Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Monday, November 02, 2009

Buat baik biar selalu.

Intro:

Semenjak dua menjak ni mood tunggang terbalik. Tekanan? Mungkin? Kurang gembira? Mungkin. Banyak yang perlu difikirkan. Kenduri kawan2 menjadi dilema pada saya. Kenapa ya? Gembira dengar kawan2 mendirikan masjid, tapi pada masa yang sama berfikir dapat hadir atau tidak. Raya pun masuk status dilema jugak, nak balik beraya atau tidak. Susah hati bimbang kegagalan lepas berulang kembali, jadi tidak mahu mengambil risiko. Itu namanya FOBIA.

Oh sebenarnya bukan hendak mengadu domba. Tidak mahu di cop blog sebagai medium mengambil simpati orang lain.

Berbalik kepada tajuk entri. Sometimes we dont know that a smile can brighten someone else day. Eceh betul ke ayat nie. Mintak2 korang faham apa yang nak disampaikan. 

Hari ni nak jadi story teller macam SHA :)

*Pergi -Aizat berkumandang di telinga.*


Story 1:

Suatu hari, saya menapak ke USM setengah jam sambil menangis dalam hati. Ok2 hampir menangis di tengah2 simpang empat jalan besar tapi dapat cover lagi. Berjalan kaki bukan masalah, tapi hormon tak stabil masalah ketika itu.

Sampai di USM, untuk ke destinasi seterusnya perlu naik bas USM kalau tak kena jalan lagi 45 min. Dari jauh dah nampak bas perlahan-lahan berhenti kat bus stop.

"Argh tak sempat ni, jalan terkedek-kedek cemane nak kejar bas. Takpe lah, tunggu bas lain.."

Tapi abang pemandu bas tu baik hati. Di tunggu nya saya terkedek-kedek berpayung merah jambu (hujan renyai-renyai) naik bas, kemudian baru jalan. Hati yang menangis tersenyum kembali. Sebab abang bas tunggu. 

See, abg pemandu bas brighten my day!

*Masa dalam bas lagu Perpisahan terasing & Unbreak my heart berkumandang*


Story 2:

Mood ke sana sini. Tambah-tambah pulak lepas presentation yang tak memberangsangkan. Jalan tunduk bawah kecuali nak lintas jalan kena tengok kiri kanan. Kali ini berpayung ungu, bukan kerana hujan tapi matahari terik sekali.

Perut rasa lapar, malam sebelumnya tak makan (yup, swingy mood can affect the appetite). Dari jauh nampak ada dua orang mak cik bukak payung dengan tupperware2 kecik di seberang jalan. Cepat2 seberang jalan, menuju ke gerai mak cik berdua itu. 

"Kak (amik hati panggil kak instead of mak cik), nak nasik separuh.."

Sambil saya usha-usha lauk mak cik tu tanya soalan ringan-ringan. Tanya ringan2 pun saya rasa beban saya sebelum ni hilang macam tu je.

"adik orang mana?"

"mak ayah tak datang?"

Tengok, dengan tanya soalan simple2 pun boleh buat saya gembira :)


Penutup:

Buat baik biar selalu, buat jahat jangan sekali. Kita tak sedar apa yang kita buat tu tersemat dalam hati orang lain. Biar kali ni saya taipkan orang2 sampingan yang buat saya tersenyum, sebab jarang kita ingat perkara baik yang berlaku dalam hidup. Kalau perkara buruk tu cepat je recall dalam memori ni kan?


Cheers~

7 comments:

hami asraff said...

hemm.. betol tu.. kdg2 bende2 kecik tu kte tak nmpk even impactnya besar dlm hidup kte.. teruskan membuat kebaikan kpd sesiapa saja :-)

sha said...

ooo perli i ek.bluekkk ;P
sabar ek.jgn tension2 sgt. think +ve k. sume akn jadik senang nnti ok darling???

Cik Selendang said...

mmg qemal.. kadang2 bila dalam masalah.. ada org buat kebaikan kat kita..even sikit.. kita rasa cam release skit..

huhu..aku pun tgh serabut weyh.. aku pahammm...

Cik Qemm said...

hami,
yeay! tepat sekali.namapknya mesej saya sampai :)

sha,
hehe bukan perli la,jd kan contoh.

hait,think +ve!!

dayah,
ko serabut jugak ke? welcome to da club.hihi..
thanks kerana memahami :D

Anonymous said...

Dilema menghadirkan ke kenduri kawan2 atau delima bila nak kawen sbb ramai membe2 dah kawen haha

Cik Qemm said...

dilema bila nak kawen tu belum lagi.member2 baru nak start kawen,yg tak kawen ramaii lagi..
:D

cHeRyNa PiReS said...

yes dear,

macam abang ijan yang jual burger tuh. sampai mati akan kak sha ingat jasa baik dia.

jangan down....u're doing great! i know u can do it. belajar punya dugaan sikit je nak compare dengan the real life!