Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Tuesday, November 01, 2011

All girls trip - Medan 3#

Candid Pictures

Entri ni just nak share candid pictures yang qemmal snap during vacation ke Medan tempoh hari :)
Pertama kali vacay ke luar negara haruslah semua menda pun jakun :P

Gambar jela yang bole flashback moment-moment kat sana, saometimes bila tengok balik gambar baru perasan mende yang tak perasan kat sana. Haha.

1. Motif utama qemmal amik gambar ni adalah signage 'Patuhilah rambu-rambu lalu lintas' which means :
'Patuhilah peraturan jalan raya'.

Kalau tak silap la, supir kitorang translate lebih kurang mcm tuh la :)




2. Tiara Convention Center.
Kebetulan masa ni ada konvokesyen politeknik kat sana. Jadi sesak nya tak payah cerita lah. Korang tengok kenderaan yang tengah-tengah jalan tu then bayangkan kesesakannya.

Kalau tengok dress up orang orang kat sana pegy konvo macam orang kawen punya baju lace, ada yang dress. fuh bergaya sakan :)

Cantik cantik semua nya.


3. Masih di lokasi yang sama, kat tepi-tepi jalan depan convention center tu diorang bukak kedai kecil macam ni. Masa snap picture ni qemmal kat dalam van :)


4. Beca tapi guna motosikal instead of basikal. Qemmal try naik ini sekali masa kat sana. Saja mahu merasa naik beca. Yang lucunya, beca kat Malaysia pun tak naik, pegy negara orang mau pulak naik. :P


5. Random. Kanak-kanak posing tanpa disuruh. Macam macam gaya mereka pose :P
Lokasi : Mesjid Agung.


6. Kubah Mesjid Agung. Mesjid Agung terletak bersebelahan dengan Sun Plaza.
Mula-mula hairan shopping mall sebesar Sun Plaza tiada surau. Rupanya masjid betul-betul di sebelah :)


7. Ni dipanggil apa ek? tak tau. tapi signborad macam ni banyak sangat. 
Sebagai dedikasi kepada pengantin baru mahupun graduasi. The whole billboard tu dibuat dari fresh flower kalau tak silap.


8. Rokok jenama adidas. Terserempak di airport di Medan sebelum berangkat pulang ke Malaysia.
:)


Maaf gambar biasa-biasa aja. Hanya untuk tatapan sendiri. Ada yang tak sharp sebab amik gambar atas kenderaan..Huhu..

Sampai sini dulu ya kawan-kawan. Nanti update lagi :)

Love, Cik Q.

No comments: