Pages

Mrs. Q @ Instagram :)

Sunday, January 10, 2010

Hilang tiada ganti.

Arwah nenek, hilang tiada ganti.

Masakan berganti nenek sehebat itu.

Masakan berganti nenek sekuat itu.

Masakan berganti nenek segagah itu.


Akan letih menaip mahu diceritakan kehebatan beliau.

Akan berjujuran air mata mahu ditaip kekuatan beliau.

Akan tersedu sedan mangimbau kegagahan beliau.


"Nenek sihat,nenek ok"

Masih saya ingat ucap kata mulutnya,

Kali terakhir mendengar suara dari telefon bimbit,

beberapa hari sebelum beliau pergi.

Sempat beliau tanya bila saya akan tamat pembelajaran.

Insya-Allah nek, nenek tengok dari jauh ya.


Seisi keluarga menangisi pemergian beliau.

Buka yahoo messenger, menangis.

Buka facebook, manangis lagi,

Angkat telefon, dengar lah esak tangis.

Masing-masing berkongsi hiba.


Atok,

Orang terdekat dengan nenek,

Membatukan diri setelah kehilangan,

Hilang ceria seperti selalu.

Hilang gurau tawa bersama cucu.


Abah,

Peluk atok, menangis bersama-sama.

Berkongsi rasa, 

Hilang ibu mertua tiada ganti.

Ibu mertua persis ibu sendiri.


Amir,

Cucu, 17 tahun,

Sempat nenek berpesan,

"Belajar rajin-rajin, nenek mahu Amir berjaya, 

seperti along dan abang"

Nenek, kejayaan belum milik along, tapi insya-Allah akan Along usahakan.


Ameerah,

Cucu, 8 tahun,

Merah bengkak mata,

Seperti orang lain juga,

Terbau nenek pada suatu masa,

Rindu tak terhingga gamaknya.


Saya,

Tidak sempat nak menghadirkan diri ke saat pemergian,

Tidak sempat menjejakkan kaki di tanah perkuburan,

Namun yang pasti, doa dan ayat suci saya kirimkan.

Tidak banyak tapi insya-Allah masih berterusan.


Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kau tempatkanlah nenek di kalangan orang-orang yang beriman,

Kau tempatkanlah nenek di kalangan orang-orang yang Kau kasih,

Kau tempatkanlah nenek di kalangan orang-orang yang Kau sayang,

Doa saya setiap lima waktu.

Insya-Allah, tempat nenek di situ, saya pasti.


Maaf kalian, ingin sekali saya coretkan budi baik nenek.

Untuk peringatan saya di depan hari.

Agar tidak lupa, agar tidak lupus.

Ingatan saya cetek sekali,

tidak mahu nenek hilang dalam memori.


*candid nenek sewaktu beraya tempoh hari. tak sangka itu raya terakhir kami. ada hikmahnya saya beraya seorang diri di kampung.*

.

Nenek, semoga nenek tersenyum melihat kami!

:)




8 comments:

haja said...
This comment has been removed by the author.
haja said...

i can't stop the tears everytime i read about nenek
even she's not mine
i love her
will miss her...

suara dia terngiang di telinga saya..
serasa mahu ke rumah itu semula..

al-fatihah

Mommy Prince said...

haja- begitulah perasaan kami semua.. setiap kali akak solat dan sedekah kan ayat2 suci buat nenek.air mata ini sukar untuk berhenti dari mengalir..

sukar di gambarkan ..kami kehilangan sesuatu yg tak mungkin ada pengganti

hami asraff said...

insyaALLAH teruskan berdoa. itulah ubat segalanya. saya tak sempat tengok keempat-empat nenek dan atok saya ( belah mak & ayah ). last time waktu tadika. al least qemmal pernah merasai itu. takpe lah, just be strong! insyaALLAH u will :-)

Shewa said...

Qem, be strong..love u always ya dear friend :X

Al fatihah juga

Ideologi Hidayah said...

qemmal.. takziah untuk qemmal & family.. semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. insyaallah..

kulop ludin said...

moga rohnya dicucuri rahmat....
haih... masuk part2 opah nie..
lekeh betoi sayu hati uncle kulop nie...

apple dilla said...

qem, ni arwah nenek u yg drive van tu kn?
she's a super woman!

Al-Fatihah.
takziah to ur family.