Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Wednesday, March 14, 2012

Koleksi yang telah menjadi kenangan~

Yours truly punye wedding dah semakin hampir.
Tik tok tik tok (saje efek nak gabra kan diri sendiri) :P
So every weekend memang ada je terselit kerja-kerja kawin.

Ntah weekend yang mana satu, qemmal sibuk mengemas bilik, Mama & Abah dah nak prepare untuk bilik pengantin.
Pada ketika ini, bilik pengantin dah ready dah pun, tinggal nak decorate je lagi.
Dah ready means, dah ade katil pengantin, dah cat kasi cantik semula, dan barang-barang qemmal semua dicampak di luar bilik sendiri (TT)

Sepanjang proses kemas bilik yang makan masa banyak hari la jugak, qemmal ade capture barang-barang kesayangan suatu masa dahulu..
Ada antaranya dah di buang, ada juga telah hand over kepada orang lain, & ada lagi yang masih menunggu tuan baru.
Semua barang-barang tersebut di bawah penyeliaan Mama terchenta :)

Koleksi kasut dan yang seangkatan dengan nya. Semua dah di buang, memang dah uzur belaka.


Koleksi teddies dan soft toys. Masih ada beberapa qemmal simpan, teman tidur sampai hari ini :)
Soft toys ni dah ada tuan baru, mama nak bagi anak-anak sedara mama yang comel-comel.
:)


Batches. Dulu-dulu qemmal suka pakai batch sama ada kat tudung, kat beg, dan kat mana-mana la yang boleh pin kan :)
Yang menjadi kesayangan adalah yang besar sekali tu, kenangan masa form 5. :)
Civil power. tapi skang dah takley nak mengaku civil sangat da :P
Hikhik..


Batches ni still qemmal simpan, sebab tak perlukan space yang besar, masuk dlm kotak aje :)
Ada jugak yang adik dah songlap :P



Baju kurung zaman kegemilangan, hehehe.. Boleh pakai lagi, cuma saiz dah lain.
Dulu-dulu agak montel, jadi baju saiz agak besar.
Mama kate jangan menyesal nanti montel balik dah tak ade baju.. :P
Tapi lama jugak qemmal simpan baju-baju ni dan tak pakai, sebab sayang nak lepaskan.. Haha gedix.



Koleksi tiket wayang.
Ni dah jadi tebiat yours truly kalau tengok wayang dengan sape-sape je mesti nak simpan tiket wayang,
Terutama skali dengan Pumpkin la. Konon-konon ada sentimental value.
Tapi bila dah lama sangat simpan, tulisan pun dah pudar, so nak refer balik info dalam tiket dah tak boleh.
Alkisahnya semua dah dibuang :|


Botol ni lama qemmal simpan, daripada masa matriks. Masih elok lagi dengan glitters kat dalam air hijau tuh.
Buat sendiri, untuk jamuan akhir tahun. Konon-konon ala-ala award la.
Kat tag tu ade title ape yang kite dapat. Hikhik.
Ni pun dah dibuang. 

Ni hobby baru collect kad kahwin kawan-kawan.
Sampai sekarang koleksi bertambah, almaklum lah kawan-kawan kebanyakan nya dah sampai time nak kawin..
Tapi one day qemmal kena buang jugak semua kad kawin kawan-kawan ni.
So sebelum tu, amik gambar dulu :)




Cik Qemmal ni memang suka buat koleksi, ni pun ade koleksi yang tak reveal.
Yang qemmal simpan dari tingkatan satu.


Tapi takpe la tu next time kalau teringat,


Bukan apa, seronok bila bosan-bosan kite tengok balik barang-barang yang ada sentimental value ni.
Tapi hanya kita yang tahu apa nilainya, untuk orang lain tak kot.
:)


Till then, love you all!

4 comments:

LIZA n SAMs said...

i like badget CIVIL POWER...trasa muda plk tbe2....hehehehe

zafi said...

cool items!!!

Unknown said...

aktiviti kemas2!

WNA said...

ayu sayang,

hahaha mmg sentiasa mude. dulu2 civil power, skang sume dah bersepah LOL

zafi,
thank you!

apeq,
yup2 kena lah mengemas bilik i bersepah yaw!