Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Wednesday, May 21, 2014

Top 5 : Coklat dari Langkawi

Balik dari langkawi faham faham sahaja lah coklat memang penuh bagasi. Dengan coklat orang kirim lah, coklat pilihan isteri lagi, coklat pilihan suami lain pulak.

Memang coklat memonopoli isi beg.
Tengok?



Untuk entri ni qemmal nak share Top 5 coklat pilihan qemmal. Walaupun beli lebih dari 5 jenis. :p

Harga coklat di Langkawi (Pekan Kuah) rata rata hampir sama. Kedai A mungkin murah RM1 untuk coklat XY tapi mahal sikit untuk coklat YZ.

Lebih kurang macam tu lah.

So ni senarai Top 5 qemmal kalau ke beli coklat di Langkawi.

1. Daim - RM15.90 bagi 300g



2. Hersheys kisses. - harga tak ingat :p

Selain yang Almond qemmal suka jugak dark chocolate.



3. Whittakers - almond gold. RM8.90 untuk packaging macam ni.

Qemmal first time beli sendiri. Sebelum ni makan yang orang bagi terus jatuh cinta, jadi kali ni wajib beli.



4. Ritter sport - RM4.50

Ada sesetengah kedai jual RM4.90 tapi masih murah sebab kalau kat KL harganya RM9.90.

Untuk flavor, fav qemmal yang whole almonds tu :)



5. Toblerone - harga lupa jugak :p

Selalu beli yang warna kuning, putih atau hitam. Hari tu jumpa biru terus ambil nak cuba :)



So sampai sini dulu sharing coklat qemmal. ;)

Nak share gambar percutian masih belum ada masa. :(

Tunggu eh?



No comments: