Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Thursday, February 18, 2010

Yang sayang jadi hilang

Selalu sangat drama di Malaysia tunjuk cerita perebutan harta.
Itu aje lah modal nya.
Kenapa agaknya? Tak ada cerita lain ke?
Mana tidaknya, itu realiti masyarakat kita.

Kerana harta,
Yang putih jadi hitam.
Yang jernih jadi keruh.
Yang rapat jadi renggang.
Yang sayang jadi hilang.

Nah itu dia penangan harta yang tak seberapa.
Rambut sama hitam,
Kulit sama gelap,
Hidung sama mancung,
Cuma hati lain-lain.

Pelik.
Ajaib.
Harta tak seberapa,
buat kita lupa.
Harta sekangkang kera,
buat kita alpa.

Mana hati putih bersih sebelum kita nampak harta tak seberapa itu?
Mana hubungan jernih sebelum kita nampak harta tak seberapa itu?
Lupakah pada sayang kita sebelum kita nampak harta tak seberapa itu?

Hilang sudah senyum ikhlas selama ini.
Pudar sudah kasih selama ini.

Bukan harta yang akan dibawa ke sana.
Tapi doa anak dan saudara mara.
Usah lupa usah alpa.
Biar muda atau tua.

Yang pergi tetap pergi.
Yang tinggal harus dijaga.
Jangan direbut yang sedikit itu,
jangan.

3 comments:

fara said...

Betol!
ape gune harta byk tp takde org nak dikongsikan...

:)

Unknown said...

mereka tak sedar semua itu...;)

WNA said...

ms independent,
betul3.sgt setuju.takkan kaya sorg2 kan? :P

apeq,
mcm mana wak, nak kasi diorg sedar :(