Minggu lepas Qemmal ikut akak-akak kat ofis jalan jalan cari makan :)
Tempat nya tak jauh dari office Qemmal tapi agak terpencil.
Kat tengah-tengah kampung gitu.
Kedai makan ala warung yang santai - Warung Bunian aka Tapak Sulaiman.
Semalam tengok 'JJCM TV3', Qi pun pergi makan kat sana!
Tapi masa Qemmal pergi minggu lepas sign JJCM memang dah bergantungan kat cashier.
:)
Yang uniknya di warung ini, menu setiap hari bertukar-tukar. Qemmal tak pasti sama ada menu repeating weekly atau macam mana.Kalau nak tahu menu boleh sms terus kedai 2-3 hari sebelum nak pergi.
Jangan main main, walaupun kedainya terletak di tengah kampung, tapi waktu makan tengahari full house!
Even kalau nak tapau pun kena bagi tahu awal-awal.
:)
Jumaat lepas menu yang kitorang adalah:
Ketam masak lemak cili api
Udang galah
Ulam-ulaman & Sambal Belacan
Sayur goreng
Air laici
Harga kat sini kira per set/kepala.
Macam menu kami tu RM 16 seorang.
Seriously sedap, kalau perut lapar jadi double sedap :)
Apa lagi kawan-kawan, boleh la try kalau teringin nak makan masakan kampung di tengah kampung!
Alamat:
WARUNG BUNIAN @ TAPAK SULAIMAN
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN,
DESA PUTRA, SG MERAB 43000 KAJANG SELANGOR
No TEL : 017 3812246 - Alang
No comments:
Post a Comment