Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Monday, February 03, 2014

My first pregnancy last for 14 weeks. #1

Tidak tahu bagai mana nak mula.
Taip bahasa inggeris, padam.
Taip bahasa melayu, padam.
Taip lagi, padam lagi. Sudah 2 hari begini.

Akhirnya saya gagahkan diri, sedang MC masih berbaki 2 hari, Qemmal taip entri ini. Harus coret juga, untuk kenangan - walaupun pahit.

19 November 2013
Berita gembira buat kami suami isteri.

Entah macam mana hati terdetik untuk buat Urine Pregnancy Test (UPT) walhal period belum delay. Hari sebelumnya sempat diam-diam singgah farmasi untuk beli alat UPT. Pagi-pagi bangun dengan semangat, tak sabar!

Keputusannya buat Qemmal tersenyum sambil gosok mata. Mimpikah?

Pertama kali UPT dapat dua garisan- positif!
Tapi Qemmal masih diam, pergi kerja dengan hati bunga-bunga. Berangan macam-macam tapi masih kata dalam hati, sabar Qemmal jangan excited sangat. Balik kerja singgah farmasi lagi - kali ini beli alat UPT yang katanya boleh dipercayai - Clearblue.

Sekali lagi keputusan ujian positif!

Kali ni memang tak boleh nak sorok keseronokan. Malam itu darling ajak dinner di luar. Sebelum keluar, Qemmal panggil dia duduk dan bagi satu kotak - dalamnya ada keputusan UPT, buku nama bayi & sekeping memo cinta :P

Darling Qemmal blur orangnya. 

"Apa ni sayang?"

Qemmal dengan excitednya explain. "We are going to have a baby, sayang!"

Dia senyum tak percaya (walhal masih blur). Dan kami keluar makan malam. Hari-hari berikutnya kami dengan impian dan harapan kami. Mengira detik untuk jumpa yang tersayang.





15 Januari 2014
Ultrasound yang pertama.

Pertama kali kami berjumpa doktor adalah untuk mengesahkan kehamilan. Takut takut kami hanya berangan. Ujian UPT di klinik juga positif. Doktor sarankan kalau nak buat ultrasound, tunggu minggu ke-12,  baru nampak baby :)

Dan kami sebagai first-time-parents ikut kata doktor. Menunggu dengan sabar minggu ke-12 untuk ujian ultrasound yang pertama. Perasaan : sangat teruja!

Tapi perasaan teruja tu bertukar menjadi bimbang, risau bila hasil ultrasound tidak seperti yang dijangka. Doktor kata "tak nampak baby la puan".

Kata doktor lagi, "Tak apa, minggu depan puan datang lagi, kita repeat scan"

Qemmal balik dengan penuh kebimbangan. Terima kasih pada suami yang sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati. Dibawa nya Qemmal tengok wayang, makan aiskrim favourite. Walau tak dapat reda kan kerisauan, tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesedihan.

Laju jari mencari pengalaman ibu-ibu lain tentang hasil ultrasound. Qemmal jumpa satu istilah dalam kehamilan - 'blighted ovum - kehamilan kosong'. Hasil dari pembacaan dari alam maya, masih ada peluang jika hasil ultrasound tak nampak baby.

Qemmal balik, minta pada Allah untuk lindungi zuriat kami, pada setiap waktu solat. Airmata toksah cerita, memang berderai setiap kali meminta pada yang Esa. 

Seminggu lebih selepas ultrasound yang pertama, kami ke klinik lagi, untuk repeat scan.
Qemmal sambung cerita pada next entri ya, mahu berehat :)

Update - part 2 : My first pregnancy last for 14 weeks #2

5 comments:

Syida shedot said...

qemmal jangan sedey2 yea..insyaallah nnt akan dtg rezeki anak yang lebih baik.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Tak pe Qemmal ...apa je keputusan kna be strong..rasenya macam positif je ni ..happy for both of U ...Saya doakan semoga semuanya O.K ....amin...

Cik Qemm said...

shedot : inshaAllah, terima kasih dear..

mawar berduri : we lost the baby dear. kami redha.. terima kasih mendoakan yg terbaik utk kami:)

Aida the Pinky said...

qemmal jgn sedih2 ye..insyaAllah ade rezeki qemmal juge..dan percaya juga pada keajaiaban ye..
be strong dear..
ill pray for u n for me also..

Cik Qemm said...

Aida : Alhamdulillah, kami redha. Thanks Aida. InshaAllah, akan ada rezeki kita nanti. :)

Amin.