Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Saturday, March 19, 2011

Trip Water Rafting I

Februari 18, 19 & 20 - 2011

Destinasi jalan-jalan untuk bulan Februari adalah Gopeng!
Gopeng adalah so-called-site kerja Qemmal, tapi kali ni datang untuk bergembira bersama officemates :)

Kenapa Gopeng jadi destinasi pilihan?

Sebelum ni Qemmal pun tak tau apa lah aktiviti yang seronok yang boleh kita buat kat situ.
Gopeng adalah pekan kecil di negeri Perak ya kawan-kawan.

This trip adalah untuk kami 'water rafting' :)
Masa kt USM dulu Qemmal pernah berakit di Sungai Perak for about 2 days, tapi air tenang je.
Yang beza nya dengan rafting kali ini ialah kami berakit di sungai yang berbatu-batu, tapi dalam masa beberapa jam sahaja lah.
Err tapi penat tu pastilah!

Untuk trip kali ini qemmal akan buat beberapa post, sebab gambar terlalu banyak untuk di cramp di satu post. :)

Kat bawah ni adalah officemates Qemmal yang best!
Pose sebelum pakai jaket keselamatan.
Perasan tak ada 2 babies? Nope, budak2 kecil itu tak join rafting.
Umur paling muda yang dibenarkan join adalah 5 tahun :)


OK ini pose dah pakai jaket, qemmal macam tak ready nak pose je :(
Kalau tak pandai berenang pun masih boleh join aktiviti ni ya kawan-kawan.
Yang penting.. kerjasama :)


Dari penginapan kami ke tempat start rafting amik masa about 45 minit cam tu la menaiki kenderaan.
Since kitorg ramai, so pihak management sediakan satu lori dan satu 4WD untuk ke starting point.

Tengok masing-masing bertenaga untuk beriadah :)


And yours truly, atas 4WD.


Satu raft boleh sumbat 7 orang, termasuk guide.
Kami pulak cukup-cukup 18 orang, jadi kami bahagi 3 raft.

The first group.
Fuzzy, Chua, Ali, Fatin, Nana & Qemmal.
:)

Cuba tengok Qemmal pakai helmet oren tu.
Macam kelakar pun ada :P
Tapi untuk keselamatan, wajib pakai!


Second group,
Lond, Saufie, Zue, Kak Aiyu, Tun, Abg K.
:)


Last group,
Asiah, Bye, Ina, Faizal, Hasrul, Shah.
:)


Well, setiap pasukan pun ada kenangan masing-masing.
Yang jatuh raft, yang main tolak2 member dalam air, yang kena tipu nak tgk ikan lepas tu jatuh sungai.. :P
Those will be the sweetest memory, I perhaps.

This is my team lepas mengharungi 'double decker' kat sungai tu.


Love from each of us. Err Qemmal comei terlindung blakang Kak Aiyu :)
Last picture ni gambar lepas main terjun-terjun dari pokok.
Seriously macam budak kampung perasaan saya.
Seronok :)


So I guess untuk post kali ini itu sahaja..

This post will be continued bila Qemmal free ya..
Malam ni? Esok? Lusa?
Tunggu...

2 comments:

rzd said...

wah bestnye....teringin nak main mende alah ni...:)

Cik Qemm said...

memang best pun awak. hehe :)