Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Tuesday, November 16, 2010

Bukit Tinggi~

Time deepavali hari tu orang sibuk beraya, Qemmal & besties ke Bukit Tinggi Pahang.
Perjalanan dari umah Qemmal (last pit stop) ke Bukit Tinggi kejap je, tak sampai satu jam pun.
Plan asal nak bertolak pagi-pagi pukul 8 tapi biasa lah bila berjanji dengan diva-diva maka akan terlajak waktu nya.
Itu semua lumrah :)

Tiket masuk ke Bukit Tinggi RM12 untuk dewasa.
Kemudian kita boleh explore kebanyakan tempat yang ada kat sana, self service :P
Our first destination is Colmar tropicale.
Kat sana ade bangunan ala-ala orang putih yang cantik-cantik.
Tapi masa pegi tu kebetulan ramai nye la rakyat Malaysia turut bercuti di sana.


Ouh ya, kami bertujuh untuk trip ke Bukit Tinggi.
Yang menariknya, Fenot ikut!
Lepas 10 tahun baru jumpe minah ni balik!
Perangai same je tak berubah pun.
Haha.


Lepas jalan-jalan, amik gambar, makan-makan kat Colmar tropicale tu,
kami ke Japanese Garden.
Lokasi nya adalah bukit yang kena menapak anak tangga banyak la jugak.
Qemmal hampir berputus asa dan mahu lepak kat bawah je sebab pakai heels 5 inch,
tapi atas dorongan besties ku gagah kan jua.

Ini adalah pose ala Thai bersama minah Jopun. :)


Cantik kan diorg dengan kimono nye, nampak kontra dgn alam semulajadi..


Kitorang snap hundreds of pictures that day, dari pagi hingga lah ke petang.
Lepas turun dari Bukit Tinggi ke Murni Discovery,
lepas tu melalak kejap (kejap sangat kot) sebelum balik ke rumah masing2.

Tapi qemmal tak attach banyak2 la gambar ye.
Kalau nak tengok laie ade kat facebook besties2 qemmal ni. :)

Last but not least, a group photo untuk u all :)


tips utk ke Bukit Tinggi:
1. Do not wear 5 inch heels or u'll be exhausted.
2. Bring along drinks or snacks because they're very expensive up there.
ie: a tin of soft drinks can cost u RM8 :)

p/s: Selamat hari raya Aidiladha.


2 comments:

Pocket said...

somehow mak pocket duk ajak pocket gi sini, tapi tak terpegi pegi lagi..
buleh usahakan jgak nih :D

soft drink rm8!!
adui mak aih.. genting pun murah lagi rasanya :D

WNA said...

pocket,
bawak la mak pocket jalan2 tgk pemandangan kat sini. tp pesannya itulah, bwk drinks dari bawah. tapi kalau nak merasa minum soft drinks rm8 sila la. mesti setiap titik dihargai :)