun da pukul 2++.
Lepas maghrib kami pun keluar untuk melawat Melaka di waktu malam.

Bila datang Melaka mesti dalam kepala ni dah set nak ke Jonker Walk. Sebelum ni tak pernah jejak jadi qemmal adalah orang yang paling happy bila Pumpkin bawak jugak ke destinasi yang di ingini.

See the happy face? :)


Bagi qemmal Jonker Walk macam uptown, cuma barang yang dijual lain sikit. Dan banyak food stall for chinese. Susah nak jumpa Malay food. Jadi kami jalan-jalan cuci mata sahaja. 

Ramainya rakyat Malaysia di Jonker Walk. Sampai jalan berhimpit-himpit.
 


Jam dah pukul 11 bila kami decide nak keluar dari Jonker Walk. Teringat JJCM TV3 yang baru pegi jelajah Melaka. Decided to go to Chucuk Chucuk Bukit Beruang. 

Berpandukan alamat dalam facebook JJCM dan bantuan GPS, kitorang sampai lah ke destinasi.

Malangnya kedai tu dah nak tutup pukul 12. Makanya tak banyak pilihan untuk kami. Bedal saja lah.. tak tau nak makan kat mana lagi, perut pun dah lapar.


Kami ambil set 20 cucuk RM15.90. Cukup lah nak alas perut kami berdua. Tapi rasa tak seronok sebab tengok JJCM macam macam ada. Salah kami jugak datang lambat kan..



Lepas makan, kami ronda-ronda bandar dan pulang ke hotel

Hari berikutnya, lepas checkout kami ke bandar untuk mencari ole-ole.



Yang bestnya, makanan ringan tempatan dan ole-ole boleh didapati di Dataran Pahlawan, mall berhawa dingin :)
Sebab selalu kalau nak beli ole-ole mesti berpeluh basah baju.
Suka Melaka! hihi..
  
On the way balik kami singgah bergambar di tepi pantai. Tak tau nama pantai tu tapi tengok macam tempat lepak di petang hari. Ada banyak stall makan, orang jual layang-layang dan sukan bermotor.


After all, qemmal enjoy sangat bercuti di Melaka, walaupun hanya 2 hari 1 malam.
Bak kata seorang kawan, kuantiti tak penting, yang utama kualiti.

Love you Pumpkin!

4 comments:

Aida the Pinky said...

hehe..betol tu..kuantiti xpntg yg pntg enjoy..aida pon selalu mcmtu..
ehem..qemmal dh ade pape ke?

Cik Qemm said...

hehe betul3..

qemmal belum ada pape lagi la aida..masih berdua :)

aida cemane?

Aida the Pinky said...

aha..samela kite..
jeles tgok kwn2..uuwwaa..

Cik Qemm said...

haha takpe belum rezeki kite lagi. chaiyok2.. teruskan usaha. :)