Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Sunday, July 04, 2010

The partner.

Lame dah tak corat-coret perihal dating dengan Pumpkin. Sejak ada yang komen qemmal obses dengan Pumpkin melalui posting qemmal masa birthday beliau last year, qemmal kurang cerita pasal kami lagi (masa tu qemmal duk sibuk wish birthday sampai 2-3 posting khas utk pumpkin).

Tapi hari ini nak cerita jugak!
:)

Sejak qemmal balik KL for good few months back, Pumpkin banyak kali dah datang KL. At least once a month, kadang2 ikut suka die je nak datang bila2. So this post is to appreciate his effort and energy for his gf. Thanks darling :)

So semalam kami jalan2 sekitar KL. Kami menggunakan public transport untuk memudahkan pergerakan. Meeting point adalah sekitar bukit bintang. Menonton, jalan-jalan, dan cari makan.


Kami ke Times Square.

Ke Pavilion juga :)


Berkeliaran sekitar Bukit Bintang.

Boleh katakan rutin biasa dating. Tapi yang extra special adalah sessi lawatan ke sekolah qemmal :)

Bosan di sekitar Bukit Bintang, qemmal ajak Pumpkin ke Chow Kit, tempat permainan semasa kecil. Jalan-jalan sambil mengimbau kenangan lama. Qemmal membesar di Chow Kit, ketika zaman budak2 kecil masih bebas bermain tanpa risau kena culik. Tak pasti zaman tu tak ada yang kena culik atau penculik tak berminat nak culik qemmal.

Kemudian ke Kampung Bharu untuk mengimbau zaman sekolah pulak. Sekolah yang terletak di tengah bandar, Puteri Wilayah. Sekolah Pumpkin qemmal dah tengok, so kasi dia tengok sekolah kite la plak kan.


Hari berakhir dengan makan awal malam di medan selera Kampung Bharu. Kami berpisah di LRT Kampung Bharu.


Then hari ni, destinasi kami adalah Kepong dan kawasan sekitar Gombak. Dah petang baru keluar, kami ke Jusco Metro Prima Kepong.

Pumpkin kalau jumpa barang2 hamster kamera pun tanak tengok. Qemmal syok sendiri sebab tak layan sangat pet ni. Suka tengok sugar glider tapi macam garang. Nak harap qemmal pegang memang tak la kan. Anak kucing pun geli ini kan pula binatang lain.


Kemudian menonton di Brem Mall Kepong. Seleksi filem di Jusco tidak menarik jadi kami beralih destinasi. First time tengok wayang di sini, ok la tak crowded. Nanti boleh bawak adik2 pulak!


Acara makan lewat tengahari campur awal malam adalah di Mali's Corner, Taman Bunga Raya. Pumpkin memang dah tersuka char kuey teow Mali's so bawak dia pegy Taman Bunga Raya instead of branch kat Danau Kota. Kasi feel makan kat 0riginal place :)

Cite pasal Mali's Corner kena buat entri khas kot. Gambar harini tak clear so kalau kasi tengok Char Kuey Toew pun tak berapa menarik. Tapi memang sedap. Qemmal makan ayam goreng konon-konon nak diet tapi makan makanan bergoreng.


Knight & Day dan The Back Up Plan. Filem kami tonton. Lagenda Budak Setan tak tengok2 lagi. Konon berjanji dengan kakak tak tau bila nak tengok. Ntah2 dah tak de kat wayang kot. Haish~


To my partner,
Thanks for your time.
Thanks for your effort.
Thanks for your sincerity.
Thankc for your love.

I love yoo wewit!

8 comments:

Pocket said...

Charkoeyteow yg besor sampai 6 hinggit!!
err, kat penang beraper yek?
alamak dah lama tak makan char koey teow...

(Masa orang citer pasal orang lain,
pocket komen pasal papan tanda..
humm humm^^)

Arin Mansor said...

sis, i rasa takde org berani culik kite lah.ekekek..

tp baru terpikir. sek rend kan masa tu, kite berjalan selamba je sampai ke chowkit.kalau skang compom i tak bg anak i buat.

u look younger when wearing shawl. :P younger tu cam dak sekolah lah sis.lol

WNA said...

pocket,
haha lebih tertarik pada papan tanda? its ok.

erm qemmal tak pernah try yg special tu lagi / RM6. Kalau yg besar rm 4.50. Besar la jugak, pumpkin mkn kenyang alhamdulillah. kalau yg kecik tu cukup dah utk qemmal :)

ade nasi lemak jugak tau. sedap. pocket bile nk dtg KL? qemmal bwk mkn char kuey teow KL. hihi.

kakak,
tu la mase jalan2 i kept telling pumpkin yang kite slalu jala2 kt chow kit without parents/guardian. tp skang takley kot, bahaya.

younger? yezza. kena beli shawl byk2 ni. haha. ade cino ckp i 15, time tu i pakai shawl. betul la teori u tu kot :P

WaDieQ said...

nampak serasi la kamu dgn si partner itu

paLie said...

ok lar tuh dpt jmpe once a month at least. huwaaa~

WNA said...

wadi,
wow yeke?
sukenye :D
haha.

palie,
alolo tu die nak buat muke sedih dpn aku la tuh. huhu. nak buek cemano awek da jauh kan. kalau boleh berenang aku rase tiap2 bulan ko poie kot.

cheryna zamrinor said...

like this. like this a lot! rasa macam hepi everytime baca cerita qemm and pumpkin:)

WNA said...

kak sha,
hihi thanks. kena letak button like ni :)

sukenye kak sha hepi for me :D