|
|
Sunday, May 31, 2009
Kempen Bebas Tembakau.Buka surat khabar hari ni, merata-rata cerita pasal rokok. Rupa-rupa nya hari ni hari bebas tembakau! . So blog qemmal pun akan berkempen hari ni. Mari kita racun kawan2 suruh berhenti hisap rokok. Tapi qemmal faham la, orang kata bila dah addicted ni susah nak stop. Takpe, pelan2 kayuh.. . ![]() . Kalau nak cerita pasal kesan merokok rata2 dah tau. Tapi dah tau pun hisap lagi ek? Atok qemmal yang dah kena sound dengan doktor pun hisap lagi. Cuma akan kurang kan lah sehari2. . Macam2 ada dalam sepuntung rokok ni! . Kepada smoker di luar sana,perlahan2 la berhenti merokok ye. Untuk kepentingan bersama. Orang2 sekeliling anda sayang kan anda. . Adik saya suh tambah.. "Lu pikir la sendiri!" . Ciow! Labels: info
12:04:00 PM
An outing with..the boyz.. . Sekali sekala outing dengan adik2 seronok jugak. Kami tiga beradik ke Alpha Angle semalam. Tujuan asal nak redeem birthday kupon mama je. Dah banyak hari nak pegy tapi tak kesampaian. . Ini la kupon yang di tebus tu. Dapat kat qemmal, mama bagi. Ngee~ . ![]() Kami bertiga la yang tebus kupon tu. Then adik2 qemmal sempat la main game. Tapi diorang ni tak reti main, takley beli token banyak2, rugi. Haha.. . Penuh konsentrasi! . Dan kami tapaw Big Apple :) Beli half dozen cukup la untuk family kecik kami. . Labels: adik, amir, coretan hari minggu, family
1:58:00 AM
Saturday, May 30, 2009
Get well soon dear :) Semalam after I read this post from Dayana, I found that my besties, Pqah was not well. . Dari last week lagi beliau demam, sebab I ada text dia. Tapi tak sangka melarat demam dia sampai sekarang. . She warded from Wednesday, tapi dah keluar tadi. So since I pun nak pegy beli tiket kat Greenwood, and her house juz nearby, I drop by to say hi. . So dear, hope you'll get well soon. . Keciwa tidak dapat hang-out dengan kamu kali ini. Tapi tidak mengapa, lain kali masih ada kan? . muah2 untuk kamu!
1:50:00 AM
Friday, May 29, 2009
Tribute to TIKLNic ada bagi tau, junior2 dorm Mawar ada post video kat youtube. So saya pun search la, nak tengok perkembangan dorm mawar. . Seronok je tengok adik2 letak video cam ni. Dulu kitorang tade pendedahan macam ni. Gambar kat dorm pun berapa kerat la sangat. Bertuah korang, dapat abadikan kat youtube lagi tu! . Maaf ye adik2, akak tempek video korang kat sini. Saja nak kongsi dengan kawan TIKL yang lain. . Dorm Mawar tu macam tak berubah je. Hiasan tampal2 tu biasa la every year berubah kan. Siap ada ex-katil saya tu kat video ni. Haih, bikin rindu. . Pastu jumpe la pulak video budak2 APD buat, Amanat Cikgu Zuraidah. Cikgu Zuraidah ni tak mengajar saya pun dulu. Tapi dengar amanat die kat sini buat saye sebak je. (Even tho amanat ni untuk junior2 batch tersebut.) . Last but not least, video tepuk TIKL. Dulu masuk2 je sekolah ni kena praktis tepuk TI. Lepas tu macam2 jenis tepuk la pulak muncul. Tepuk menyampah, ada kan? Saya rasa sekolah lain pun mesti ada kan. . Hmm malam ni malam memperingati TIKL. Technical Institute of Kuala Lumpur. . Labels: tikl
12:42:00 AM
Thursday, May 28, 2009
A simple day,...but wonderful! . Semalam juga adalah hari saya makan banyak! Betul, tak tipu! . Hajat asal nak lepak minum-sembang-kosong dengan Nic. Kebetulan pulak Kak Leen cuti dan ajak lepak skali. Jadi kami berdua join la Kak Leen dan rakan sekerjanya, Siti. . Kami sampai awal daripada Kak Leen di midvalley, dan berjumpa dengan classmate yang tengah praktikal skang, PakOne. Jadi kami lepak2 teman PakOne lunchie. Orang praktikal belanja kami Carls Jr, hehe.. . First time kami ke Carls Jr, so saya order fries. PakOne recommend this.. nama nya saya lupa, tapi ada words: chili, cheese, & fries. . Sedap, recommend habiskan time fries masih lagi panas. Sebab nanti gravy nya lembik kan fries. Ada daging dalam gravy nya itu. . ![]() Penaja lunchie ada lah jejaka berbaju hitam. Gurl chomel itu Nic. Dan yang paling kiut pulak..ehem3, saya :) . PakOne dan Nic makan burger each of them. Time tu saya tak mampu nak makan burger, sebab dah makan nasi kerabu mama kat rumah. . Sembang2 sampai refill air 2 kali, PakOne mengundurkan diri.. Die kena ke site pulak lepas tu. By the way PakoNe, thanks for the lunchie ya! Dan ingat, kalau nak lepak jangan segan2 ajak saya. Hehe.. . PakOne balik, pelakon utama pun datang.. Jeng3.. Teman Kak Leen&Siti hilangkan 'dahaga' kat food court, Teman diorang shopping, dan kitorang pun.. makan lagi! . Kali ni dinner plak. Kak Leen pilih Paddington House of Pancakes. Kitorang semua tak pernah masuk pun restoran ni. Jadinya kena study menu la dulu. . Saya&Nic sepakat nak kongsi meal. Nak makan light2 jer.. Kak Leen & Siti plak order each of them 1 meal. . Tak sangka portion meal2 kat sini besar2. Pancake yang dihias dengan fruits. Nasib lah dah sepakat nak kongsi. :) . Nama nya tak ingat dah. But basically pancake yang dihancur2, potongan epal, raisins & satu scoop aiskrim. . Siti tak berapa suka meal die, katanya rasa kosong. Bagi kami ber3, meal ni ok2 saja. . Ini macam nak makan 2 orang punya meal. hehe.. Pancake kat bawah, strawberries, apricot, banana, raisin, almond dan 3 scoop aiskrim kalau tak silap. Whipped cream pun ada. . ![]() Saya, Siti, Kak Leen & Nic. @ Paddington House of Pancakes. . For the dinner, thanks to Kak Leen. Jalan2 dah, makan dah, hari pun dah gelap. Masa untuk balik rumah masing2. . . Simple kan hari saya, tapi best. sekian. . . p/s:Balik rumah saya makan lagi tau! Masya-allah..Huhu.. Labels: carls jr, jalan-jalan, kak leen, nic, paddington
5:25:00 PM
Wednesday, May 27, 2009
Man Utd vs Barcelona.Kalau lah tak silap saya, kejap lagi ada game Man Utd vs Barcelona kan? Tapi yang pasti nya, saya spot fan Man Utd di midvalley. Meliar mata saya cari orang pakai baju Man Utd. . Saya ada bukti bergambar, nak tengok? Tapi tak banyak la dapat, sebab dah separuh hari baru terkedek2 nak snap fan Man Utd ni. . Antara yang sempat saya snap. Mintak maaf la saya curi2 amik gambar kalian. . Tengok, siap ada baby Rooney lagi! Chumel. . Saya dah pakai baju Man Utd semalam. Hehe.. . p/s: Pumpkin masih bersedih. :( Labels: football
11:40:00 PM
3 dara maniss....outing di Putrajaya! . Hari ke-3 bersama Dilah, dan hari ke-2 bersama Susie. Kami merancang untuk ke Putrajaya hari isnin, tapi atas sebab2 tertentu ditunda ke hari selasa. Apa-apa pun, outing ngan korang memang best! . Lepas office hour semalam, kami bertiga meluncur ke Putrajaya. Perjalanan ke Putrajaya rasa sekejap sangat bila dengar celoteh Cik Adilah. Hehe.. Sedar2 je kami dah sampai. . Tujuan ke Putrajaya adalah untuk melihat keindahan Putrajaya. Excited tak terkira. Ntah pape je. Al-maklumlah kali terakhir ke sana saya pun tak ingat bila. Ini baru kali kedua ke sana. Macam jauh sangat je Gombak dengan Putrajaya kan? . Kalau betul tepuk tangan sendiri ya! *Hoyeh* . Dalam banyak2 gambar, saya suka gambar beliau yang ini. Sebab tu saya tempek di sini. . Subhanallah,cantik! . Binaan yang cantik. Tapi semua jambatan kat sini cantik2. . Dua orang engineer dan seorang pelajar. Saya pakai baju Manchester tu! Hehe.. . Sempat lagi kami singgah di pasar malam. ABC ROCK jadi pilihan saya. . Kami pusing2 putrajaya sambil menikmati pemandangan. Jalan pun main redah je, tapi tak banyak kereta pun, kalau nak belajar memandu pun boleh rasa nya. Haha.. . Jalan2 sudah, klik2 gambar sudah, tiba la masa untuk makan malam. The best part was, kami ada penaja makan malam! Jadi kami ke destinasi seterusnya, Kajang. Perjalanan ke Kajang sangat lah mencabar.. . Dah sampai Kajang ape lagi, sate la! Memang sebati dah Kajang ni dengan sate. Mana2 pegy pun akan ada sate Kajang kan? . Restoran pilihan kami ialah Haji Samuri. Haji Samuri ni kat kawasan rumah kami pun ada. Tapi apa lah salah nya pekena kat Kajang plak. Besar restorannya, ada beberapa tingkat. Saya tengok siap ada kedai cenderahati lagi, tapi belum bukak kot. . Kitorang order sate ayam, daging & perut. Semua nya Ejoy belanja! Ejoy,thanks ya for the dinner. Lain kali belanja lagi. :) . Suka luangkan masa dengan kamu berdua. Happy2 selalu ya! . Bila la saya plak nak jadi jurutera ni? . Ini kawan2 masa matrik gopeng dulu. Bila hang out sama2 macam ni, mula la rindu kat sekor2. Isk, ntah pape lagi.Haha.. . Korang, thanks for the sweet time. Nanti ketemu lagi! Labels: dilah, friends, jalan-jalan, susie
3:36:00 AM
Tuesday, May 26, 2009
Siapa penduduk Pekan Razaki?Ipoh, 26 May 2009 - Kawasan perumahan di Pekan Razaki, Ipoh tidak selamat! Pagi ini, sewaktu Pumpkin menduduki peperiksaan akhir di tempat pengajian beliau, satu kejadian pecah rumah telah berlaku. Rumah Pumpkin telah dicerobohi dan mengalami kerugian kira-kira RM13,ooo. Empat buah komputer riba, satu permainan PSP dan enam buah telefon bimbit telah dirompak oleh tak-tahu-sapa. Kejadian tersebut berlaku di antara pukul 8.30-10.30 pagi semasa kesemua ahli rumah tersebut menduduki peperiksaan. Ini merupakan kali kedua komputer riba Pumpkin dicuri. Kali pertama kejadian berlaku awal tahun ini. Pencuri yang telah mengambil kedua-dua komputer riba Pumpkin saya nescaya akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat nanti. Laporan polis telah dibuat tapi saya percaya tiada apa yang dapat dilakukan sepertimana kes yang pertama tempoh hari. Kes-kes sebegini selalu nya dianggap remeh temeh tapi bagi kami pelajar, mungkin komputer riba adalah harta yang paling bernilai (macam saya). Lu perompak ingat kitorang student banyak duit ke nak beli komputer riba? Lu pikir la sendiri. Saya agak emo kali ini sebab saya kesian kat Pumpkin yang dua kali kecewa kehilangan komputer riba peneman di kala sunyi. Komputer riba jugak la penghubung untuk kami ym tau!! Saya nak berhenti menaip, tapi ingat lah penduduk Pekan Razaki Ipoh, kawasan anda tak selamat.
![]()
3:31:00 PM
Dikir oh dikir.Saya search video dikir barat kt youtube. Tetibe rindu dikir barat plak pagi2 ni. Yela dulu masa sekolah2 gila dikir barat. Sampai luka buku lali ralik duk dikir. . Jumpa la macam2 lagu dikir barat. Rupenye banyak lagu2 orang pantai timur ni kat youtube ye. Youtube ni macam2 ada la. . Ni qemmal share satu lagu dari Adik Wani ek. Banyak gak lagu minah ni. Tak tau la skang umur brape ni. Layanz.. . . Di celahan orang melayan lagu pop, indie dan macam2, qemmal plak rindu kat dikir barat. Adoi~ Labels: share
12:27:00 AM
Monday, May 25, 2009
Karaoke dalam kenangan![]() . "Karaoke has been my passion." Haha lawak la plak buat statement cam tuh. Tapi saya pernah la rasa addicted dengan karaoke. Budget suara sedap macam Ella la. Hehe. Tapi bile karaoke selalu syok sendiri pun. Biar la orang kat tepi2 nak kata apa. . Masa dalam bilik karaoke melalak tak ingat. Suara-sumbang-mambang pun tape. Bila keluar bilik karaoke haruslah buat muke confident. As if suara-sumbang-mambang bukan kita yang punya. . Tapi sekarang, atas sebab-sebab tertentu, saya kenakan self-punishment. No more karaoke sampai lah pada masa yang ditetapkan. (masa hanya akan direveal lepas self-punishment selesai) Puasa karaoke sementara waktu. . From now on (sampai habis puasa), saya hanya boleh menyanyi2 di depan lappy. Housemate sekalian, sila tadah telinga anda ye. . Dan sadly, saya tak dapat join. . Maafkan saya belog ini terumbang ambing bahasanya. Nescaya pencinta bahasa benci saya, ampun!! . . p/s: ada orang service Elken datang rumah. Sekali lagi orang tanya mama cikgu ke? Tengok, kan saya dah kata ramai yang ingat mama cikgu.hehehe.. Labels: saya
12:06:00 PM
Bila 3 dara manis bertemu..Kasi la 24 jam pun tak cukup. Ini kan pulak pertemuan 2 jam, mana cukup? Memang rasa berat je bontot nak bangun. . Beberapa jam yang lepas saya jumpe dengan 2 besties. Dilah & Susie. Mulanya tak tahu nak ke mana. Nak lepak2 tukar cerita je pun. Lame tak jumpe kan. At last Susie bawak ke Pappa Rich kat Setapak. . Lama saya tinggalkan KL rupenya, banyak kawasan perniagaan baru yang saya tak tahu. . Susie & Dilah bergedik santai depan PappaRich. Gambar gelap sikit, eh gelap banyak. . Bergedik santai dalam PappaRich pulak. Susah nak dapat gambar Susie yang still. Asyik gelak je keje nye. Susie yang bertopi, manakala dilah yang satu lagi. . Kami lepak minum, sambil2 cubit roti, dan bercerita hal masing2. 2 jam lepak bersama macam2 kami cerita. Kalau boleh nak extand masa, tapi abah&mama dah pesan jangan balik lambat. . Soya ni die wat macam ice blended. Sedap! .
![]() PappaCharm, Dilah order. Pahit. . Kepunyaan Susie. Saya suka, boleh buat kat rumah ni! . Insyaallah kita ngedate lagi ya! Tak puas hanya 2 jam. . Muah3! ![]()
12:11:00 AM
Sunday, May 24, 2009
Betik & ikan keli.Kedua-dua nya saya suka. Kalau tahun lepas orang2 di utara digemparkan dengan betik berbaja najis babi. Sekarang pula pengusaha terbongkar rahsia pengusaha ikan keli . ![]() Diambil dari artikel Kosmo. . Isk, kisah betik tahun lepas buat saya 'puasa' betik lebih setengah tahun. Ikan keli pulak? Aiyoyo.. Kembang tekak. Tak patut la diorang buat macam ni. Siap buat statement tak jual kat Perak, jadinya orang2 Perak selamat la ek? Nampaknya lepas ni makan pecal ayam saja la. Mama kata, kita bela sendiri la ikan keli. Itu mama yang kata ya, bukan saya! . Ikan keli oh ikan keli.. Labels: info
12:41:00 AM
Saturday, May 23, 2009
Hari ini dalam sejarah.Macam2 berlaku in past few weeks. Suka, duka, semua nya ada. . Hari ini, dalam sejarah. Nak bercerita tentang baby saya. Belum, saya belum lagi melahirkan. Tapi saya ada baby, laptop saya adalah baby saya. . Hari ini,dalam sejarah. Dalam pukul 4++ pagi,baby saya accident. Saya yang tengah mamai tersadung wire baby yang berjela. Dan mengakibatkan baby saya jatuh buat pertama kalinya. Menitis air mata saya. . Hari ini,dalam sejarah. Kenapa la saya cuai sangat ni. Alhamdulillah baby masih bernyawa. Cuma tidak sihat. Adapter baby tak detect. Means, baby tak boleh dicharge. Cemana nak guna kalau tak boleh charge? Bateri baby hanya boleh cope 3 jam sahaja. . Nampaknya, saya kena hantar baby ke klinik buat kali kedua dalam masa tak sampai setahun. Hari tu baby pengsan tanpa sebab. Baby,get well soon please!! Sorry ye sebab saye kamu tak sihat. Aish~ . Gambar baby ni saya amik dari post dulu2. . p/s: tulis entry sambil dengar shahinderawan nyanyi kt tv3. mendayu2.huhu.. Labels: lappy
5:48:00 PM
Budak-budak.Intro : Abah saya adalah anak sulong dalam keluarga. Ada 6 adik beradik. Semuanya menetap di Selangor/KL. . 3 adik-beradik yg atas mempunyai anak yg sudah belia remaja. Manakala 3 yang bongsu masih membina keluarga. Jadinya, adik2 sedara saya yang kecil2 agak ramai la jugak. . Badan cerita: Adik bongsu abah melahirkan baby ke-3 baru2 ini. Jadi kami ke rumah adik bongsu abah mlm tadi. Nak tengok si kecil. Kebetulan nenek dan atok dari kampung juga ada di sana. Panjang cerita, sampai lewat malam kami di sana. . . Ini lah si kecil. Baby boy. Nama diberi, Mohd Namrul Aweera (tidak pasti ejaan nama). Dengar cerita daripada adik, ayahanda si kecil minat Aweera (OIAM). Ntah betul ntah tidak, tapi ada relevan nya. (musim OIAM kan baru lepas) . Ini kakak si kecil. Putri nama nya. Aktif, tak boleh duduk diam. Tapi saya suka layan budak ni. Camwhore pulak tu. Tapi saya suka jugak ambil gambar dia. Boleh jadi artis ni! . Abang sulong, Putra. Lebih berhemah, dia pun dah bersekolah. Aktif tapi lebih mendengar kata. . Apa-apa pun, saya suka lain mereka2. Ada 6 lagi adik sedara yang kecil2. Harap dapat jumpa semua sepanjang saya di rumah ni. :) .
1:50:00 AM
Saya comel.The Rules : . . . Kedua2 nya adalah rakan sekolah saya di Teknik Cheras kira2 7 tahun yang lepas. Budak2 comot ini meningkat dewasa dan skarang dah jadi wanita berkerjaya yang ayu. Mereka adalah: Muah2 for both! . . . a. Saya masih belajar. b. Suka mengambil gambar apa sahaja, tapi tidak ada kamera. c. Siapa2 nak hadiah kan kamera pada saya, silakan. d. Saya selalu selesema. e. Tapi kadang2 selesema saya hilang bila saya distracted. f. Contohnya bila selesema, kawan2 bawa karaoke, selesema hilang. g. Atau, teman lelaki bawa menonton wayang. h. Kesimpulannya, selesema saya ngada2, abaikan. i. Saya suka makan, tapi makanan saya selalu tak habis. j. Sekarang perut saya akan memberontak kalau saya makan berlebihan. Jahat! . Langkah seterusnya, saya skip.haha. Sekian , terima kasih.
12:34:00 AM
Friday, May 22, 2009
Rumah P.RamleeWalau saya di Kuala Lumpur, saya ingin bercerita tentang Penang. Apakah? . Setelah bertahun2 saya duduk Penang, barulah terbuka hati nak melawat Rumah P.Ramlee. Teman2 wanita saya ajak. *woot2!* . Jadi baru2 ini kami ke rumah P.Ramlee, salah sebuah tempat perlancongan di Penang. Masuk adalah percuma. Kebetulan ada pertandingan menyanyi. Jadi kami melawat sambil berlibur. . Tak besar pun tempat nya. kat situ ada rumah P.Ramlee sebelum beliau ke Singapura, Galeri yang mempamerkan gambar dan harta karun beliau, dan sebuah auditorium. Bila melawat galeri, teringat pula Teater P.Ramlee yang saya tonton tahun lepas. Kira macam ada flashback dalam kepala otak saya. . Penunjuk arah. . Ini kita panggil tugu ke? Sebelum melangkah masuk ke kawasan rumah P.Ramlee ada ini. . Ini la dia rumah beliau. Masih tersergam indah. Dalam rumah tak boleh ambil gambar(walau takde orang tengok pun). Jadi dengan skema nya saya kawal tangan dari tekan punat kamera. Tapi dalam galeri tangan saya tak tahan gatal. Ada la few snaps dapat :) . Walau tidak dinyatakan apakah bangunan ini, tapi saya percaya ianya adalah 'bank'. . Perahu P.Ramlee. Perahu ini digunakan untuk ke rumah ibubapanya. . Random pictures. . Saya dan teman2 wanita saya. . Teman lelaki. Berkerut2 dahi nya. Bulat! . Cukup lah sekali ke Rumah P.Ramlee, tapi kalau kawan2 nak saya teman tunjuk jalan, boleh sahaja :) Labels: housemates, jalan-jalan, penang, pumpkin
12:09:00 PM
Kan saya dah kata..Saya nak balik rumah, saya rindu rumah. . Haa.. skang saya dah dekat rumah. Semua ada, kecuali abang. Semalam saya balik, dia pula ke Shah Alam, ada training. . Home sweet home. Bestnye feeling ni :)
12:04:00 PM
Wednesday, May 20, 2009
Hidup umpama roda.. Kadangkala kita di atas. Kadangkala kita di bawah. . Bersyukur bila di atas. Pasrah bila di bawah. . Apa2 pun, saya quote 2 pesanan orang2 yang lebih tahu. "Ianya adalah satu proses pembelajaran." "Dunia belum berakhir." . Hukuman terhadap diri sendiri akan dikenakan. Padan muka diri sendiri! . Labels: saya
5:29:00 PM
Tuesday, May 19, 2009
Mama saya.. Mama saya.. suka peluk erat2, macam tanak lepas gitu. . Saya suka je kena peluk, tapi kadang2 kena peluk dengan mama jadi sebak, tak semena-mena. . ![]() . Mama saya, macam wonderwomen! . Hari2 basuh baju kami 6 beranak. Tak pernah pun mengadu penat. Saya kat sini basuh baju sendiri pun tak hari2 macam mama. Macam mana la nak jadi wonderwomen ni? . Mama saya, masak-memasak hobi dia. . Dulu2, masa mama muda2, hari2 buat kueh untuk kitorang. Mama saya punya talent masak memang hebat! . Kalau balik rumah, request je nak makan apa semua boleh. Tak pernah lagi jawab 'tak reti'. . Saya memang lah bukan tandingan. Nak masak simple pun search resipi kat internet. . . Mama saya, tak pernah lekang dengan doa untuk semua. . Tak kira anak yang mana satu. Katanya semua sama rata. . Tiap2 kali bercakap melalui talian telefon, mama selalu sebut doa nya. Naik sebak saya kat sini, rasa macam tak buat sehabis baik. Maafkan along mama! .
. Asyik sebut mama saya sahaja, kenapa ya? Saya rindu mama. Hari ni hari lahir mama. . Hari lahir ke-50. Wah, sudah veteran mama ni. Tapi still vogue lagi. Manja tak payah kire la! . Mama, selamat hari lahir. Doakan kejayaan along ya! (along tahu tak payah remind pun mama doakan punya) . Mama, along sayang mama. lebih dari segala-galanya. Mungkin susah nak sebut selalu, tapi itu kebenarannya. . SELAMAT HARI LAHIR MAMA. Semoga panjang umur dan bahagia selalu! . ............................................................................................................................... . . Saya suka lagu ni since dengar kat blog Asotoko. Dengar la lagu ni, best tau! Buat kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. ..
12:05:00 AM
Monday, May 18, 2009
Oit!Isk! Nak balik rumah! Tengok la nanti, tau2 je saya ada kat Gombak. . . Nak balik!!!! Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
4:53:00 AM
Sunday, May 17, 2009
Nasi Kandar Beratur~Lagi tempat makan2. Maaf bukan nak kasi kawan2 lapar ye.. Tapi nak kongsi tempat makan kat Penang yang saya kunjungi. :) . Dah lama dengar pasal nasi kandar beratur ni. Unik. Khabar angin kata kena beratur panjang nak dapat kan nasi. Lebih unik lagi, kedai ni buka jam 10 malam ke atas sahaja. Tidak sesuai untuk orang2 berdiet. . Ni banner Nasi Kandar Beratur. Nama komersial pun Nasi Kandar Beratur kan. . Jadi baru2 ni saya dan beberapa rakan terdekat berkunjung ke destinasi makan2. Terletak bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling Penang, senang je nak cari. Kalau lalu kat Jalan Masjid Kapitan Keling tu, dan nampak ramai beratur panjang, sah la itu destinasi yang kita cari. Senang! . Kawan2 terdekat yang makan bersama2Semua pertama kali merasa beratur panjang. . Kalau dah sampai tu terus lah beratur, sebab anda akan beratur lebih kurang setengah jam sebelum sampai turn anda. Sebab nya tidak dapat dikenalpasti.. mungkin kerana yang sendukkan nasi tu seorang sahaja, atau mungkin sebab yang datang tapaw berbungkus2 pun ramai. . Ni dia barisan.Orang2 beratur, kami pun beratur. . Setelah setengah jam beratur baru lah kami dapat nasi masing2. Nasi kandar yang biasa-biasa-aje bagi saya. Membuatkan saya terfikir, apa yang membuat kan pelanggan disitu ramai tak putus2. . Dah selesai beratur, pekena nasi kandar.tengok kuah melimpah ruah tu. Tapi rasa biasa2 aje. hehe.. . Dari kami sampai sehingga lah kami habis makan, barisan masih begitu. Jadi kesimpulan yang dapat dibuat, khabar angin tentang beratur panjang itu adalah fakta. . Pesanan dari saya, jangan pergi ketika ada lapar banget, nanti sakit perut nak tunggu makanan. :) Labels: food, friends, penang, review
12:05:00 AM
Saturday, May 16, 2009
Trend datang lagi!Tajuk entri macam iklan chocolate ding dang masa kecik2 dulu plak. Tora datang lagi! Hehehe.. . Trend yang saya nak bincangkan ni masih belum meluas lagi, tapi mungkin akan dipraktikkan oleh rakyat malaysia lepas dengar khabar ni... . . Kes selesema ni sangat membimbangkan. Dah la saya ni asek la selsema je kejenye. Sampai lebam muka kalau selsema tuh. Tapi comel tetap maintain ek. Hehehe perasan sat.. . So memandangkan masalah selesema yang popular di AS ni dah menular ke Malaysia, apa kata kita ramai2 jayakan trend pakai topeng muka. (Sebenarnye nak pakai sorang2 segan, jadi ajak la ramai2.Haha ada ke patut) Takut plak orang kata mangsa fesyen. (Ada kena mengena ke?). . ![]() Suatu masa dulu, ada kan trend pakai topeng ni beramai2? Kalau tak silap masa Malaysia diserang jerebu. . ![]() Ni lagi contoh topeng. Sape nak bukak bisnes topeng comel2? Pasaran tengah baik skang ni. Hehe.. . ![]() Macam ni kreatif jugak kan. Kirenye kalau pakai topeng macam ni tersembunyi la senyuman raga nanti :P . Okies, sekian dari saya hari ini. Selamat berhujung minggu!
1:08:00 PM
Happy-happy-day!Setiap tahun akan ada sambutan Hari Guru. Tambah2 lagi untuk budak2 sekolah. . Sedar tak sedar dah masuk tahun ke-7 saya meninggalkan alam persekolahan, dan sejak itu, saya tidak lagi menyambut hari guru. . Tapi saya tak lupa pun, tambah2 lagi bila semalam sekolah tercinta masuk Al-hidayah. Sempena hari guru la kot. . Mula2 tu ternampak tag "Bertugas, Hidup, Berjasa", tapi masih kabur2. Tapi bila dah nampak muka Cikgu Omar Latif, terus confirm nye lah sekolah ku tercinta, Sekolah Teknik Kuala Lumpur. . Jadi, buat semua guru, Selamat Hari Guru. . Ni saya jumpa masa tengah surf cari gambar. Betul ke wahai guru2? Hehe. . ![]() Labels: wish
12:42:00 AM
Friday, May 15, 2009
Padang Brown~Ada orang kata, penang ni syurga makanan. Tak ada lah syurga sangat pun sebenarnya. Tapi boleh tahan banyak la tempat2 makan yang best. Terutama nya nasi kandar. . Entri kali ni nak kongsi tempat makan yang qemmal suke pegy. Tapi bukan nasi kandar ye. Nasi kandar lain entri. . Destinasi kali ini dekat Padang Brown. Kat sini ada satu medan selera. Untuk makanan melayu, medan selera ni bukak malam. Belah siang nye stall2 makanan cina pulak bukak (tapi tak pernah try lagi la). . Kat medan selera ni, spot yang digemari adalah celur-celur. Celur2 makanan yang dicucuk kat lidi dan harus direbus. . Yang best nye kat sini, masa korang datang tu diorang akan hidangkan macam2 makanan untuk korang celur. Jangan terkejut ye! Tapi diorang tak suruh makan sume.. Itu hanyalah strategi pemasaran. Korang makan apa yang nak je. Ala macam nasi apa ntah kat indonesia tu... . Ni signboard celur-celur. Focus kat ejaan Chelor2 tu ye :) . Signboard stall sebelah. . Antara yang menarik untuk dicelur. . Ada macam2 jenis lagi yang boleh korang celur. Harga per lidi berdasarkan warna. Dari RM1-RM5 (kalau tak silap la). Celur2 ni ada pencicah die. Ala2 yong tau fu punya sos. . Lagi satu, kalau datang sini, silalah try cendol! Memang terbaik punya lah. Murah pun murah. Rasenye RM1.50 je. . Selain daripada celur2 dan cendol, kat medan selera ni ada banyak lagi jenis makanan. Pasembur, western, mamak style.. So jom visit Penang. Nanti saya bawak g celur2 nak? U belanja. Hehe..
4:24:00 AM
Thursday, May 14, 2009
Saya menang contest lagi!Petang tadi, balik rumah je ada pos ekspres depan pintu. Tapi tak surprise, sebab dah tau ada orang nak bagi hadiah.. :) . Al-kisah nya, bulan lepas saya merajinkan diri join contest di GambarHehe, dan tarikh tutup contest tersebut adalah 9 Mei yang lepas. dan, saya adalah salah seorang pemenang contest tersebut! *ngee~* . Pada mulanya, hadiah untuk contest tersebut adalah voucher makan di Nando's. Tapi pihak penaja tersilap pandang tarikh tutup voucher tersebut, maka hadiah telah ditukar dengan $$. Terima kasih ya GambarHehe! . Ni lah sampul yang terbaring di depan pintu rumah petang tadi. . Sender: GambarHehe. . Voucher Nando's yang dah expired. . Voucher RM 5 ni masih belum expired. . RM10 yang diganti sebagai hadiah contest. . dan keychain orang kuning ini! . Ini adalah kali ke-2 saya menang contest semasa blog hop. Kali pertama adalah Mac tahun lepas. Kalau ada contest lagi bagitau la saya. Saya nak masuk,hehe. . Till then, chow~ Labels: contest
8:59:00 PM
Sissy!She's here since bff's bday celebration. Tapi tak lama, hari selasa dah balik KL. Biasa lah, komitmen kerjaya. Hehe.. Jadi, Isnin lalu, saya menemani Kak Leen sehari suntuk. . Plan asal untuk ke Gurney Plaza tidak menjadi. Destinasi hari tersebut adalah Queensbay (queensbay lagi ek?). Hehe, tapi saya tak kisah pun. . Sebelum ke Queensbay, sambil menunggu Abg Halim, kami sempat berposing di sekitar rumah. Sempat lagi tu. Sapa suruh kak leen bawak senapang. Menggatal la tangan nak menembak! . Kak Leen, single and available. Hehe promote plak :P . Cik Qemm, also single and available. Haha, belum kawin lagi consider single kan? . Aktiviti yang tiap2 hari pun sama adalah makan. Tiap2 hari pun makan. So gambar makanan ku tempek di sini ye. Jadi destinasi makan kami adalah Dave's Deli. Kalau kat queensbay Dave's Deli open air. Orang turun naik eskelator nampak la kite makan. . Mengikut pengalaman yang lepas, makan kat sini boleh pecah perut. So saya order yang lite2 je. Chicken-mushroom pie. Ni pun kenyang sampai malam. Alhamdulillah. . Ni kak leen punya pilihan, nama scientific nye dah tak ingat. Saya kasi cloase up kat meatballs tu. Sedap! Yang side dishes tu coleslaw and mashed potato. . Ni pulak soup, antara dalam set yang abg halim order. Main die lupe plak saya nak snap. . Jalan punya jalan saya tak tau nak buat ape. Jadinya banyak la gambar curik 2 orang tue ni. Hehehe.. Jalan punya jalan tak tau nak buat apa lagi, hari pun dah petang, jadi kami pun keluar la dari pusat membeli belah itu. Amik udara luar plak, asek ber-aircond jek. Destinasi seterusnya adalah Roti Bakar Kopitiam. Air favourite saya kat roti bakar ni. Ice Chocolate. Kenapa air chocolate yang saya buat sendiri kat umah kurang umph? Haih, kena mendalami ilmu ni! . Sekian cerita jalan2 bersama Kak Leen hari isnin. Thanks sist for the lovely moment! Labels: jalan-jalan, kak leen
2:44:00 AM
Wednesday, May 13, 2009
Berita.12 May 2009, Bayan Lepas - Satu kejadian minyak motosikal habis telah berlaku di jalan ke arah lapangan terbang dari Sungai Ara. Pemuda yang terlibat, Azlan, menyatakan itu adalah buat pertama kali kejadian sebegitu berlaku ke atas dirinya. Nasib pemuda tersebut baik apabila sebuah proton Savvy turut berkonvoi bersama beliau. Sebotol minyak RM1.00 telah dibeli berhampiran tempat kejadian. Kejadian berlaku semasa pemuda tersebut dalam perjalanan ke Bangkok untuk makan malam yang ditaja oleh Cik Hajar. Sekian, terima kasih. . Mangsa minyak habis . Minyak RM1.00 . Antara lauk makan malam yang ditaja. . ![]() Pihak penaja. . ![]() Bangkok. . Sekian
3:51:00 PM
Tuesday, May 12, 2009
Jijah dah kawin!Jijah sudah pun menjadi isteri Rafeeq hujung minggu lalu. Maaf Jijah, saya tidak dapat memeriahkan kenduri kamu. Hanya dapat doakan kebahagiaan kamu dari jauh. Selamat Pengantin Baru, Jijah. Semoga kekal ke akhir hayat ye sayang! . Jijah dengan tema hijau, pengapit nye adalah Cik Susie yang dearie. Manis kamu ya! Lepas ni giliran pengapit pula ke? Hehe.. . Sebilangan kawan yang hadir pada kenduri Jijah. Terima kasih En.Palie, kerana amik gambar banyak2. Saya cukup berpuas hati dengan khidmat kamu. Hehe. Makan kan untuk aku tak? Ke tapaw kan? :P . Labels: friends, jijah, wedding
12:52:00 AM
Monday, May 11, 2009
BFF's birthday!It's my BFF's birthday, who soon to be Yamin's fiance. 11 May 2009. The 24th birthday. . As always, mesti ada celebration, even a small one. Tapi yang best nye, party kali ni was sponsored by herself. Makan2 shasha belanja. Without knowing yang kitorang nak celebrate her birthday. *wink* . Semalam Shasha masak nasi kerabu. Sedap! . Her birthday cake, black forest. Glad she loves the cake. Sebab kitorang beli cake kecik je, berdasarkan pengalaman, kek selalu tak habis. . Birthday girl. Dia pun dah penat time nie. Tuan rumah yang buat house warming, but end up with her birthday celebration. . Lumayan tak nasi kerabu shasha? Mesti ada yang jeles tu.. Hehe.. . Birthday girl with chenta hati. Yamin, please take care of her, cause I love her. You know that kan Yamin. Muah2 Yamin. :) . Her birthday gift. Shasha, u pakai sampai habis licin tau. Jangan simpan pulak. Nanti kasi berseri2 awak tu. . And last but not least, our special guest from KL. Macam tau2 ade celebration die muncul. Hehe. Siap dengan jug kat kiri kanan tuh. . Dear Shasha my BFF, I love you as always. pretty sure you know that. Happy Birthday dear! . p/s: sian u sakit perut eh harini. sendiri masak pun sakit perut ke? hehe..
3:12:00 AM
Sunday, May 10, 2009
Hari Ibu.. Semua orang tahu, hari ini hari ibu. Setiap tahun pun kita sambut hari ibu. . Ibu saya di Kuala Lumpur. Jadi telefon lah penghubung antara kami. Hanya ucapan hari ibu yang mampu saya ucap. Selamat Hari Ibu mama. Along sayang mama, sampai bila-bila. . Tadi saya telefon mama, ucap 'Happy Mother's Day Mama' Mama balas, 'Happy Children's Day' Mama, oh mama! . . I Love you Mama! . . Mama saya berbaju hijau. Ramai ingat mama saya bekas guru. Bila tanya kenapa, ada yang berkata mereka nampak ciri2 seorang guru pada seorang mama saya. Mama pernah mengajar, di sekolah Adabi katanya. Masa muda2 dahulu. . Ucap lah hari ibu pada ibu anda, tak susah pun. Mungkin ada yang merasakan tidak penting. Tapi ucapan itu cukup membahagiakan ibu anda. . Tata! Labels: mama, mother's day
11:07:00 PM
Sehari suntuk!Semalam kami bersenam. Senaman kami mudah, aktiviti jalan kaki. . . Ini sewaktu sessi 'warming up'. Cik Yana tiada, pulang menyambut hari ibu bersama keluarga. . Kebetulan, kami ada tetamu dari KL. Cik Madina, rakan sekuliah sewaktu di Matrik Gopeng dahulu. Datang ke USM bersana rombongan MARDI. Ada acara sukan katanya. . . Ini Cik Madina. Serba hijau. Selepas pekena Nasi Kandar di Hamediyah, sempat dia shopping tudung kejap. Tapi tak lama, dia ada komitmen lain. . Sejurus hantar Cik Madina ke pangkal jalan, kami ke destinasi seterusnya. Tujuan utama adalah untuk membeli hadiah hari lahir BFF. Jadi kami ke Queensbay, pusat membeli-belah terbesar di Penang. Di sini lah tempat kami bersenam.. :) . Kebetulan ada 'Health Fair' di sana, kami berpeluang memeriksa kesihatan. Alhamdulillah, saya punya badan sihat, semua nya normal. Tekanan darah, lemak, BMI. Cuma kadar kolestrol tak sempat nak periksa. Lain kali la pula. . . Sessi periksa tekanan darah masing2. Cik Hajar, Cik Qemm, Cik Santi. . Ni masa nak periksa lemak dan muscle. Tak tau la macam mana alat ni berfungsi. Tau2 je keluar result. . Jalan punya jalan, ada lagi event kat queensbay ni. The yo-yo speed challenge. . Dapat la tengok mamat comel main yoyo. Haih, nampak macam muda. Tapi hati ni dah cair tengok dia main yoyo. Cemane ni? . Ni la adik comel main yoyo. Sape suh senyum comel sangat? Kan akak dah suke. Hehe.. . Oh ya, ada watak tertinggal. Ini pelengkap hari kami, Encik Alan. . Ini pula partner in crime tersepit celah tiang. Nak lalu jugak kat celah2 tu, haih~ . At the end of the day, I got kissed! Jangan jealous ye! . Sekian aktiviti senaman kami. Sihat, relax dan menggembirakan. Labels: coretan hari minggu, friends
6:13:00 PM
Saturday, May 09, 2009
Tiada tajuk!Bila kamu sakitkan BFF saya, Langsung atau tidak, Saya juga disakiti. . Kamu mungkin tidak peduli, Kamu mungkin tidak sedar. Tiada sensitiviti. Saya kenal kamu. Perangai kamu masih begitu. Tidak berubah walau sekelumit. . Saya benci kamu. Ada dua sebab. Kamu buang saya bila gembira. Kamu perasan bagus. . Kasihan, kamu insan yang baik. Cuma tidak pandai menjaga hati kawan. Orang kata, buat baik dibalas baik. Kamu pula, orang buat baik, kamu balas taik. Ada ke patut? . Saya dah buang kamu. Dalam kamus hidup saya, kamu lah orang pertama dalam senarai buangan. Tahniah, tiada lagi insan lain. Sebab saya tidak mengamalkan buang-membuang. Orang kata, buat baik berpada-pada. Saya pegang itu. . Tolongla, buang sifat berlagak kamu. Semua orang ada harta. Cuma zahir atau tidak. . Mewah harta bukan ukuran. Mewah budi pekerti lagi dirai. Saya pun tidak berharta. Apa pun tak ada. Ada saya kisah dengan harta kamu? Oh ya, kamu kisah. . Saya doakan kamu bahagia. Saya doakan kamu gembira. Itu doa saya. Walau kamu dalam buangan saya. . Kamu tahu siapa kamu. Suatu masa dulu kamu kawan saya. Suatu masa dulu kamu abang saya. Tak lama, tapi pernah. Suatu masa dulu, saya masih ingat. Mungkin kamu lupa. Siapalah saya. . . . . p/s: entri ini tidak memerlukan gambar. Labels: emo
7:55:00 AM
Friday, May 08, 2009
May Babies!. I want to list the May babies! Happy birthday in advance ya May Babies. When I was in Puteri Wilayah, most of my classmates was born in May. . Since we are still student and have no money. We show our love by making birthday cards. And I love to make cards btw. So we will be busy on May. . Back to the main agenda, here goes the list. . 5 May -Suzaimin. " A schoolmate in TIKL. One thing I remembered about him, he likes to 'tarik tocang rambut i' when in school' . 10 May - Baiezura. "She's like my older sister. She likes to potpet and sumtimes make me realize about certain things. I do miss her, because last time we met was last year on a friend's wedding. Waaa." . 11 May - Shasha. "BFF, sist, story teller, and everything. In few days she will became someone's else. I mean, i am happy for her. You know that I love you, very much! May the surprise will lead you to eternal happiness. Amin.." . 12 May - Shafa & Bib "They're cousins and both of them were my schoolmates in Puteri Wilayah. Love both of them and may this year their life will be as what they wanted to be. " . 15 May -Kocha. "She's 'gila2'. She's now someone's fiance. So Cha, behave. hehe. Hope you happy with your journey. Love you. " . 18 May - Faride. " A gorgeous friend. She's gorgeous even without make-up. She's always smile and laugh, that's what make she's even prettier!" . 19 May - beloved MAMA. " My angel, my everything. She's my eternal love, my caretaker, my everything. Im sorry Ive burden you since I was little until now. Proud to be your daughter mama. Love you much. " . 20 May -Zetty Hazra. " A tall girl and I heard that her tallness is unbelievable. Hehe kidding. Miss you sweetheart. . 30 May - Ayesha. "A minah salleh who's tall, pretty and package! Hey you, bila nak datang Penang?" Missing you too! Hope we all can meet someday. . Ok, finish the list. If there's anybody that I've miss, plz let me know k! . ![]() Labels: birthday
1:13:00 AM
Thursday, May 07, 2009
COba teka.. Mungkin ada yang pernah lihat. Mungkin ada yang tahu. . Pertama kali berkenalan dengann buah ini sewaktu menziarah kawan sakit di Hospital Pulau Pinang beberapa tahun yang lalu. Tapi gambar ini diambil disember tahun lepas, sewaktu berjalan-jalan bersama keluarga di Chow Kit. Chow Kit tu tempat saya membesar tau! . Fizikalnya persis tomato, cuma warna kulit nya oren kekuningan. Sekali tengok warna macam aprikot pun ada. Rangupnya macam epal, rasa tak serupa. Manis tetap ada. . Kawan2 teka la. Kita main teka-teki ya hari ini. Sapa tahu nama buah ini? . Tiada hadiah akan diberi, sekadar bersuka ria :) . UPDATED : Pisang Kaki.
2:28:00 AM
Wednesday, May 06, 2009
How I hate you in my life.I should be relief because it's almost ended now. In few weeks to be exact. But i didn't. . As if, you will came again in my life. But I hope not. Enough this time. . I've been avoiding you since I wanted to further my study. But I can't. And now this feeling is hurting me, inside and out. . Poor me. Poor Akmal. Sape suruh tak bersungguh-sungguh! . Hoping the chance is always there. . Just want to let you know, I hate you! p/s: tiada kena mengena dengan orang perseorangan, sama ada yang hidup atau pun yang telah mati. Labels: emo
12:36:00 PM
Saturday, May 02, 2009
Peek-a boo!Hari ni nak tunjuk gambar je. Saya sibuk. Haha. . Lokasi: Dave's Deli Queensbay. Masa: +- sejam. Hari: ini. . Pinggan hajar punya. . . Pinggan saya. Kenyang nak . . . Iced Chocolate . . Hot chocolate. . . Hot cappucino. Orang yang blanja punya. Nak tau sape blanje? . . . . . . . . . . Tadaa.. pengantin baru 5 bulan. hiks.. tak lame lagi dapat baby.Yeay! Thanks ya Abg Raje & Kak Hally. Even jumpe kejap pun, jadi la~ . . Partner-in-crime. Tengok muka dia, dah tak larat nak habiskan food. . Itu saje. Chow! Labels: abg raja, coretan hari minggu, food, friends
8:48:00 PM
Friday, May 01, 2009
Selamat Hari Buruh!Kepada buruh2 sekalian, sambutlah hari anda dengan bahagia. . Saya belum jadi buruh. Maka tiada beza bagi saya. . . . . Mengharapkan bulan ini tiada dalam tahun 2009. Namun itu semua angan2 bodoh. . . ![]() Boleh ke macam ni? . Chow!
11:35:00 PM
|