Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, July 30, 2010

Flashback : Rentetan wedding reception Ayesha & Mooky

Entri ini adalah entri bergambar.
10 Julai adalah majlis persandingan Ayesha + Mooky.
Ayesha adalah kawan sekelas dari tingakatan satu.
Suaminya adalah vokalis band OBS.
:)

Seperti rutin di setiap majlis perkahwinan rakan-rakan,
kami akan bergambar tak ingat dunia.
Memang tak muat nak letak semua jadi sikit pun jadi lah kan.

1. Kami bergambar bersama pengantin. Itu pun bila dah tau diorang nak pergi tukar baju. Konon-konon semangat setia kawan nak tunggu semua datang baru nak bergambar. Tapi kalau tunggu semua memang tak ada gambar dengan pasangan pengantin jawab nya.

Jadi dalam gambar ini, Darlinna, Gjan dan Fida tak ada. Kocha menyorok entah ke mana. Bersama suami mungkin. Baie tak bawak suami jadi bersuka ria bergambar. (Suami Baie bekerja pada hari tersebut).


2. Sementara tunggu pengantin tukar baju, kami bergambar sakan. Giant card di bawah adalah hadiah kami buat Ayesha :).

Sebenarnya dah bagi kat pengantin tapi amik balik sebab nak bergambar ramai-ramai dengan kad gergasi.


3. Candid daripada Darlinna kalau tak silap. Ke buah hati darlinna? Tapi tak sangka mereka dapat tangkap moment indah Pqah ditindan oleh Fida. Walau tudung saye senget ditiup angin tapi tetap comel. Berikutan itu, ini adalah gambar favourite.


4. Okay last captured dengan pengantin di tepi tasik titiwangsa. Ayesha adalah cantik dan putih. Putih tu memang dari lahir lagi sebab dia kacukan. Cantik pun dari dulu lagi cuma dulu kat sekolah comot sikit pakai tudung senget benget. Tak macam saya, dulu dan sekarang tudung tetap senget benget. :)

Banyak nya perkataan senget benget :P


5. Malam sebelumnya, saya dan pqah bertungkus lumus menyiapkan kad gergasi. Betul-betul bertungkus lumus. Kad gergasi mengambil masa 3 malam untuk disiapkan. Kena buat malam sebab pqah mencari rezeki di siang hari. Ketika ini kad gergasi masih dalam pembikinan. Tapi sempat bergambar. Malahan kami amik banyak gambar :)


6. Tada... bila dah siap posing kat ruang tamu pulak. Ruang tamu pun kosong tak ada orang sebab time ni dah pukul 1 pagi. Semua dalam bilik dah tidur. Di bawah kad gergasi adalah hadiah sharing is caring daripada kami. Mau main teka-teka? Tekalah kami beli apa :)


7. Kena ada jugak gambar berseorangan dengan kad gergasi yang dirasakan comel. Kami berdua sangat gembira kerana dapat menggalas tugas berat ini. Selalunya cik dayana yang lebih kreatif memikul tanggungjawab membuat kad untuk rakan2 :)


8. Tiga hari sebelum majlis persandingan ayesha, kami lepak bersama pengantin. Sambil-sambil tengok pre-wed album, sambil dengar experience beliau. Kalau lepak sampai pagi pun cerita masih tak habis tapi kami angkat bontot sebelum tengah malam.

Orang kat kedai kami lepak pun tak heran dengan gelak tawa dan juga sessi bergambar kami. Kalau diorang caj restoran diorang sebagai lokasi penggambaran tak tahu la macam mana.


9. Pose kami sebelum keluar kedai. Saya pantang nampak cermin mesti nak amik gambar. Sebab semua akan ada dalam gambar tanpa meminta pertolongan orang lain amik kan :)


Okeh habis. Nasib sempat publish entri sebelum Julai meninggalkan kita. Tak lama lagi ramadhan. Wewit. Happy sebab puasa ganti baru selesai. Alhamdulillah... :)

4 comments:

Chepot85 said...

love all of u..hmuuuaaahh

Ayeshadam said...

haha comel je!

yey sayang qemmal! thx for the post panjang berjala. haha

misz qadeja said...

kak gemmal..
ble pulak akak nak kawin???
hehehe.....

WNA said...

shafa,
love you too!

aye,
:)
sama2!

yuhee,
erk akak?
insya-allah soon...