Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Thursday, August 31, 2006

saya anak Malaysia


"saya anak malaysia..
saya anak malaysia.."
.
sudah 49 tahun rupanya negara saya Malaysia merdeka..
saya cukup bersyukur dilahirkan pada zaman selepas merdeka..
bebas.damai.tenang.
namun sedikit kekesalan,pada diri saya sendiri..
saya rasa saya kurang semangat merdeka.
jujur.adakah saya tidak sayangkan negara?
sudah tentunya saya amat sayangkan Malaysia.
siapa tak gembira tinggal di bumi yg aman sebegini?
.
bagi saya,merdeka kali ini tiada yang istimewa.
agaknya penat bekerja..
saya hanya di depan televisyen..
itupun hanya beberapa minit cuma.
detik 12 malam
.
kenangan 'havoc' pada saya di zaman persekolahan.
masih teringat saat-saat menyanyikan lagu patriotik beramai-ramai
lakonan perang jadi santapan
hm..sudah berlalu pun zaman itu.
zaman persekolahan
.
saya anak Malaysia..
tapi kukuhkah jatidiri saya sebagai anak Malaysia?
*persoalan*

No comments: