Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Monday, February 22, 2010

Pembongkaran misi rahsia di hari minggu.

Nak kata secret sangat tu tak la, saje je nak kasi title menarik sikit.
:D

Hujung minggu lepas Qemmal & Santi menemani Shasha & Yamin pergi kursus kahwin.
Ini bukan teman sekadar teman, ini dapat benefit sama mcm diorg :)
Lepas nieh boleh kawin dah. Haha!

'Yamin & Shasha'


'Dapat senashkah buku gerbang perkahwinan'

Hajat hati dulu-dulu, nak pergi kursus kahwin dengan bakal ehem-ehem. Tu angan-angan la.
Tapi ada banyak faktor lain yang menyebabkan qemmal join diorg last weekend.
  1. Minggu lepas tak da plan menarik, so dari duk umah terlayan cerita hindi, baik la pegy kursus dua hari.
  2. Kalau pergi dengan pasangan, kang nanti tak de teman duk sebelah plak, yela kt kursus tu mane duduk sebelah pasangan. Duk pun jauh2, jeling sikit2 boleh lah, kang jeling banyak tak sedap plak kan.
  3. Sekarang ni tengah ada masa yang terluang baik manfaat kan. Kot la kemudian hari tak dak masa nak pi kursus kawin plak kan.
  4. Dengar2 dari tahun lepas lagi, kursus kawin depa nak buat lama sikit, macam2 depa nak buat kat kursus kawin tu. Tapi sejauh mana kebenarannya, qemmal tak tau.
  5. Sijil kursus kawin ni tak expired, so tak kisah nak kawin 10 tahun lagi pun masih boleh guna kalau tak hilang, insya-allah.

Jadinya sabtu dan ahad baru-baru ni, bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang, kitorg berkursus mendapatkan ilmu rumahtangga. Basically, apa yang ustaz2 duk cerita sama macam silibus masa blaja munakahat time amik degree dulu. Kira ni macam refresh balik la. Cuma add on nya pengalaman ustaz2 tentang masalah2 dan kehidupan di alam rumahtangga. Setiap slot dikendalikan oleh penceramah yang berbeza, ada yang bosan dan ada yang kelakar.

'Masjid negeri Pulau Pinang'

Bila dah pergi kursus kawin ni, dah dengar cerita macam2, nak kate rasa nak kawin pun ada, rase takut nak kawin pun ada. Yela, dah uztaz2 cerita mcm2 hal pasal suami isteri kat Malaysia ni. Dari hal yang basic, sampai lah ke cerita dalam bilik tidoq pun ada. Semua untuk makluman para peserta la.



'Santi, Shasha and Qemmal di dalam kelas'

Sepanjang dua hari tu, macam2 perangai manusia kita boleh tengok. Ada yang jelik, ada yang boleh diterima.
  • Kebetulan peserta kursus sekali dengan qemmal tu ada la segerombolan pemuda harapan bangsa. Yang jelik nya, diorang ni suka buat bising kat belakang, kalau jawab soalan bukan-bukan je jawapan nya. Sekali imbas, macam masuk kelas budak tingkatan 3 yang nakal2.
  • Peserta wanita dan lelaki diasingkan tempat duduk. Ada yang datang dengan kawan-kawan, adik beradik dan juga pasangan masing2. Tak salah pun. Yang jeliknya, setiap kali ustaz bercerita hal2 dalam keintiman pasangan suami isteri, mula lah mata jeling pasangan sambil senyum. Kalau sekali dua takpa, ni dah berpuluh kali kita pun naik cemuih tengok. Haih, macam la dia sorang datang dengan pasangan dia. Huhu.

Tu lah macam2 cerita pasal kursus kawin. Ada yang seronok di dengar, ada juga yang kurang enak kita dengar. Apa-apa pun, qemmal dah lepas kursus kawin, yeay!

Kat akhir kursus tu ada la ujian minda soalan objektif 30 soalan, kami bertiga betul semua! cayalah. :D


'Ujian minda'


p/s: Pergi kursus kawin tak bermakna dah nak dekat kawin ye. Ni qemmal buat statement awal2 kang jenuh nak menjawab. Haha!

p/s 2: Santi&sha - This might be our last class class together. Masa dalam class ni rindu time study dengan U all dulu. How time flies, Shasha is getting married soon. I doa yg terbaek untuk U. Buat Santi, U'rs akan datang nti. Can't wait! :D

6 comments:

shewa said...

uiks ade test?
nasib den dlu takde..fuh fuh

Cik Qemm said...

haha. test ni kalau dapat kosong pun still dapat sijil wa. saje diorg nak wt statistik kot. lg pun sonang jo! haha.

Hami Asraff said...

Wah bagus2! Yen dah pegi ke? :)

Je M'appelle Khairul Anuar said...

Ohohohoho pi dgn kawan2 best sikit bole pecah2 gelak2. sha mcm aunty plak pakai tudung ohohohoh :P

Cik Qemm said...

hami,
yen belum. die tak berkesempatan nk pegy sama2. so die kena pegy sorg2 la nti :D

kerol,
betul3.boleh gelak2 kalau gn kawan2. tade la senyum simpul je.

ish punyela cun si sha kerol kate cm aunty?

AziM@h said...

eh.. kursus ni ade ujian la..