Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, February 19, 2010

Pendapat sosial


Sejauh mana kejayaan mereka yang menceburi bidang Multi Level Marketing (MLM)?

Kebelakangan ini satu persatu cerita MLM saya dengar.
Kawan-kawan juga ahli keluarga.
Ada yang berjaya.
Ada yang masih bertatih.
Ada juga yang sudah putus asa.

Sejauh mana kebenaran yang MLM boleh buat kita berjaya?
kebanyakannya menjanjikan kekayaan ekspres buat kita.

Kepada yang sudah kaya,
mampu mengeluarkan modal sebanyak ini dan itu,
mungkin bebannya tidak seberapa.
MLM boleh dijadikan tambah nilai kepada harta sedia ada.
Kalau berjaya, alhamdulillah.
Kalau agak perlahan, cuba pula yang lain.

Kepada yang tidak mampu,
pinjaman bank dijadikan sebagai titik permulaan.
Perniagaan mana yang tidak memerlukan modal kan.
Kalau berjaya,alhamdulillah.
kalau agak perlahan, teruskan usaha.
Kalau putus asa, alamatnya lingkup begitu sahaja.

jadi, sejauh mana sistem MLM ini menjanjikan pulangan yang lumayan kepada kita?
Mungkin benar bagi yang kuat bekerja (mencari rangkaian).
Bagi yang hanya sekadar memberi modal dan tunggu rezeki datang bergolek, MLM bukan sumbernya. (dalam apa pun, jarang2 rezeki datang bergolek)

MLM adalah satu sumber pencarian wang.
Tapi usaha adalah tangga segala-galanya.

Kalau anda pandai cakap tapi putar belit,
anda boleh kaya tapi hanya sementara.
kalau anda rajin berusaha di landasan yang benar, insya-allah rezeki di mana-mana.
kalau anda hanya mahu goyang kaki sahaja,
ini bukan tempatnya.

Mengenai hukum hakam tentang MLM, tidak lah layak saya untuk bersuara.
Ini hanya pendapat sosial saya.

Apa pendapat kawan-kawan mengenai isu ini?
Jom kongsi!

5 comments:

Unknown said...

kalau sehingga sanggup buat loan, nak buat modal MLM
rasa mcm sgt melampau lah
melabur untuk sesuatu yang tak pasti lagi hasilnya
lainlah kalau buat bisnes yg lebih terjamin..
hmmm..pape pun, MLM is not for me
selagi mampu elak, elak lah

*lebih suka bisnes yg lebih jelas dan nyata

WaDieQ said...

penah dulu kawan wadi ajak lepak dkt mamak.. tgk2 ramai upline2 dia turun nak brain wash ajak masuk.. time tu tersangat la tensyen

siap tunjuk keta, jam, hp etc kekayaan utk kasi org yakin.. tapi trust me.. tak kemana pun benda ni

Ideologi Hidayah said...

aku sebenarnyer tak de hal sgt ngan MLM ni.. cara marketing diorg je kadang2 buat aku annoying..

aku penah ada pengalaman macam saudara diatas..

kawan lama contact balik tiba2.. aku ingtkan sbb rindu.. rupanya.. nak buat MLM..dia bwak org atas dia dok explain2 segala benda kat aku.. bila aku ckp x berminat.. tiba2 dia marah..

"ni lah org melayu..org nak tlg pun tak nak.. pttlah org melayu mundur.." (dgn nada tinggi).. terkejut aku weyh..

One more thing.. aku tak tau kenapa..aku rasa annoying tgk group budak2 MLM yg bukak FB..pastu pic diorg semua tunjuk gambar diorg makan dlaam pinggan penuh duit.. katil diselaputi duit.. buat duit jadi kertas.. baring diselimutkan duit..

aku x paham apa yg diorg cuba buktikan..huhu..

WNA said...

dayu,
same goes here.lebih suke perniagaan yg jelas dan nyata. tp tak tahu lah suatu ari nti terbukak hati nk buat MLM :P

wadi,
haha kalau mbr roger semata2 nk promote memang bengkek.qemmal pernah beberapa kali pegy talk MLM, belum satu pun melekat di hati.

tp apa2 pun, pada kwn2 yg buat MLM, semoga berjaya :)

dayah,
isk kalau smpi nk underestimate org mmg aku tak suke. nk promote takpe, tp kalau smpi push2 itu main kasar namenye.
alhamdulillah mbr2 aku tade lg yg push2 ni.cume diorg promote kot2 aku berminat. for me, itu tak pe.

kalau yg riak asek la tunjuk duit tuh. ntah ape motif ye.kalau sedekah sket tape gak :P

fakhruddin said...

Bagi aku, MLM ni slaluny fishy gile. Annoying tu mmg annoying, tapi prinsip MLM tu sendiri cam mgambil duit dari org bawahan je. Sape2 yg join MLM tu sedar diri la sikit. Cuba fikir duit tu sebenar2ny dtg dari mana.