Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Tuesday, July 15, 2014

Annoying ads (Iklan yang menyakitkan hati)

Sejak kebelakangan ini Qemmal sakit mata sakit hati tiap kali melayari internet.
Mana tidaknya, separuh daripada skrin dimonopoli iklan iklan yang entah dari mana.

Haih geram! 
Tiap kali itulah kena pangkah setiap iklan. Tapi bila buka muka baru, iklan timbul kembali.

Hari ni Qemmal jumpa pun penyelesaiannya.
Qemmal selesa guna Google Chrome. Salah satu sebabnya Google Chrome ada webstore (ala-ala apps store). Ada macam-macam add ins kita boleh install dengan mudah.

Jadi Qemmal cari 'AdBlock'.


Dan jumpa 'Adblock plus'. Alhamdulillah lepas sahaja install Adblock Plus ni iklan iklan yang menyemakkan tu hilang. :)


Kenapalah baru sekarang terfikir nak cari, setelah lama sakit hati.
Haha!

Selamat berpuasa & tingkatkan ibadat!

No comments: