Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Saturday, July 06, 2013

First Anniversary at Gold Coast Morib


26 Mei 2013 lepas genap lah setahun usia perkahwinan Qemmal & Pumpkin.
Baru setahun jagung je.. apa-apa pun alhamdulillah syukur kepada Allah atas kehidupan sederhana kami.
Plan asal tiada percutian sempena ulangtahun perkahwinan ni, tapi last minute Pumpkin kasi surprise book Gold Coast Morib, ok lah tak jauh sangat (sebab kena berjimat cermat chewah)..

Terima kasih sayang untuk percutian 2 hari 1 malam yang seronok :)
Seronok sebab bersama :)

Kebetulan masa tu cuti sekolah, parking penuh, bilik penuh dan yang paling tak boleh lupa..
Check in kena beratur tu :)
Selalu sampai hotel lengang je, first time kena beratur nak check in hotel.


Pumpkin booked hotel melalui Agoda, so dapat reasonable price.
Tambah berbaloi bila dalam bilik ada jakuzi!
Serius, memang berbaloi - part bilik :)


Hotel ni jugak ada water theme park.
Kalau nak bawak anak-anak bercuti memang sesuai sangat!
Pool memang penuh dengan kanak-kanak memandangkan cuti sekolah.
So Qemmal & Pumpkin round-round tengok karenah manusia je la :)

Oh ya, bila booked hotel tu dia bagi 2 entry passes to water theme park ni.
So boleh main sampai puas.


Kami checked in pun agak lambat.
Selesai hal check in kami jalan-jalan cari makan di Morib.
Kami ke Medan Selera Pantai Morib, meriah!





Esoknya kami breakfast di hotel aje.
Tapi part ni tak berapa best. Sebabnya..
ramai sangat manusia! 
Tengok background gambar kat bawah..ramai kan?
Rasa macam kenduri kendara. Makan pun share meja dengan orang lain.
Romantik tu tolak tepi jauh-jauh :P


Apa-apa pun, Qemmal happy sangat!
Tak sangka Pumpkin buat surprise LOL.
Ni mesti sebab Qemmal cakap Zaquan Adha romantik sebab buat suprise dekat Ayu Raudhah dalam Romantika. Hikhik. :)

love you hubby, no matter what!

Check out pakai baju tradisional sebab ke kenduri selepas itu :)


Ini harga entry kalau nak masuk water them park Gold Coast Morib.
Untuk reference kawan-kawan :)


Oklah, jumpa lagi next entry!

p/s: Counting days for Ramadhan!

1 comment:

Tengkubutang said...

hai.. salam kenal,
follower no.67
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
dik, nanti buang wor verification yea.. senang nk komen lain kali.. =)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog