Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Wednesday, August 17, 2011

Atok, gonna miss you!

Atok dah pergi.
Al-Fatihah.

Tarikh : Dua hari sebelum Ramadhan, Sabtu, 30 Julai 2011.

Flashback.

Sabtu tersebut hari yang cukup pack. Bangun dah tak berapa nak pagi.
Hajat nak ke ofis siapkan kerja yang perlu submit Isnin nya tertangguh.
Sebab abah minta ke KLCC untuk jumpa adik. Belikan telefon bimbit baru.
Telefon bimbit dia tercicir di I-City.

Ah, zaman sekarang telefon bimbit RM65 dah dapat yang berjenama. Samsung.
Kalau dulu? Mimpi!
Telefon bimbit pertama yang beli sendiri RM400++, setara specs nya dengan telefon bimbit adik yang beli tempoh hari.

Balik dari KLCC dah petang. Memang tak ke ofis la gamaknye. Esok jela, bisik hati.
Jadi berjumpa girlfriends dan lepak minum minum di cafe dan kemudiannya ke coffee house.
Qemmal tak order coffee ya.

Gosip. Tanya khabar. Minum. Ketawa. Bersama girlfriends.

Abah telefon.

Abah : Along kat mana?
Q : Wangsa maju abah. Kenapa?
Abah : Along balik sekarang.
Q : Kenapa abah?
Abah : Ada hal sikit, balik sekarang ya. Amir mana?
Q : Amir kat KLCC bah, nanti along suruh dia balik.
Abah : OK, balik sekarang tau.

Aduh, tak pernah2 abah suruh 'balik sekarang'.
Pertama kali.

Qemmal mintak diri, terus ke kereta. Hidupkan enjin.
Nak gerak, enjin mati. Betapa qemmal tak sedap hati.

Mengucap panjang-panjang. Mana emosi tak stabil. Kebetulan mama balik kampung.
Adik-adik semua di destinasi lain2.
Dalam hati doa agar semua nya dalam keadaan selamat.

Qemmal pasang handsfree, telefon Pumpkin mintak teman.
Mujur ada teman berbual. Terima kasih sayang.

Sampai saja rumah abah cakap,
"Along jangan terkejut abah nak cakap something. Atok dah meninggal maghrib tadi"
Bukan berita mengejut lagi sebab terlebih dahulu dapat SMS ciksu.
Kakak pun dah call bagitahu so qemmal just relaxed.

Qemmal, abah & amir packing baju, bertolak balik kampung jam 10 malam.
Cik Su dan Ayah Su menyusul sejam kemudian.
Kitorang sampai rumah atok jam 5 pagi.

Atok diselimut kain putih. Pertama kali qemmal nampak orang yang qemmal sayang terkujur depan mata.
Masa arwah nenek pegy qemmal tak berkesempatan balik.

The women in the picture is mama. Mama balik kampung nak berubat, so mama dah ada kat kampung the day before lagi.


Atok adalah atok tiri qemmal. Atok tiri yang dah macam atok darah daging sendiri.
Atok yang qemmal kenal since qemmal kecil lagi.

Qemmal ingat qemmal tough that time, qemmal cool je tengok arwah dengan selimut putih.
Qemmal cool je baca yassin, tak macam masa nenek pegy.
Tapi tough tak lama, cool pun tak lama.
Bila jenazah siap dimandikan, dan dibenarkan untuk kucupan terakhir, masa tu la tough nya hilang, cool nya entah ke mana.

Lepas ni tak jumpa atok dah :((

Atok dikuburkan just right beside kubur arwah nenek.
Alhamdulillah semua nya ok sepanjang pengebumian.
Pertama kali juga qemmal tengok secara live dalamnya liang lahad.
Semua sedara mara gotong royong sepanjang pengebumian.


Sekarang atok & nenek both dah pegy tinggalkan kitorang.
Last syawal was the first syawal without nenek,
and this time will be the first syawal without atok.

Below was taken during last Syawal.
Along, atok & sara.
Gonna miss you atok!


Two weeks before he passed away, qemmal balik kampung untuk hantar grandparents side abah.
And that was the last time qemmal bersembang dengan atok.

Part of our conversation is about me. About my engagement, my fiance etc.
And I asked him a question

Q : Atok, bila atok nak datang KL?
Atok: Nanti awak kawin atok pegy la.
Q: Ala atok tapi tu lambat lagi, tahun depan la..
Atok : Takpe, nanti awak kawin atok pegy k.

Sadly he can't make it.
:(

And that was him..during the conversation.
Washing his van.


Atok, semoga atok ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.
Bersama Nenek.
Insya-allah. Amin.

p/s: sorry this post quite lengthy. ingat nak buat short post tapi dah jd panjang berjela la plak.

No comments: