|
|
Tuesday, April 28, 2009
Quick update!Tag from Kakak. . 1)Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang. ( jgn tukar yer.yg sedia ada je tau) hehe.. . . Ni wallpaper saya sekarang. Kenapa saya suka? Sebab saya buat sendiri. Hehe.. Tapi saya suka ungu ye kawan2, bukan hijau. . ok tata, take care semua! Labels: taggy
7:04:00 PM
Sunday, April 26, 2009
Surprise for him.Hari ni birthday Pumpkin. (Asyik entri pasal bday die je kan lately. Saya janji, ini entri last sempena bday dia utk thn ni,hehe. Maaf ye.) . Since saya di penang dan dia di ipoh, saya terfikir untuk buat surprise dari jauh. Birthday present dia saya dah bagi awal bulan lagi. Saya kan advance! . Tapi susah jugak nak plan. Pumpkin tu unexpected. Kadang2 tu tau2 je dah on the way ke Penang. Mula2 katenye nak ke shah alam minggu ni. Tapi hari khamis tu dia kate tak jadi plak. . Saya pun trus order cupcake dengan Kak Fina di Ipoh. Nasib la Kak Fina still terima tempahan. Dah last2 minute kan baru order. Thanks ek kak fina! . Saya mintak Pumpkin reserve hari Ahad untuk amik kan brg saya kat Kak Fina. Konon nye saya online shopping and mintak die amik kan barang. Dia pun ok je. Nasib baik la dia tak banyak soal. Rasanya dia tak suspect apa2. . So semalam saya tanya Kak Fina pukul berapa boleh amik cupcake tu. Tengah hari tadi Pumpkin pun pegy la amik surprise bday cake die tu. Direction rumah pun kak fina dah bagi. Saya mintak Pumpkin ambil kan gambar, saya nak tengok. Tapi dia ckp nanti bila sampai rumah la dia bagi. Lagipun dia segan kotak tu besar kot. . Ni la cupcakes saya order untuk Pumpkin. Pumpkin fan Manchester so saya mintak Kak Fina buat kan theme ManU. Cantik kan? Thanks skali lagi akak. Sape2 duduk ipoh boleh la order ye. Pic courtesy from kak fina. . Tapi, cupcakes yang cantik ni bila sampai umah Pumpkin da jadi comot!! Bak kata kak fina dalam blog dia, Pumpkin letak kotak cupcakes senget kat raga motor dia. Mana tak comot. Haish~ Pumpkin kate time naik bumper cupcakes tergolek. Separuh jugak la comot. Nasib la untuk dia makan sendiri. Tak boleh jadi delivery boy la macam ni. Hehe.. . Huhu dah tak nampak wording WNA yang penting tu :( . But anyway, anyhow, even awak comot macam ni sekali pun, awak tetap Pumpkin kesayangan saya. . Happy Birthday, dear. Labels: birthday, cupcakes, pumpkin
8:04:00 PM
Happy Birthday!. Entri tahunan khas buat Pumpkin. Setiap tahun since 2007 saya dedikasi kan entri istimewa untuk dia. Tapi ntah dia tahu ntah tidak. Kali ni saya akan paksa dia baca blog saya :P . Tahun ni saya kepilkan skali gambar hamster yang saya dapat entah di mana dua tiga hari lepas. Pumpkin sangat addicted dengan hamster. Saya pula bukan penggemar haiwan. Vice versa. . Anyway, saya nak wish Pumpkin, Happy 24th birthday dear. Semoga panjang umur dan hidup happy selalu. Sori orang tak dapat celebrate dengan awak. Love you! . Tu jela kat wish kat sini. Yang lain nanti saya wish in person. Hehe.. .
. Ni pumpkin saya di hari jadi. Masa menulis ni saya ber-messenger dengan dia. Gambar ini adalah gambar curik. Tapi dia tak marah pun. kan2? ------------------------------------------------------- Selamat hari jadi jugak buat:
Semoga semua happy2 slalu. God bless us! xoxo, WNA
12:30:00 AM
Saturday, April 25, 2009
Nasi + Ketam.Dah lama saya nak cuba nasi goreng ketam. Orang duk sebut2 nasi ketam juru sedap. Melawat blog kawan2 bg tau nasi ketam juru sedap. Haih, apa lagi! . Hari ni saya ada hal di seberang. Dah alang2 ke seberang saya ajak kawan2 ke Juru. Makan tengahari di sana. Siap bukak lappy lagi search jalan nak pergi. Hehe.. . Lecturer saya kate makan bawah rumah. Nak jugak la merasa makan bawah rumah kan. Masa kami sampai tak ramai orang lagi. Jadi dapat la port bawah rumah. . . Yana & Alan. Tengah tunggu makanan sampai. Kat sini menu dia hanya yang tertera di kaunter. Menu punya la kecik, mane nak nampak. Nasib dah aim nak makan nasi ketam. So order itu je la. . Hajar & Qemm. Sama2 comel, sama2 padan. haha.. . . Ni la lauk makan tengah hari kami. Ketam masak apa ntah, lupa. Sedap hingga menjilat jari. Ini hidangan untuk 3 orang, ada 5 ekor ketam. Kuah ketam ni sedap sampai rasa nak tapaw. Hajar kate lain kali bawak tupperware, kita tapaw. . Disebabkan kami tak tahu menu apa lagi, kami hanya order nasi dan lauk ketam. Kata tujuan datang pun nak makan ketam kan. Kat sini ada ikan bakar, kerang, mee udang dan macam2 lagi la. Next time la plak datang rasa. Oh ya, kami order nasi putih 3, ketam untuk 3 orang mkn, dan air pilihan masing, semuanya RM49. . . Teh O Ais. Air saya. Gambar air pun nk amik ek qemmal ni, tapi saya punya suka la :P . . Yang best nye kat sini ada pengepit ni. Senang nak pecah kan kulit ketam tuh. Kena cari satu ni, senang nak mkn ketam. Tayah gigit sendiri. tapi satu pesanan saya, pakai baju warna gelap2 eh, karang air ketam tuh terpercik kena baju. nanti sapa yang comot? kamu jugak. Haha. . . Okeh, gambar makanan dah habis. Ini gambar power rangers merah jambu dah kenyang! . .................................................................................................... . . Saya tengah rajin ni, so saya bagi direction ke kedai makan nasi ketam ni ek. Sape2 nak cube boleh la ikut direction saya ni :) (untuk reference saya jugak,mane la tau saya lupa jalan.hehe) . Dari highway Penang, keluar exit Juru/Bukit Mertajam. . . Saya tak sempat snap signboard susur keluar highway. Tapi saya sempat amik gmbr signboard-sebelah-hilang ni kat traffic light lepas exit. so keluar exit amik kanan ye kawan2.. . Korang akan jumpa Autocity Juru. Akan ada McDonald sebelah kiri anda. Dekat traffic light, amik kiri. Kemudian terus sahaja sampai jumpa traffic light simpang empat. . Dekat traffic light yang ini, amik kanan. Intai2 kat kanan korang ada tugu (tugu ke ni??) macam kat bawah ni belah kanan. . . . Then korang terus je. Jalan ni jalan kampung tau. Jangan bawak laju2. Terus sampai at the end korang akan jumpa simpang tiga, amik kanan. Kedai yang saya makan tu betul2 lepas simpang tiga tu. korang da boleh park kereta belah kanan korang. . . Ni la dia Warung Pak Su. Tengok siap ada no tepon lagi. kot2 korang sesat tepon la tanya jalan. Hehe.. . . Warung ni bukak meja bawah rumah. Sebab tu la lecturer saya kata makan bawah rumah. So Dah sampai pun, nak balik korang pandai2 la cari jalan pulang ye. . Ok, till then, Adios! . p/s: esok birthday pumpkin saya. Kawan2 tolong sampaikan pesanan saya :P Labels: coretan hari minggu, food, friends, nasi ketam, penang
8:52:00 PM
Friday, April 24, 2009
Kosong maseh ada..Ada yang bertanya, apa yang kosong? *Gulp* Tak tau nak jawab. Ntah apa yang kosong, saya sendiri tak tahu. Tak tahu nak bercerita. . Yang pastinya, meja saya pun kosong. Hehe.. Plastik yang membaluti meja belajar saya haru-biru. Jadi saya alaskan dengan sesuatu yang lebih menarik. Kalendar tahun lalu saya jumpa dan tampal di meja. . Meja tidak kosong lagi. Nampak lebih bernyawa. Hehe.. . Ini part of kalendar, bulan April. Saja zoom, ada nama pumpkin kat situ. . Tak kosong lagi meja saya kan? Berwarna-warni lagi tu. Huhu.. . p/s: Jeles dengan kakak yang dapat pergi minggu setiausaha. Tetibe nak jadi setiausaha jugak. Bole ke?
12:14:00 AM
Thursday, April 23, 2009
Kosong.Bila rasa kosong, Apa pun tak tahu nak buat. . Bila jiwa kosong, Apa kerja pun tak jadi. . Rasa kosong, jiwa kosong. Ntah kenapa. . Labels: saya
1:24:00 AM
Wednesday, April 22, 2009
Tolong sampaikan pesan saya.Tadi saya jenguk2 'rumah' blogger. Ada sorang blogger minta tolong reader sampaikan pesan dekat tunang dia. Sempena hari lahir. . Saya nak tiru apa dia buat boleh? . ![]() . Hujung minggu ini hari lahir Pumpkin yg ke-24. 26 April 2009. Dia di Ipoh, saya di Penang. Jadi tidak dapat kami celebrate bersama. Melainkan dia buat surprise untuk saya. Tapi sepatutnya saya yang kasi surprise kan, hari istimewa dia. Isk. Tak boleh kot, melainkan saya siap thesis saya. Itu perkara yang tidak mungkin. . Jadi, saya nak minta tolong kawan2, tolong sampaikan pesan saya. . Email pada dia @ shahyean5678@gmail.com. Jangan spam sudah la ek. . Pesan saya : Saya sayang dia. Sumpah tak tipu! . Terima kasih kawan2 :D Labels: birthday, pumpkin, wish
10:11:00 PM
Tuesday, April 21, 2009
Tips berjimat!. Tips jimat ini hanya sah untuk sesiapa yang berada di PENANG ye! Kenapa Penang sahaja? Sebab di Penang ada Sunshine supermarket. Saya bukan nak promote Sunshine, tapi saya nak kongsi tips jimat untuk sesiapa yang gemar menonton wayang. . Kamu kamu di Penang & gemar menonton wayang, saya sarankan buat lah kad ahli Sunshine. Itu pun kalau mahu berjimat. .
. Kenapa ya kalau ada kad ahli? Sebab kamu boleh mendapat privilege buy 1 ticket, get 1 ticket for free! kalau kamu menonton di Prangin Mall. Jimat bukan? Eh, macam promote Cathay Cineplex la pulak! Betul, saya tak tipu. Sebab saya dah menggunakan privilege tu. ............................................................................................ . Di bawah ni gambar saya sewaktu minum2 dengan Pumpkin. Lame tak letak gambar Pumpkin. Lokasi : Georgetown White Coffee, bangunan Komtar. Soya + gula melaka. Pumpkin punya minuman. . . Pumpkin di celahan gelas minuman saya, bulat! . . .
.......................................................................................................
12:11:00 AM
Saturday, April 18, 2009
PIKOM 09Hey kawan2 yang dekat Penang tu. Minggu ni kat PISA ada PC fair tau. So apa lagi pergi serbu PISA! . Saya dah pergi semalam, teman Pumpkin beli pc stuff. Saya beli jugak, keyboard protector, RM 2 je. Hehe.. Tak ada budget nak shopping kat situ. . Apa lagi kawan2, pergi serbu PISA. Sampai pukul 9 malam dia bukak. Kalau tak ada duit jalan2 tengok teknologi terkini cukup la. Macam saya :p . Ok kawan2, jumpa lagi, selamat berhujung minggu! Labels: announcement
11:01:00 AM
Wednesday, April 15, 2009
Amin.. ![]() . "Ya Allah! Lapangkanlah hatiku dan mudahkanlah urusanku, lancarkanlah lisanku agar mereka mengerti perkataanku."
3:29:00 PM
Tuesday, April 14, 2009
PumpkinComel kan Pumpkin ni? Saya letak gambar Pumpkin ni sebab nak cerita pasal Mr.Pumpkin. Rasa macam lama tak masukkan dia dalam post2 saya. Haha.. . Next semester Mr. Pumpkin akan menjalani latihan industri. Tapi dia masih belum mendapat tempat di mana2 syarikat. So far dia dah hantar online application and by mail. Tapi semuanya dukacita, kebanyakan nya reply company diorang hentikan buat sementara pengambilan internship. . Ada tak sape2 yang boleh tolong recommend Pumpkin saya ni? Dia mencari tempat latihan di sekitar Pulau Pinang dan Kulim. Kalau boleh di kilang sebab dia ni ambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Hopefully kawan2 dapat membantu, thanks ya! Kalau ada yang boleh membantu,tinggal kan comment di sini atau shoutbox atau email saya di nurakmal99@gmail.com. Dan semoga dia cepat la dapat tempat. Amin~ Labels: pumpkin
10:12:00 AM
Monday, April 13, 2009
Sushi Bonanza!Start hari ni Sushi King buat Sushi Bonanza. 4 Hari kot promotion ni, semua plate RM2 (tapi yg rice based shaja ye) So kami pun ke Sushi King E-gate untuk lunch. Saya dan Hajar pegy awal sket, sebab kena queue panjang. Before tu saya call dulu tanya ramai orang tak. (Dulu saya pernah keje kat sushi king ni,hehehe ) Ni poster kat luar restoran. Hanya pemegang member card Sushi King je boleh enjoy promotion ni, tapi bole bawak 5 orang kawan. Saya pun tak ada kad, sebab Yana dah ada :D. Ni punya la ramai orang beratur tunggu turn. Kena tulis nama kalau nak masuk. So datang2 terus tulis nama tau! Sementara tunggu turn tuh, macam2 gambar saya amik. Ni saya dalam cermin :P Ni time dah kenyang ni, ntah brape banyak saya makan pun tak tau la. Tak kira, sebab ada orang belanja. Jeng3. Hehe..
Ni burger saya pilih untuk Birthday Boy. Even time tu die da almost kenyang, dia layan kan jugak saya ni. Sian die.. tapi sedap kan Jenal? Ni Yana, budak comot yang ada kad Sushi King. Dia posing ni after habis makan, time tu dah tak ramai orang queue, sebab dah hbs lunch hour pun. Kalau sape2 yang tak keje, datang time office hour tau, baru syok, tayah queue panjang and nak makan pun banyak pilihan. Kalau datang malam sangat tak banyak pilihan dah, sebab diorang dah nak tutup restoran. Oh ya, ni la birthday cake Jenal, tapi celebration nye semalam, kitorang masak2 kat rumah and jemput kawan2 datang , kire surprise party la. tapi tak tau la kalau2 Jenal tak surprise.Huhu.. Labels: birthday, Sushi king
11:46:00 PM
Sunday, April 12, 2009
Berat oh berat!Rumah saya ada satu penimbang baik. Pandai jaga hati orang dalam rumah ni. Sebab penimbang ni baik, hari2 saya pijak dia. . Sabtu lepas saya ke Gurney Plaza, saje jalan2 cari makan dengan housemates. Kebetulan ada road tour orang cek kesihatan. So kami cek la berat dan tinggi. Tinggi memang tak berubah. Tapi berat ni, tak macam hari2 saya timbang kat rumah. . Jadi saya buat kesimpulan, kalau saya timbang di aras lebih tinggi, berat saya berkurangan. Rumah saya aras 30, sebab tu saya ringan di rumah :P kalau timbang di aras rendah, berat akan bertambah. Boleh terima ke kesimpulan saya? Hehe,main2 je. . Labels: saya
11:04:00 PM
Friday, April 10, 2009
Jom Streamyx!. Lama saya sabar nak pasang Streamyx ni !! Macam2 dugaan tau. Mula2 ingat nak pasang Penangfon sebab lagi murah package nye, tapi management apartment ni plak tak kasi. Then beralih kepada Streamyx plak, tapi orang TM kate port streamyx kat apartment ni penuh,kena queue panjang. Hampir2 nak pindah rumah sebab fed-up tak jumpe solution. Sampai la minggu lepas,terdetik nak tanya agen Streamyx, Jack namanya. Jack kata port streamyx kat sini dah ok, so boleh pasang streamyx dah. Then hari ni, saya dan housemate dah boleh surfing kat rumah. :) . Hopefully lepas ni rajen la sikit saya update blog ye :) Terima kasih Jack. Terima kasih TM. JOM, Streamyx! Labels: streamyx
11:50:00 PM
Wednesday, April 01, 2009
I AM SORRY !!This post is to clarify what is my 'illness' the other day, in previous post. Since I've made a mess, I am sorry! . I was HOMESICK and was warded at Hospital BMI (which is my home sweet home). The cure of my illness is my family.Their laugh, their jokes and everything! This 'illness' will come few times in a year, but I think I can adapt with it. . So, here I'll answer some question: .. :MiMiEyiNHeRdArKwORLd: Qemmal : mengada2 dan betul2. Muah2 for you too! . lucky me : Qemmal : Qemmal dah fully recovered and currently at Penang. Thanks dear :) . Qemmal : Thanks buddy, nak kasi time tak sakit pun boleh ape.Hehe. . Bee: qemmal...sorry baru view blog qemmal...dah kuar hospital ke? sakit pe? get well soon... Qemmal :It's ok Kak Bee, qemmal tak sakit pun. Thanks a lot ya Kakak was the first person sms me and asked what happen to me. And that was when I realize that I've made my readers confius. And apeq, sorry I didn't manage to answer your call since my battery is already dead. That makes her think that I was really sick. Sorry guys, and thanks for everything :) . April Fool!! Labels: life
11:13:00 AM
|