Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, February 07, 2014

Berpantang


Bagi orang Melayu, selepas bersalin mahupun keguguran, wanita perlu berpantang. Menurut orang tua tua, berpantang perlu untuk kesihatan sampai kita tua. Walaupun sekarang badan sihat, gagah je rasa.

Mama Qemmal mulanya tidak tahu yang orang keguguran juga harus berpantang. Balik dari hospital tenpoh hari dijamunya nasi beriyani dan kuzi ayam. Sedap, masakan ibulah katakan.

Hinggalah dia berkunjung ke rumah saudara keesokkan harinya, macam macam ilmu mama dapat. Dan dengan itu bermulalah episod berpantang Qemmal.

- hanya boleh makan sebilangan kecil jenis ikan. Selar, tenggiri, bawal putih. Yang tak boleh banyak macam ikan cencaru, bawal hitam, tongkol, duri etc.

- hanya boleh makan sayur sawi dan bayam. Kata mama.

- buah buahan pulak anggur, buah tin, kurma, kismis.

- tak boleh minum teh, angin katanya.

- mandi air suam ya.

- sentiasa pakai stokin

Qemmal berpantang di rumah mama 3 hari. Untuk pengetahuan, doktor cuma bagi Qemmal cuti 3 hari yang mana mcm tak ada cuti sebab termasuk Sabtu & Ahad. Atas desakan keluarga dan diri yang masih perlu rehat, Qemmal ke klinik untuk minta cuti extra. Dapatlah lagi 3 hari. Alhamdulillah.

Di rumah Mama ajar bertungku dan barut perut. Mulanya rasa leceh tapi best jugak masa bertungku tu :p

Ikat perut jangan tak ikat!


Kemudian balik rumah sewa pandai pandai lah buat sendiri semua, atas bantuan darling semestinya :)

Tapi sepanjang episod berpantang Qemmal, yang paling perit dan nightmare ialah kena makan pati ikan haruan. Setiap hari Qemmal amik masa lebih setengah jam nak habiskan sebotol. Gila hanyir!

Selalunya Qemmal akan sediakan minuman manis nak overcome bau dan rasa hanyir tu.



Untuk akan datang Qemmal nak cari yang kapsul je, mudah mudahan tak perit. 

Hari ini hari ke 8 lepas Qemmal keguguran, sudah perlu kerja seperti biasa. Semoga Allah beri kesihatan yang berpanjangan untuk kita semua.

Amin.

3 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

tak pe Qemmal..berpantang untuk kesihatan kita jugak ...semoga semuanya o.k....lepas ni boleh usaha lagi ..orang cakap lepas keguguran dah cuci semua lebih mudah nak 'lekat' ...orang cakap la ....sy pun tak tau betul ke tidak ... huhuhu

LIZA n SAMs said...

Qemmal.. Takziah...
Sabar ye.. InsyaALLAH ade rezki yang terbaik untuk qemmal

WNA said...

Puan Mawar,

itulah terpaksa la sebab nak sihat kan. Ada jugak dengar macam tu. Apa-apa pun qemmal doakan yg terbaik utk kita berdua :)

LizaAyu,

Terima kasih. InsyaAllah terima kasih yang:)