Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Wednesday, May 27, 2015

Scan 3d/4d, Klinik As Salam, Bangi.


Salam rindu semua.. lama dah tak update blog.
Manager kat rumah tu pun dah perli ntah bila nak update.
Sebab nya bila pergi mana-mana je gather info untuk blogging, tapi blogging nye idok.

Last last balik rumah menyepi jugak.LOL.

Banyak lagi yang pending ni.. awal tahun hari tu banyak jalan jalan.
- Phuket (baru share satu post)
- Guangzhou
- Day trip to Hat Yai

Tapi untuk hari ni I nak share pasal 3D 4D scan.
Ini adalah entri pertama I pasal second pregnancy.
Alhamdulillah, sekarang dah hampir minggu ke-30.

Untuk 3D 4D scan ni I pergi masa minggu ke 24. Yang kebetulan nya birthday Darling. Saja ajak darling pergi di hari lahir dia so rasa macam lebih meaningful. Ewah..


Macam mana nak book sessi scan ni?

Sekarang banyak dah klinik yang offer servis scan 3D 4D ni. Walk in je pun boleh.

I tertarik dengan package scan dekat site ni:
 

Untuk book sessi boleh pergi link yang i provide kat atas tu. Then pilih klinik mana yang kita nak atau berdekatan dengan rumah. Dan slot pukul berapa yang kita available.

I pilih Klinik As Salam, Seksyen 7 Bangi. Sebab dekat dengan rumah. Sonographer hari tu Ms. Celyn, kecil molek je orang nya. Comel je dia pujuk baby,

Kenapa pilih untuk book sessi kat link atas ni?

1. Dekat t&c dia memang jelas tulis dia akan scan sampai nampak muka baby dan jantina baby. Kalau nampak muka baby, then baru bayar servis. Best kan? So sonographer akan berusaha bagi kita nampak muka baby kita.

2. Diorang bagi gerenti yang jantina baby betul. Sila pastikan sonographer tulis nama dia dan jantina baby dekat gambar yang dia bagi. Sebabnya kalau nanti baby dah keluar dan result dia tu vice versa, dapat fully refund tau. Jadi insyaAllah result tu betul la.

3. Harga untuk book online adalah RM120 untuk scan 3D 4D. Kalau walkin mahal skit (around Rm140 tak silap).


Masa I scan baby tu baby malu malu je nak tunjuk muka. Jadi sessi yang sepatutnya siap dalam 30-40 minit tu jadi hampir sejam. Ms. Celyn siap pujuk baby pun malu jugak. Then suruh I jalan-jalan 5 minit. lepas jalan-jalan tu pun baby still malu malu jugak. Ada satu shot je yang nampak muka baby full. Yang lain tu tangan dia duk tutup muka atau dia tengah main dengan tali pusat. Geram aje dengan si kecik ni.

Tengoklah dia asyik nak tutup muka. Gambar ni ayah dia amik dekat screen tv.
Picture paling clear si kecik.



Lepas scan kita akan dapat satu printed image, yang lain semua di simpan dalam cd. Termasuk lah video. So balik rumah boleh tengok lagi dan lagi. :)


Oh ya kalau ada duit lebih korang boleh jugak buat detail scan. Detail scan ni boleh detect abnormality baby kita kecuali syndrom.




Ok lah semoga entri kali ni berguna untuk bakal ibu/ayah!


No comments: