Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Sunday, May 18, 2014

#wnaCooks : Pasta goreng feat brokoli

Kali ni nak share resipi senang dari dapur Qemmal. Bagi yang mencari resipi simple  untuk pasta. 

Baru baru ni Qemmal buat 'spiral goreng bersama brokoli dan potongan ayam'.

Qemmal & darling memang penggemar brokoli. :)

Bahan-bahan:
- spiral direbus terlebih dahulu (nak guna pasta lain pun boleh)
- brokoli dipotong kecil.
- bawang putih 4 ulas (dicincang halus)
- carrot
- sedikit udang kecil
- setengah batang lobak merah
- kiub pati ayam

Cara-cara:
1. Panaskan mentega (saja guna mentega)
2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kiub pati ayam, goreng sebentar.
4. Masukkan udang, brokoli dan lobak merah.
5. Masukkan pasta dan gaul hingga sebati.
6. Jangan lupa perasakan dengan garam. :)

Resipi yang simple untuk light dinner.

Selamat mencuba! 

2 comments:

Aida the Pinky said...

sedapnyer..nk try lah..he

WNA said...

aida,

sila3. mudah dan cepat. hikhik. :)