Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Monday, March 03, 2014

Rumah pertama kami :)

Salam semua :) 

Hari ni Qemmal terpanggil untuk share dengan kawan-kawan seangkatan cara-cara beli rumah baru. Ye la kita ni baru nak hidup sendiri, baru setahun jagung kawin, macam mana nak beli rumah? 

Actually pembelian rumah pertama kami (Qemmal & Shahren) ni adalah secara tidak sengaja. Suatu hari pada tahun 2012 kitorang jalan-jalan di supermarket di Shah ALam dan macam biasa jenguk jenguk model rumah.

Shahren berhenti lama sambil dengar abang salesman tu berceloteh. Dia panggil Qemmal, ajak pergi tengok showroom yang kebetulan tak jauh dari situ. 

Qemmal ni skeptical sikit, terlalu banyak fikir mungkin. 
Mampu ke nak beli rumah?
Downpayment macam mana?
Macam  mana proses? 

Tapi ketepikan dulu semua-semua tu, ikut aje darling pergi tengok showroom.
Rumah tu masih dalam pembinaan, tapi showroom yang cuma sebelah tapak pembinaan dan sangat lah well decorated. Memang terpesona dan berangan-angan dapat rumah tu.
By the way, ianya adalah rumah aparment kos sederhana ya :) 

Sebab dah terpukau dengan rumah tu, terus kami booking dan bermulalah journey untuk kami memiliki rumah sendiri :) 

Harga rumah.



Kami agak pelik dengan harga rumah di mana makin tinggi makin mahal. Kami punya tingkat 11 so mahal berbanding tingkat bawah. Walhal kami impikan rumah bawah dan corner lot, tapi bersyukur walau dapat tingkat atas, middle lot. Itu sahaja yang available waktu itu. Harga rumah ni sekali dengan satu parking lot berbumbung.

Booking - RM2000 (kami bayar beberapa hari kemudian). Untuk booking kami bayar cash kepada salesman. Jangan lupa minta resit.

Pengeluaran EPF. 


Untuk pengeluaran EPF ni kawan-kawan boleh rujuk dekat website kwsp. Bagi kes kami, kami berdua keluarkan simpanan  untuk deposit rumah, itu pun tak cukup memandangkan kami baru 2 tahun bekerja dan gaji kecil. 

Pengeluaran EPF tak ambil masa yang lama kalau dokumen lengkap. Macam kami dah siap-siap bawak semua dokumen, kemudian tak sampai seminggu dah dapat duit dalam akaun :)

Personal Loan untuk deposit rumah.



Bagi yang masih tak cukup duit deposit macam kami, personal loan boleh membantu. Tapi cara ni memang tidak disarankan kalau kawan-kawan punya simpanan. 

Deposit adalah 10 % dari harga rumah, bayaran guaman tak ingat dah berapa. :p

Pinjaman perumahan dengan bank. 


Masa kami berurusan dengan agen rumah, dia pass dokumen kami pada kenalan dia yang handle pinjaman rumah dengan bank RHB. Tapi sambil tu kami hantar juga permohonan ke bank lain - Bank Islam. Alhamdulillah kedua-dua permohonan pinjaman diluluskan, tapi Bank Islam punya keputusan agak lambat. Dapat selepas kami tandatangan perjanjian dengan RHB. 

Bayaran bulanan. 

Buat masa ini, untuk bayaran bulanan kami hanya perlu bayar faedah sahaja. Tunggu rumah siap baru kena bayar penuh. InshaAllah rumah kecil kami dijangka siap tahun hadapan. 

Baru-baru ni saja melawat, blok depan dah ada orang menginap. 

Seronok! 

Blok kami pula baru nak naik.

Ok lah, sampai sini dulu perkongsian Qemmal hari ini ya. Cepat-cepat melabur untuk rumah anda!

Semoga dipermudahkan!

No comments: