Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Tuesday, February 04, 2014

My first pregnancy last for 14 weeks. #2

Entri ini adalah sambungan untuk entri semalam: My first pregnancy last for 14 weeks. #1

Coretan di sini buat kenangan Qemmal, dan juga rujukan rakan-rakan yang mungkin punya pengalaman yang sama.

Ultrasound yang kedua

Kami datang semula ke klinik yang sama untuk buat ultrasound lagi . Kami mengharap kan kunjungan kali ini dapat hasil ultrasound yang menggembirakan. Tapi masih sama, jadi doktor bagi surat rujukan untuk pemeriksaaan lanjut di hospital. 

Dua hari kemudian, darling teman saya untuk ke Klinik Kesihatan. Hajatnya nak scan lagi tapi doktor suruh datang lagi dua minggu sebab mungkin hasil ultrasound sama macam dua hari sebelumnya. 

Hati rasa tak sedap. Darling bawak jalan-jalan lagi nak kasi isteri dia happy. 

Petang tu bermulalah episod pasrah. Qemmal bleeding, sikit je macam baru nak period tapi merisaukan. Carian di internet menunjukkan pendarahan dalam kehamilan adalah normal bagi sesetengah ibu dan juga mungkin tanda tanda keguguran. Kami putuskan untuk ke hospital. Terjah bahagian kecemasan sebab dah selepas waktu pejabat. Doktor di bahagian kecemasan scan lagi dan hasil nya sama - tak nampak baby.

Doktor kata ada kemungkinan baby kami tidak menjadi. Tapi dia rujuk kes kami ke pakar perbidanan keesokkan harinya.





Doktor sahkan Qemmal keguguran.

Qemmal ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 untuk jumpa doktor sakit puan bahagian Early Pregnancy Assesment Unit (EPAU). Qemmal scan lagi, kali ni doktor scan biasa yang dekat perut tu dan juga Transvaginal Ultrasound. Hasilnya - doktor klasifikasikan kes Qemmal sebagai kes keguguran. 

Doktor bagi cadangan untuk buat ERPOC (cuci rahim) atau pun tunggu isi perut semua keluar naturally. Since Qemmal sudah mula pendarahan walaupun sedikit, Qemmal mintak tempoh seminggu dari doktor untuk datang semula booking tarikh ERPOC.

Qemmal telefon darling yang sedang kerja, beritahu apa kata doktor. Alhamdulillah kami terima khabar berita dengan tenang, walau pun pahit.

Qemmal doa pada Allah, mintak dipermudahkan apa pun yang ditentukan.

Malam tu jugak, Qemmal sakit bawah perut sangat-sangat. Pendarahan memang banyak sampai subuh. Lepas berehat, Qemmal ajak darling ke hospital lagi, untuk further checkup. Sekali lagi kami terjah bahagian kecemasan - kebetulan Tahun Baru Cina.

Kes kami dirujuk pada doktor bersalin. Selepas pemeriksaan doktor sahkan Qemmal keguguran sepenuhnya (complete abortion) selepas transvaginal ultrasound. Jadi tak perlu buat prosedur ERPOC. Qemmal dicucuk ubat untuk kecutkan rahim dan disuruh rehat sebelum dibenarkan balik.

Dengan itu, berakhirlah kehamilan Qemmal pada minggu ke-14, lebih kurang 3 bulan setengah. Walau masih baru, kehilangan tu terasa. Tapi kami berdua redha. Suami Qemmal memang terbaik untuk Qemmal, dia lah yang buat Qemmal kuat. Terima kasih sayang. I love you!

Insha-Allah, rezeki kami akan tiba nanti. Usaha, doa dan tawakal.

Kalau ada rakan-rakan yang ingin bertanya/kongsi pengalaman, boleh email Qemmal ya. 
nurakmal99@gmail.com

:)


1 comment:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hurmmm....tak pe Qemmal tak de rezeki lagi :( ... tapi sekurangnya bersyukur sebab diberi peluang jugak untuk merasai punya kandungan 3 bulan .. Insyaallah nanti usaha lagi ....take care ...