Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Saturday, November 03, 2012

Teks ucapan Abah

Ketika sedang menggodek pendrive Abah yang penuh dengan aturcara dan perancangan majlis perkahwinan Qemmal lebih kurang lima bulan yang lalu, Qemmal terjumpa dengan satu fail bertajuk 'Ucapan'.

Qemmal buka dan baca karangan ringkas ucapan Abah kepada keluarga dan tetamu. Namun hati tersentuh tatkala membaca perenggan-perenggan yang terakhir. 

Majlis yang Abah & Mama buat untuk Along memang terbaik dan bakal menjadi kenangan manis buat diri ini. Tiada cacat cela.

Teringat perbualan selepas majlis. Qemmal sangat suka pokok yang menggantung ucapan tetamu, lantas Abah & Mama berkata "Along, pokok ini sahajalah hadiah Abah & Mama buat Along".

Walhal bagi Qemmal keseluruhan majlis adalah hadiah yang paling bermakna.

Terima kasih Abah.
Terima kasih Mama.
Jasa budi kasih sayang kalian tak akan Along lupa.

Puteri kalian,
WNA

No comments: