|
|
Wednesday, July 29, 2009
Tambang naik?Sehingga membangkitkan kemarahan En.Anon. *Entri ni saya buat tanpa research, jadi maaf dipohon andai kata2 saya tak betul.* . Kali ini saya ingin berbicara tentang tambang kenderaan awam. Dengar2 tambang teksi akan dinaikkan mulai bulan depan. Saya tak pasti jadi atau tidak. Bukan teksi sahaja, mungkin kenderaan awam yang lain juga. Memang tepat pada masanya, naikkan tambang sebelum raya. . Kalau masa minyak naik, tambang bas pun naik 8% (surcharge) - lepas tu tak reti nak turun balik. Agak2 di kesempatan kerajaan kasi tambang naik ni, tambang bas naik lagi tak? Makin jarang la saya balik rumah macam ni. Sebagai pelajar kenaikan tambang walau sedikit memang terasa. . Kalau masa tambang belum naik, harga tiket bas di musim perayaan naik berlumba2, raya kali ini bagaimana pula ya? . Kalau masa tambang belum naik, teksi di Penang cekik kami dengan harga tetap mereka, agak2 dengan kesempatan ini, makin tercekik kah kami? Kita nantikan bulan depan. . Kawan2 rasa apakah implikasi kenaikan tambang kenderaan awam selain yang saya sebutkan? Bukan apa, selalunya kalau ada yang naik harga, tidak semena2 yang tiada kena mengena akak turut sama. . Saya insan kerdil tak boleh nak buat apa. Doa jela yang mampu. "Mintak2 tak jadi" Amin~
12:20:00 AM
Monday, July 27, 2009
Stapler Ungu SayaSejak di marikulasi saya punya stapler ungu ini. Sampai sekarang saya masih menggunakan stapler ungu ini. Saya sayang stapler ungu ini. . Stapler ungu saya comel. Tambah bermakna sebab ada pelekat saya bersama kawan. Pelekat bergambar yang semakin hari semakin pudar. Tetapi nilai sentimental stapler ini makin bertambah. . Inilah stapler ungu saya. Sentiasa saya bawa dalam kotak pensel saya. . Pelekat bergambar 5 kawan baik. Dalam gambar ni muka saya dan susie hanya separuh. Dilah bermuka penuh. :) Jijah dan Ernie di belakang, mereka lebih tinggi dari kami. . Stapler ungu saya. Dah lebih 5 tahun di tangan saya. Masih berfungsi dengan baik. Saya sayang stapler ungu saya. :) Labels: friends
11:59:00 AM
Saturday, July 25, 2009
Baiezura.One of my besties will get engage today, in KL. And I am writing this entry in Penang. Which means, I couldn't make it to her engagement day. Feel bad bout that, but I know she's with her best companion right now. . Baiezura is a friend for life. We've known each other since form 1 in SMPW. And together we both went to TIKL. . Back in school, she always the prefect who loves school rules, and I was the one who broke the rules. But still, that didn't make us apart, until now. . Today Baie will be engage with Alip. (Alip is also my classmate in TIKL.) They both were in love since from 5. *they both prefect at that time and they broke school rule where student cannot couple!* Hehe.. . Anyway, CONGRATES Baie & Alip! Insya-allah I'll attend your wedding day. . Ok, pictures time. All the pictures were taken from friends facebook and friendster :D . Baie is in the red circle while me in the purple one. See the childy faces? We're only 13 at that time and it was our class trip. Location, Desa Water Park. Yan, Zetty and Ayesha were also in the picture! . Baie is in the circle. Form 2, we across the border of KL for our class trip. We take care of each other and gain trust from others parents. Back then, still remember that Pqah's mom tell me to take care of her daughter. "Jangan lupa tutup tingkap, pintu sebelum tidur ya" :) . It was in Port Dickson. Im not in the pictures,maybe Im the one who snap this. This is when Baie and me in TIKL. Civil Power! Ok,the other red circle is Alip. Notice me in the purple circle? Bulat, tembam and semangat. Haha.. . But anyway, my life in school is much happier. Nothing to worry about, just enjoy the school. That may the cause of my fatness! . These couple will get into new stage form today onwards. As a friend, I just can wish all the best. I love you both! Take care of each other kay! . p/s: Sometimes Baie is also my sister. She always treat me like one. We even called ourselves 'kak-dik' in our conversation. Called her yesterday and she sounds happy, glad to hear that! :) Labels: baie, engagement, puteri wilayah, tikl
11:20:00 AM
Friday, July 24, 2009
Saya rasa....saya tak perlu baju raya tahun ni. . Tahun lepas saya ada 3 pasang baju raya. Ketiga-tiga pasang baju raya tu saya pakai tak sampai 3 kali. . Sekali di hari raya. Kali kedua di majlis kenduri kahwin. Kali ketiga (kalau ada) tidak pasti. . Jadi ketiga-tiga pasang baju itu ada dalam almari. Mujur saiz badan tidak berubah maka masih elok la di badan saya. . 1. Adakah perlu saya beli baju baru? 2. Apa kata orang lain, kalau saya pakai baju raya tahun lepas di hari raya akan datang? 3. Saya rasa saya tak perlu baju baru, tapi keinginan baju baru itu ada, macam mana ni? 4. Atau saya pinjam sahaja butik kawan2 untuk berhari raya (lol)? . Persoalan2 di atas akan terjawab di hari raya nanti. Nantikan~ . Tak sampai sebulan ramadhan akan tiba. Teringin nak buat kuih raya sendiri, tapi budget tidak ada. Sigh~
11:39:00 AM
Thursday, July 23, 2009
Bon Odori PenangSebelum apa-apa,kami peace dulu! Qemm, Kak Leen, Santi. Kak Leen melawat adik-adiknya di Penang hujung minggu lalu. Tapi sehari je, hari berikutnya kak leen pulang ke kampung halaman. . Sabtu lepas kami ke Padang Kota, ada sambutan Bon Odori peringkat Penang. . Bon Odori ni start pukul 6 smpi 10 malam. Traffic jam tak ingat la hari tu. Masa pegy ok, tapi time habis tu memang jam betul. . Ramai Penangites pakai yukata pergi Bon Odori, termasuk la housemate saya Cik Yana. Cik Yana ni kalau ade fanatik Jepun. Lol.. Comei kan die pakai yukata? Saya tak pakai yukata, tade duit nak beli. Harga yukata ni satu set boleh beli 3 pasang baju raya kot. :) . Kami rombongan dari USM. Ada dua orang Japanese dalam gambar ni. yang hujung belah kiri tu. hehe.. Kidding! . Ni Kazu-Chan. Kazu ni saya kenal masa masuk kelas tarian Odori. Comei nya orang nye. Umo 25 tahun. . Masa Bon Odori tu banyak ada banyak stall. Dari makanan, pakaian, photoshoot etc. Salah satu nya stall jual souvenirs Bon Odori. . Macam2 fesyen yukata kita boleh jumpa Sabtu lepas. Tengok la sampai baby pun pakai Yukata! Comel! . Antara yang menarik hari tu adalah persembahan tarian. Yang bestnya, kami kat bawah pun sama2 menari! Tengok lah Kazu, Yana & Mikari have fun.. =) . Menarik sambutan Bon Odori ni. Tak silap banyak tempat mengadakan sambutan ni Sabtu lepas. Ada yang datang nak tengok persembahan, kenal budaya orang Jepun, dan ada juga nak pergi shooting. Masing2 bwk senapang :) . p/s: agak2 kalau budaya Malaysia bawak ke Jepun dapat sambutan macam ni tak? Hmm.. Labels: coretan hari minggu, housemates, kak leen
5:53:00 PM
Tuesday, July 21, 2009
Tolong bagi nama.Cik Wan Nur malas mengemaskini blog. Mungkin esok tidak malas. . Sementara itu, kawan2 tolong bagi nama kat patung saya. Cadangkan nama yang comel2 ya :) . Nak nama yang mula dari huruf J (sebab beli bulan Julai). Tapi nama tanak yang kampung2. Yang berbaur lucah juga tak mau. *Huish demand* . Terima kasih . Ok kawan2, cadangan ditutup :) Patung saya diberi nama Jiji. Idea dari En.Palie. Terima kasih ya! Labels: misc
1:28:00 AM
Saturday, July 18, 2009
Mee Sotong Padang KotaHajat hati nak lunch Maggi je semalam. Tapi bile Cik Yana ajak makan Mee Sotong terus tukar menu lunch. . Kalau nak makan mee sotong ni kena lah ke Padang Kota. Kat Padang Kota ni ada 2 medan selera. Medan selera yang kami pekena mee sotong ni kat sebelah Fort Cornwallis. . Time tengahari memang la ramai manusia. Nak tunggu mee ni ada la lebih setengah jam. Kena lah hadapi dengan penuh kesabaran. :) . On the way nak pegy sempat lagi amik gmbr banyak2. Tapi kalau dengan Cik Shasha ni tak sah tak banyak kali click. LOL. . Sampai2 je Padang Kota kitorang terus order, tempat duduk cari kemudian. Kat medan selera ni minuman fav Coconut Shake. Air ni pun lame nak tunggu, kalau tak sabar kena tunggu depan kedai kot, self service. Aa ni la Mee Sotong yang disebut2 itu. Basically ia adalah mee goreng mamak, then disiram dengan sambal sotong. Memang sedap makan panas2. Kalau kawan2 lain suke mee sotong, saya plak order bihun sotong. Mee kuning ni saye kurang gemar sket. Air warna putih depan Cik Shasha tu la Coconut Shake. Lupa nak amik gambar close-up, sebab mase air sampai tu dahaga sangat :P . Banyak lagi yang dikhabarkan sedap di Medan Selera ni. Lain kali saya order menu lain plak ek :) . p/s : Menghitung minit nak amik Big Sist datang Penang. Guess who? Esok saya bg tau ya :D Labels: food, friends, lunch, Padang Kota
1:01:00 AM
Friday, July 17, 2009
Buah oh buah.Rupa-rupanya buah-buahan tempatan ni banyak. Makin lama makin banyak yang saya jumpa. Mungkin kawan-kawan dah kenal lama. . Buah yang saiznya besar2 manggis, isi pun iras2 manggis. Isi tak banyak, macam manggis. Kalau manggis manis, buah ni rasanya masam. . Baru-baru ini Yana beli sekilo buah ni kat pasar malam. Kalau di buka isi nya macam gambar kat bawah ni.. . Yana kata kulit kulit tu pun boleh makan. Saya google tengok ada orang siap buat jeruk lagi! :) . Kawan2 tau nama buah ni?
8:19:00 AM
Thursday, July 16, 2009
Kembang sekejap!Kembang montot,
kembang hidung, semua nak kembang tadi! . Tunggu lif dengan Deputy Dean (DD), dia tanya.. . DD : Eh awak bukan da habis ke? Saya : Belum, tahun dua. Saya sambung study. DD : Owh sambung kat sini? Under sapa? Bla3.. . Conversation tu tak penting tapi nak kembang jugak. Hehe.. Rasa macam dikenali plak among his students. Padahal entah2 die saje2 nak sembang sebab boring unggu lif. LOL. Deputy Dean ni baik tau. *bukan nak amik ati, die pun tak baca blog ni* . Hee tu je nak tulis. :) . p/s : terasa macam duk kat dunia lain bila masuk kelas. Term yang digunakan memang tak masuk la ngan saye ni. Saya alien ke diorg yang alien saya tak pasti. Huhu~ . p/s 2 : kadang2 senyuman yang kita kasi kat orang tu bermakna bagi hari seseorang. Macam jugak kes tadi, DD tu saje nak sembang, saya dah kembang sana sini. Kesimpulannya, jangan lokek senyum or suara tu :D
3:50:00 PM
Pasar MalamDah hampir sebulan pasar malam ni dianjurkan. Pasar malam ni pasar malam paling dekat dengan rumah saya. Nak jalan kaki pun boleh, tapi jauh sikit la jalan kaki. . Saya tahu pun lepas tengok banner ni. Ahad lepas, selepas ke Padang Brown, saya dan Yana singgah pasar malam. *aritu kata nak balik cepat tengok mentor.hiks. tapi sempat je* Pasar malam ni membangkitkan suasana kampung pada saya. Walaupun ia betul2 sebelah highway. . Tujuan kami hanya nak beli rambutan, lagipun perut kenyang baru lepas makan pasembur. . Tapi ada sesuatu yang menarik kami jumpa di sana. Nak tau apa? . Cuba tengok betul2 sign ni. Ada jual Ais Blender :D Pasar malam lain ada? :D Labels: pasar malam, penang, yana
7:33:00 AM
Wednesday, July 15, 2009
Tahniah adik2..Sejak dari minggu lepas berita kejayaan adik2 junior sekolah saya terpampang di website USM. Ada yang berjaya di pertandingan di Mesir. Dan ada yang mewakili negara ke peringkat Asia Tenggara. . Semalam, satu banner ucapan tahniah menghiasi sekolah saya. Apa2 pun, tahniah kepada adik2. Semoga berjaya di masa hadapan. :)
3:58:00 AM
Tuesday, July 14, 2009
Metrojaya Warehouse Sale 3#Saya ke warehouse sale sekali lagi Ahad lepas. Kali ni bukan untuk beli2 tapi teman kawan2. *ok, saya tipu, ada beli sikit* . Tapi ziarah kali ni tak lama, sebab dah tau ke mana hala tuju dan orang ramai tak macam 1st visit. .
Plastik diguna pakai sebab tengok condition plastic pun dah renyuk2. . Pumpkin belek2 wallet, tapi tak beli pun. Duk usha2 je. Nak wallet baru ke? :) . Yana dan 'tangkapan' nya.. Lol. Itu untuk parents dia. Cemana la nak bawak balik KL tuh. Huhu.. . Kawan2 dan habuan masing2. Saya lenggang kangkung je :) . Selesai di PISA, kami cari tempat hilangkan dahaga. Mula2 ingat nak lepak Gurney Drive makan Pasembur, tapi tengok cuaca mendung je. Jadi Padang Brown destinasi seterusnya. . Dah sampai sini tak sah kalau tak makan cendol. Yana yang mula2 nak ABC pun tukar menu.. :) Cendol ni RM1.50 je semangkuk. . Pumpkin plak order ABC. Tak tau la berapa RM ni. .Yana kata Pasembur kat sini sedap, so kami pun mulakan sessi pilih2. Kalau tak pilih sendiri nanti semua mamak tu bubuh. So better kita pilih apa yang kita nak je kan. . Jeng jeng jeng.. Ni pasembur yang da siap :) RM6.00 .
Ada orang tu tak makan sayur. RM6.00. .
Masing2 dengan makanan. Tengok saya punya pasembur macam bukit kan? :D . Kami balik sesudah siap makan, tak boleh lambat, nak tengok Mentor final! Labels: coretan hari minggu, food, friends, padang brown, penang, PISA, pumpkin, sale
6:34:00 PM
Asam CelagiSaja nak share something yang saya suka. :) . Bungkusan warna warni. Pink, Hijau, Kuning, Putih. . Pernah tengok bungkusan2 begini? Ini adalah sweet masam manis yang saya suka. Kalau balik Kelantan mesti beli ni kat pasar. Satu paket RM1 sahaja. . Tak tahu la kalau kat negeri lain ada jugak manisan ni. Tapi sejak kecik memang saya suka ni. Baru2 ni pun ada beli sepeket. . Kalau bukak bungkusan warna warni tu, akan ada satu lagi plastik yang balut manisan. Comei je manisan ni, sekali masuk mulut je. . Kalau dah bukak plastik lutsinar ni, ini la rupanya. Asam celagi yang bersalut gula. Rasa nya masam2 manis. Lebih kepada masam kot :) . Ni plak bungkusan asam celagi ni. Siap ada alamat lagi tu, kalau nak boleh telefon ye :) . p/s: Asam celagi juga dikenali sebagai asam jawa. Dalam bahasa inggeris nya, tamarind. Labels: food
3:54:00 AM
Monday, July 13, 2009
Monday is a day....without plastic bag! (for Tesco & Sunshine supermarket, dunno bout others) .
. An hour ago, Pumpkin and I went to Tesco to buy some stuff. Glad, I only buy 3 small things because today no plastic bag will be given! . But Pumpkin bought a large bottle of ice lemon tea and 2 boxes of soya bean, and he was lucky having me! *big smile* Why? Coz I brought a plastic in my sling bag! :) . So friends, remember to bring plastic bag to reuse it! Save our world, love our nature. . p/s: In USM, everyday is a no-plastic-bag day. Even polistrine is a no no in USM. :) Labels: penang, sunshine, tesco, USM
11:55:00 PM
Khaleel Kedai MamakMinggu lepas buntu nak makan malam kat mana. Hari2 makan kat luar sampai semua kedai dah diteroka. . Jadi saya, Yana dan Pumpkin ke Restoran Khaleel. Kalau kat Penang ni ada beberapa cawangan Khaleel. Tapi yang kami pergi adalah Khaleel yang boleh mengimbau kenangan lama. . Dulu2 masa tahun pertama, restoran ni la paling dekat dengan hostel. Kalau sekarang dah banyak pilihan kedai makan melayu, Marrybrown pun dah ada. Dulu kami layan Khaleel je la hari2. Sampai ane@waiter Khaleel bole cam kalau geng tak cukup. . Dulu2 seronok pergi Khaleel.. Nak makan tom yam pun kat situ. Nak makan nasi goreng kampung pun kat situ. Nak makan nasi kandar pun kat situ. Nak makan chicken chop pun ada! . Dan yang paling best, sambil makan boleh cuci mata. *agaknya sebab tu dulu mata tak gatal cam skang, hiks* Boleh katakan tiap2 malam dinner kat situ. . Oh ya, berbalik kepada motif asal. Saya bukan nak promosi Khaleel secara percuma, cuma beberapa hari lepas semasa saya tapaw air, saya dapat plastik cop Restoran Khalel! Mungkin dah lama dah plastik ni wujud, tapi sebab saya jarang sangat makan kat situ, apatah lagi nak tapaw makanan. Maka itulah pertama kali dapat plastik Khaleel. . Tat ta da da.. plastik cop Khaleel! . Labels: penang
8:23:00 AM
Saturday, July 11, 2009
Metrojaya Warehouse Sale #2Ni saya nak reveal apa yang saya dapat semalam. Tapi tak semua saya reveal la. Kongsi sikit2 je. Lain2 biar lah rahsia.. :) . Silkygirl 2 way foundation. RM15.00. Normal price : around RM20++ . Teddy bear from Cik Comei :) Thank you so much Cik Comei. RM 20.00 Normal price : RM39.90 . Amacam? Murah tak? Banyak lagi yang murah2. Jom pegy PISA, esok ingat nak pergi lagi. :P
10:54:00 PM
Metrojaya Warehouse Sale #1Entri before ni saya cakap nak pergi PISA kan? Nak tau ada apa? Ada METROJAYA WAREHOUSE SALE!! *haha dah reveal kat tajuk entri sebenarnya* . Ni third visit saya ke Metrojaya Warehouse Sale ni. The first&second time was last year. Pergi dengan dua housemate yang minggu ini tiada itu. *faham ke ayat kat atas ni? mcm lintang pukang je* Sampai pergi dua kali sebab first time pergi time dah nak tutup. Tapi kali ni rasa nak pergi 2 kali jugak :P . So, apa yang best kat Warehouse Sale tu? After office hour, saya dan Cik Comei trus berdesup ke PISA. Tak ramai lagi time kami sampai, mungkin hari ni hari bekerja. Sale ni start semalam lagi. . Refer to banner kat atas ni, sale dari 9-12 Julai, tapi katanya Shasha yang dapat SMS dari metrojaya, sale ni extend sampai Isnin. Apa lagi orang Penang,pakat serbu ramai2! . Tengok banner ni sale sampai 70%, tapi bukan takat tu je, ada yang sampai 80% tau! Tak percaya? . Ha.. saya tak tipu punya, ni Akemi buat sale up to 80%. Kalau sesape cari hadiah kawin sesuai la skang ni. Hehe..untuk sendiri pakai pun boleh jugak :) . Masuk warehouse sale ni semua beg kena masuk plastik oren tu. Tengok beg kitorg yg cun2 semua dah tersorok. Pastu semua orang dapat beg besar yang biru tu, diorang saje je nak kasi shopping byk2, Strategi betul! Tapi kami berdua kongsi beg biru, konon2 tanak shopping banyak :P . Ni perfume roll on Silkygirl, RM5 dapat 2! Tapi saya tak beli pun, ni snap untuk korang tengok :) Macam2 ada la kat warehouse sale ni, dari pakaian dalam, baju, beg tangan, kasut etc. . Yang best nye ada Happy Hour, so korang pasang telinga dengar ape yang diorang mark down harga tu. Setiap sejam akan bertukar barang. . Ni ha die Cik Comei saya ralit tengok barang. Dengan teddy nye ke hulu ke hilir.. :) Rambang mate dah jadi. hehe.. . Saya pun dapat satu teddy dari Cik Comei :) Ni tengah pilih mane lagi sedap peluk. Tiga2 teddy ni setiap satu nya RM20 ke bawah, best tak? :) . Huh ni tempat make up, perfume dan yang seangkatan dengannya. Kat sini saya beli compact powder, sebab skang dah nak habis da.. Kalau selalu beli RM20++, kat sini saya beli bwh belas2 RM je. . Service kat sini pun ok. Even ramai orang serbu, tade la service crew yang kerek2 so far. Siap ada pak cik offer diri nak amik gmbr kitorg lagi :P Tu dia,bergambar dengan beg2 plastik :P Ni sebelum bayar lagi, tengok beg biru kat bahu Cik Comei tu, kembung semacam je, isk3.. . Time round2 kat PISA tu takde la rasa penat or bosan pun. Tapi tak ley la lame2 kat situ nanti terbeli banyak plak. Lepas bakar duit kami pergi minum2 isi perut. . Tengok gaya dua2 lepas shopping. Baru la rasa penat sikit. Tapi puas :D . Lepas dah penat membeli belah pergi jumpa buah hati plak. Paksa Pumpkin turun teman kitorang berdua makan. Lagipun Pumpkin nak balik kampung amik barang, so esok tak dapat jumpe*gedik*. Nanti kalau rajin saya reveal sebahagian yang saya dapat kat warehouse sale tu ya! . Till then, saya chow dulu! . Tips dari saya: 1. kalau nak pape masuk beg je,tayah pk banyak kali. *Ewah* 2. Kalau tak nak spend banyak, jangan bawak cash banyak. Credit card? Tinggal kat rumah *hehe* Labels: jalan-jalan, PISA, sale, shopping, yana
1:15:00 AM
Friday, July 10, 2009
Biskut Brand HajarHajar housemate saya balik bercuti di kampung sebelum mula pengajian. Dah hampir seminggu dia balik Johor, hari ni baru nampak batang idung dia online. . Tup tup, tak sampai 15 minit masuk, dah mintak diri. . Tengok tu, tak sempat bergosip bagai pun. ![]() Ok lah, see you when i see you.. . p/s 1: Hujung minggu ni tinggal saya berdua dengan Yana. Hajar takde, Santi pulak pegy tingkatkan jatidiri di BTN, Pumpkin balik Alor Setar. . p/s 2: Kejap lagi nak pegy PISA. Nak tau ada ape? Jom lah jumpa di sana... Hehe.. Labels: housemates
3:41:00 PM
Thursday, July 09, 2009
Mata Kesayangan HambaIngat lagi beberapa hari lepas saya mengadu mata gatal? . Tengok mata kiri saya merah. Ni hari pertama saya start sekolah, Isnin lepas. Tak cun langsung mata merah sebelah, tapi nasib tak dua2. Confident diri terus down, rasa kurang comei hari tersebut. Tade kena mengena! Haha.. . Jadi setelah dibebel2 dan kegatalan melampau, saya ke farmasi berdekatan nak beli Cetrizine. Pharmasist kat situ kata Cetrizine ni untuk itchy&watery eyes. . Ni la ubat yang lecturer saya recommend, Cetrizine. Sepapan ni RM5.00. Makan sekali sehari. . Semalam mata saya gatal lagi. Kebetulan Santi pun nak ke klinik, beliau tak sihat. Jadi saya pun merajinkan diri jumpa doktor. Doktor kata saya alah habuk. Jadi doktor bagi saya 3 jenis ubat. . Ubat ni kena titik setiap 2 jam. Ala-ala eyemo, tapi ni tak sejuk macam eyemo. Tadi baru lepas titik, rasa mcm turun ke anak tekak plak. Cepat2 nimun ribena kasi manis tekak. . Doktor bagi saya Cetrizine jugak, ubat ni untuk pagi. Tak mengakibatkan mengantuk agaknya. . Balik rumah saya cek koleksi simpanan ubat saya, rupa-rupanya saya ada Cetrizine dalam peti sejuk. Ubat masa selsema tempoh hari. Jadi sekarang saya ada stok ubat untuk setengah bulan :P Banyak koleksi ubat saya, kalau tak pulih lepas habis ubat ni tak tau la. :( . Doakan mata saya baik ye. . p/s: hari ni dapat tau nak dpt cousin baru lagi. hehe best2. anak buah baru bile kak? lol.
3:01:00 PM
Wednesday, July 08, 2009
Hari transformers terlambat!Ya, saya agak terlambat tonton Transformers. Tak mengapa, tak terkilan pun. Tapi walau terlambat, pawagam masih penuh dengan manusia taksub Transformers. Seat pawagam sendat sampai barisan hadapan. . Isk3, sampai begitu sekali penangan Transformers ya! Agak2 nya bila cerita dari tanah air kita nak macam ni kan? Ok, cukup2 pasal transformers, kita cerita pasal makan. Nak review cerita pun, semua dah tau kot :P . Selepas menonton, kami isi perut di Johnny's restaurant. Layan steamboat panas2 selepas lebih dua jam sejuk dalam panggung. Sedap, tambah2 lagi sebab ada orang belanja. Terima kasih ya Cik Comel :) .
Mereka tonton Transformers dua kali. Saja nak teman saya :) . Kanan Pumpkin, kiri saya. Pumpkin senyum ikhlas, Yana suruh senyum betul2, itu la result nya. . Saya minum Thai Tea. Saja nak rasa, selalu minum Malay Tea je.. :) . Antara gambar yang sempat di ambil, masa makan dah tak ingat nak ambil gambar dah.. . Anyway, steamboat kat sini best, memang saya suka dari zaman remaja lagi. Tapi tak boleh makan selalu, sebab kalau datang sini makan banyak :) . Ok lah kawan2, esok saya da kelas.. Minta diri dulu! Labels: coretan hari minggu, food, friends, jalan-jalan, pumpkin
12:18:00 AM
Tuesday, July 07, 2009
Mulakan hari dengan senyuman..Setelah lama tak berjalan kaki pegy kelas, hari ni saya jalan-jalan pegy kelas. Tak lama pun, 20 min kalau jalan laju-laju, 30 min kalau jalan slow-slow. Selalunya merempit dengan En.Ego kepunyaan Hajar. Tapi En.Ego ikut tuannya balik kampung beberapa bulan. Maka bersenam lah saya mulai minggu ini. Tapi semalam Cik Yana ambil pegy kelas, manja nya saya :) . Pagi tadi breakfast sambil jalan-jalan. Grab biskut dan Kit Kat, mulakan langkah untuk ke kelas. Sampai di pondok guard, ada seorang abang guard dan seorang kakak guard. Dari jauh dah dengar yang abang bersuara.. .
. Saya senyum sinis sambil sedekah jelingan Nak marah tapi rasa lucu, nasib tak tersembur biskut. Perjalanan ke kelas diteruskan... . Hari dimulakan dengan senyuman, yang sinis :) . p/s: Selamat hari Lahir Abang Nain :)
11:34:00 PM
Monday, July 06, 2009
The journey continues..I have my first class for this semester in the evening. Hope everything will be smoothly this semester. . Amin
10:30:00 AM
Dear Mummy,(Mummy is Ayah Long's ex-wife, my dearest auntie) . Mummy, I always adore you. You're the iron women for me. You're strong, being alone without a man by your side. I don't think I can be as strong as you are. Sometimes I wonder how you live your life. But I know, you're proud to be a mom for your prince and princesses. . Mummy, I know you will get well soon. I just can pray for you from here. For you sist, dont worry, mummy is the iron women. We both know she's strong, right? Just pray for her in every solat, and she'll be ok. . Love, Along Labels: wish
12:57:00 AM
Saturday, July 04, 2009
Cerita sagat hati.Tengok je gadis comel bawah ni, sure korang tau apa yang saya nak kata. Apa lagi kalau bukan Nur . Rata-rata kawan-kawan dah buat review cerita ni. Saya yang terlambat. Semalam baru episod 6, tapi drama ni debomb macam transformers. Eh, yeke? . Setiap episod cerita ni ada je part yang sayu. Bergenang air mata ni ha, lagi-lagi saya selalu layan cerita ni sorang2. . Kalau lah ada gadis macam Amina ni, diharap tabah ye. Bahagia pasti ada dimana-mana, insya-allah. . Suka jugak watak Siti Sarah ni. Even kadang2 menyampah. Gedik tak bertempat, tapi bila fikir2 balik, budak2 lagi dia.. . Sekarang watak bertudung dah jadi watak utama tu. Rakyat Malaysia semakin terbuka hatinya. Alhamdulillah.. . Adam, memang menyampah sebab sesuka hati tinggal Amina. Ada ke orang keras macam ni? Dapat bini baik cukup budi pekerti ditinggal-tinggalkan.. Isk3.. . Tapi walau keras hati, dia manja. Cepat terluka. . Gambar Fizz Fairuz tak jumpa plak. Dia ni memang favourite aktor lah! Cair saye kalau dapat laki macam Aidil ni. . Apa-apa pun, drama ni memang superb! Rasanya tak payah nak bagi tau apa yang superb pun korang tau sebab apa kan? Cerita sagat hati, dan kadang2 buat kita sedar apa yang kita lupa. . Kalau Amina yang tersagat hati boleh hadiahkan bacaan quran hari2, kenapa tidak kita. Kalau Amina yang membawa diri boleh berjaya mengharungi hari, kenapa tidak kita. Kalau Amina sopan litup tutup diri, kenapa tidak kita. . Mari sama-sama fikirkan, selamat beramal :) . p/s: gmbr2 ni saya google je. Gmbr Adam tu credit to En.Budiey Labels: movies
2:12:00 AM
Thursday, July 02, 2009
Mari Berkenalan!Saya ke pasar malam petang semalam. Jumpa buah ini. Sape tahu buah apa? . Ini baru kali kedua saya jumpa buah ni. First time beberapa tahun lepas di Perlis. Masa hantar adik saya masuk UiTM. Kat pasar malam jugak! . Rasanya masam. Kecil molek isi nya. Hajar kata macam buah rambai. Kawan2 pulak macamm mana? . Nak tengok isi buah ni? Haa tengok gambar bawah ni.. . Jarang2 jumpa buah ni. So far dekat KL saya tak jumpa lagi. Tapi i ni malas pegy pasar. (antara sebab musabab tak kenal sayur, ikan dll) . Ok la kawan2, saya undur diri dulu. Nak tau buah apa? Teka dulu, nanti saya bagi jawapan :) . UPDATED : Buah Jentik :)
5:03:00 PM
Wednesday, July 01, 2009
Gatal mata.Mata gatal.Ke saya gatal?Since last week mata ni asek la gatal. Tapi selalu je mata saya cam tu. . Cik Yana dah bising2 suh pegy jumpa doktor mata. Lecturer saya plak suruh beli Cetrizine kat farmasi. Pumpkin tak habis-habis suruh letak eye-mo. Saya iya kan jela semua, tapi satu action pun tak buat lagi. . Bangun pagi tadi mata saya merah lagi. Mesti saya gosok masa tido, mana nak sedar. . Kadang-kadang rasa nak bukak mata dan cuci bersih2. Mata, oh mata. Saya sayang mata saya ni. Tak mau la merah2 lagi ye. Tak mau la gatal2 lagi ye. Please.. :)
10:53:00 AM
|