Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Friday, January 22, 2010

Si kecil dan si besar

Seronoknya jadi si kecil,

tidak mengerti apa-apa, tapi menghiburkan hati yang dewasa.

Seronoknya jadi si kecil,

tidak perlu fikir apa-apa, masalah semua tiada.

Seronoknya jadi si kecil,

dunia bagai dia yang punya.


Yang kecil akan jadi besar,

Yang muda akan tua.

Yang hidup akan pergi.


Adam, si kecil penghibur kami.

Kala duka dia lah penyeri.

Kala senyap dia bersuara.




Tanya Adam pada mama,

"Acik, acik pernah sakit otak tak?"

Mama terdiam.

Adam juga diam. Berfikir. Lalu bertanya semula.

"Acik, acik pernah sakit kepala tak?"

Jawab mama,

"Sakit kepala acik pernah, tapi sakit otak acik tak pernah"

Lucu dengan pertanyaan si kecil yang petah berkata.


Usik saya pada Adam.

"Cantik nya Adam pakai baju kuning"

"Hijau lah Along!"

Marah si kecil, tapi comel.

Saya usik lagi.

"Kuning lah!"

Dia cerdik, tahu beza hijau dan kuning.


Keletah si kecil menghiburkan.

Tika semua menyimpan rindu.

Rindu pada dia..



Sempat saya pulang ke kampung minggu lepas.

Setelah selesai kerja di sini.

Saya sarung tudung nenek.

Bau nenek. Mungkin itu terakhir kali.


Selamat malam.


4 comments:

Pocket said...

memang sonok jadi bebudak,
part yg paling besh skali
bila bebudak bleh manja ngan
kakak kakak yg dewasa tanpa
rasa bersalah:)

heheheh.. otak nakalku berlari lg...

n kalau tersilap cakap pun,
tak pernah badan ini merana
kerana nya.. i was just a kid.
tp kalau sekarang silap cakaaapp!
abislah karier ^^

kan ker besh kalau pocket trus jer 10 years old :D

Ms.Independant said...

memang best jadik budak kecil.
takde mslh.
asek hepiii je!!!

nenek kamu suda pegi kah?
takziah kalo btol ye...

Cik Qemm said...

pocket,
haish..first point tu gatai no.

tapi betul,budak kecik tersilap ckp sume org akan maafkan. kalau budak besar? huhu..

how time flies.

kejap je da besar.sigh~


ms.independent,

betul. budak kecik happy je kan.
hmm nenek baru je pegy 3minggu lepas. :(

Anonymous said...

Infatuation casinos? into this modish [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] exemplar and gyp evasively online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also accept our modish [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] orientate at http://freecasinogames2010.webs.com and lure in the course realized folding bread !
another fashionable [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] spot is www.ttittancasino.com , because german gamblers, clock on to unrestrained [url=http://www.realcazinoz.com]online casino[/url] bonus. so check this leading [url=http://www.omniget.co.il]online casino[/url] for free [url=http://www.casinosaction.com]casino bonus[/url] and 100's of online [url=http://www.thecasino.co.il]casino[/url] games.