Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, October 11, 2013

Birthday Date to Kota Kinabalu #3


Qemmal masih ingin bercerita percutian di Kota Kinabalu :)
Bila ingat balik rasanya bercuti seminggu pun tak apa kat KK, kami ke sana 3 hari pun tak habus round bandar.
Apatah lagi tempat tempat menarik lain macam kaki Gunung Kinabalu, Kundasang, Rumah Terbalik dll.

Insha-allah ada rezeki kami datang lagi ya KK :)

Hari kedua kami di KK kami habiskan masa ke pulau pulau sekitar.
Asalnya kami ambil pakej 'Free & Easy' dengan agent, kemudian kami tambah pakej ke snorkeling ke pulau.
Qemmal jenis orang yang tak suka mandi laut. Tapi kalau laut tu cantik, jernih, boleh nampak ikan berenang-renang, maka Qemmal tiba-tiba jadi orang yang suka mandi laut :)

Makan Pagi

Kalau kat tempat orang, qemmal lebih suka explore makanan tempatan.
Tapi untuk percutian budget, makan saja lah apa yang hotel dah provide :)
Breakfast di Cititel Express biasa-biasa saja, tiada yang istimewa. 
Tapi kena makan banyak-banyak, sebab nanti berendam kat laut sure lapar.
Pukul 9 tour guide akan pick up, tapi kat sana pukul 9 tu matahari dah tinggi. 




Pulau Sapi

Mengikut tour guide kami, Chin, masa kami pergi tu musim tak ramai pelawat.
Jadi dalam kepala ni dah berangan 'romantika snorkeling'.
Tetiba pagi tu masa nak tunggu bot sampai, berduyun-duyun pelawat dari Cina.
Rasa macam bercuti di China pulak :)

Melayu memang kami berdua je lah dalam ramai-ramai tu.
Jadi ni habis romantik lah gambar kami berdua ni.
Pumpkin ni jenis nak serius je dlm gmbr, takut apa tak tahu lah.
Qemmal mintak dia tengok qemmal, tapi dia jeling je?


Pengalaman naik bot ke pulau-pulau di Sabah ni memang Qemmal tak boleh lupa.
Pertama kali Qemmal naik bot laju yang ala-ala roller coaster.
Bagi Qemmal orang mengandung tak sesuai la naik bot laju camtu, so kalau sesiapa mengandung, nak pegi silalah suruh pengendali bot tu berhemah ya :)

Pulau pertama yang kitorang pegi adalah Pulau Sapi.
Pakej yang qemmal amik dengan agen tu memang pakej bawak diri je.
Equipment, transportation & meal dah termasuk dalam pakej.

Tayah risau apa-apa :)

Untuk rujukan kawan-kawan, kat bawah ni bayaran dan maklumat lanjut tentang taman taman sabah.


Pulau Sapi ni cantik, tapi pendapat peribadi qemmal, jika bandingkan dengan Pulau Lang Tengah, Terengganu, Qemmal vote lang Tengah lagi :)
Atau mungkin pulau ni terlalu padat dengan pelawat, jadi nak snorkeling pun tak senang haha!.
Trip pulau kali ni Qemmal sangat excited sebab nak cuba bergambar dalam air.
Last trip pulau Qemmal - masa honeymoon di Pulau Kapas, tak dapat nak bergambar riang dalam air :(

Awal-awal lagi qemmal dah beli baju kalis air untuk iPhone, so dapatlah beberapa shot di dalam air.
Cuma maklumlah, first timer jadi hasil nya ntah hape hape.
Susah jugak bergambar dalam air dengan kekangan device, model tak berapa nak reti pose haha

Tapi tak apa, lain kali cuba lagi :)

Few shots underwater:




Macam Qemmal cakap tadi, kalau laut tu cantik, bersih, tidur dalam laut pun boleh :)
Trip sabah tempoh hari merupakan trip snorkeling kedua untuk Pumpkin.
Qemmal ingat lagi masa honeymoon Pulau Kapas punyalah susah dia nak cecah masuk air, takut tenggelam kot :P

Tapi bila dah suka, ajak snorkeling on aje :)



Pulau Mamutik



Lebih kurang lepas 2-3jam di Pulau Sapi, kami bergerak ke Pulau Mamutik.
Perut pun dah lapar, makan tengah hari kami disediakan di Pulau Mamutik.

Sampai je sana, lagi ramai manusia.
Makan tengah hari buffet ala ala kenduri. Punyalah banyak khemah.
Tapi makanan mewah-mewah, seafood grill panas-panas makan sampai kenyang :)

Tapi di Pulau Mamutik cuaca tidak mengizinkan, hujan sampai pantai kosong tak ada orang nak mandi.
Pumpkin Qemmal masih dalam mood snorkeling, tapi apa pun tak nampak sebab ombak kuat.

Dalam gambar nampak cuaca ok tapi sebenarnya Qemmal dah ketar dah tu.
:(

Gambar Qemmal statik kat bawah ni adalah hasil seni Pumpkin.
Qemmal mintak tolong ambil gambar Qemmal melompat (konon-konon di awang-awangan),
tapi antara 12 shot, semua nya kaki Qemmal mencecah pantai :(

p/s : Rindu nak bergambar gila gila dengan kawan-kawan :(


Balik daripada pulau, memang tersangat lah penat, hujan pulak sampai ke malam.
Dah lewat malam baru lah kami keluar amik angin di bandar KK.
Memang buat gila tengah malam masih di atas jalan raya, berdua berjalan kaki.
Bandar itu kami yang punya :P

Sekian cerita trip pulau Qemmal di KK.

Hari ketiga kami shopping souvenirs untuk dibawa pulang.
Insha-allah akan blog kemudian :)

1 comment:

meza said...

suke btul tgk review psl percutian ni. takde masa lg nk buat. sigh!